Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Sudah Bermula! Ganbatte Malaysia! | Assalammualaikum semua! Hari yang dinantikan telah tiba! Bermula 24 Ogos 2021 sehingga 5 September 2021, 22 Atlet Paralimpik negara tercinta Malaysia akan menjulang nama Malaysia dalam 9 jenis sukan. Kita sebagai rakyat Malaysia, wajib memberi sokongan dan berdoa untuk para atlet dipermudahkan urusan. Semoga kita membawa pulang pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 ini. InsyaAllah. Acara pembukaan diadakan dengan gilang-gemilangnya. Sebagai rakyat sesebuah negara, pasti ada perasaan patriotik. Ruby berasa sebak dan teruja apabila melihat kontigen Malaysia memasuki ruang Stadium Olimpik Tokyo dengan mengibar Jalur Gemilang. Bangga!
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Sudah Bermula! Ganbatte Malaysia!
Ruby menonton Acara Pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Youtube secara langsung menerusi Channek Paralympic Games. Sebanyak 163 negara menyertai Sukan Paralimpik Tokyo 2020
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebelumnya dijadualkan berlangsung antara 25 Ogos dan 6 September 2020, tetapi pada 24 Mac 2020, IOC dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo secara rasmi mengumumkan bahawa Sukan Olimpik Musim Panas 2020 dan Paralimpik Musim Panas 2020 akan ditunda ke 2021, kerana wabak COVID-19, menandakan pertama kalinya Paralimpik ditangguhkan.
Malaysia telah mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpik sejak tahun 1972 dan telah memenangi 11 pingat - 3 emas, 2 perak dan 6 gangsa. Pingat ini adalah dari para-tletik, memanah, dan angkat besi. Semasa Sukan Paralimpik Rio 2016, Malaysia menghantar 19 atlet untuk menyertai 8 sukan dan buat pertama kalinya memenangi 3 pingat emas dalam Sukan Paralimpik tersebut.
Seramai 22 atlet (termasuk 1 rakan pertandingan untuk penunggang basikal cacat penglihatan) dan 2 rakan pertandingan (Boccia & Cycling) akan mengambil bahagian dalam 9 sukan para yang dijadualkan bermula pada 24 Ogos dan berakhir pada 5 September.
Senarai Profail Atlet Dan Sukan.
MEMANAH | Padang Memanah Taman Yumenoshima | 27 Ogos - 4 Sep 2021
1. Suresh Selvatamby
- Recurve Men Open
2. Wiro Anak Julin
- Compound Men Open
ATHLETICS | Stadium Olimpik Tokyo | 27 Ogos - 5 Sep 2021
3. Abdul Latif Bin Romly
- Long Jump - T20 (Lompat Jauh)
4. Muhammad Ziyad Bin Zolkefli
- Shot Put - F20 (Lontar Peluru)
5. Mohamad Ridzuan Bin Mohamad Puzi
- 100m - T36 (Pecut 100 meter)
6. Wong Kar Gee
- Long Jump - T13 (Lompat Jauh)
7. Siti Noor Iasah Binti Mohamad Ariffin
- 400m - T20 (Larian 400 meter)
BADMINTON | Stadium Nasional Yoyogi | 1 - 5 Sep 2021
8. Cheh Liek Hou
- Men’s Singles - SU5
9. Didin Bin Taresoh
- Men’s Singles - SH6
BOCCIA | Pusat Gimnastik Ariake | 28 Ogos - 4 Sep 2021
10. Chew Wei Lun
- Mix Individual - BC1
BERBASIKAL | Lebuhraya Antarabangsa Fuji Track Race Izu Velodrome | 31 Ogos - 3 Sep 2021
11. Mohamad Yusof Hafizi Bin Shaharuddin
- 3km Individual Pursuit (Track)
- Mixed Team Sprint (Track)
- Individual Time Trial (Road)
- Road Race (Road)
- Mixed Team Sprint (Track)
- 1km Time Trial (Track)
13. Zuhairie Bin Ahmad Tarmizi
- Mixed Team Sprint (Track)
- 1km Time Trial (Track)
14. Nur Azlia Syafinaz Binti Mohd Zais
- Individual Time Trial (Road)
- Road Race (Road)
15. Nurul Suhada Binti Zainal (Pilot)
- Individual Time Trial (Road)
- Road Race (Road)
POWERLIFTING (ANGKAT BERAT) | Tokyo International Forum | 26 - 30 Ogos 2021
16. Bonnie Bunyau Anak Gustin
- Men Up to 72kg
17. Jong Yee Khie
- Men Up to 107kg
SWIMMING | Tokyo Aquatics Center | 25 Ogos - 3 Sep 2021
18. Muhammad Nur Syaiful Bin Zulkafli
- 50m Freestyle
- 100m Freestyle
- 200m Freestyle
- 100m Breaststroke
19. Brenda Anellia Larry
- 50m Backstroke
- 50m Butterfly
20. Jamery Anak Siga
- 50m Butterfly
TABLE TENNIS (PINGPONG) | Tokyo Metropolitan Gymnasium | 25 Ogos - 3 Sep 2021
21. Chee Chaoming
- Single - TT9
WHEELCHAIR TENNIS | Ariake Tennis Park | 27 Ogos - 4 Sep 2021
22. Abu Samah Bin Borhan
- Men Single Open
Yeay! Ini adalah betul-betul kumpulan superhuman pada Rawlins. Moga mereka semua beroleh kemenangan dan sentiasa dijaga kesihatan.
ردحذفLawalah persalinan yang atlet paralimpik negara kita pakai. Moga negara kita juga dipermudahkan dan dapat bawa balik pingat juga..Aaamin
ردحذفlaaa nasib baik ruby share . tak perasan lansung sukan paralimpik dah mula. macam kurang dapat coverage je kan. kesian dia orang
ردحذفpunyalah lama akk tak tgk sukan.. sedar2 dah start sukan paralimpik. wlpun dlm keadaan covid skrg... kita juga perlu teruskan kehidupan mcm biasa kan termasukla bersukan. moga atlet kita berjaya.. ameen
ردحذف