Sumbangan Susu Summerfield UHT Di PPV Bagan Serai
Sehingga ke hari ini, angka kes Positif COVID-19 terus meningkat dan semua petugas barisan hadapan sudah kepenatan, kelesuan dan ada yang tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga. Sangat menyedihkan, wabak ini turut meragut nyawa frontliners dan pemergian mereka terus diratapi ahli keluarga.
Oleh itu sebagai tanda sokongan terhadap frontliners yang bertungkus lumus merawat dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka yang dijangkiti kuman pembawa maut. Hud Distribution Sdn Bhd iaitu syarikat pengedaran susu jenama Summerfield telah mengedarkan sebanyak 720 kotak susu kepada frontliners yang bertugas di PPV Bagan Serai.
Pengarahnya, Puan Noorhidayati Mohd Zuhudin, berkata; "kehadiran pasukan kami ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bertujuan untuk memberi sumbangan dengan mengedar Susu Summerfield UHT untuk menggembirakan dan menceriakan mereka. Petugas barisan hadapan yang menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat, mereka sendiri perlu sihat dan bertenaga. Mereka ini umpama barisan pertahanan untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan masyarakat.
Hampir dua tahun dunia dan negara kita Malaysia bertempur menghentikan penularan pandemik wabak COVID-19. Rutin harian petugas barisan hadapan turut berubah apabila mereka terpaksa mengerah tenaga dan masa mereka 24 jam sehari kerana pandemik bukanlah penyakit biasa. Ia pembunuh secara senyap yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Mereka terus berjuang untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit,” katanya.
Perjalanan Summerfield Ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
Susu Summerfield UHT turut diberikan kepada semua, petugas barisan hadapan dan penerima vaksin turut menerimanya. Sesetengah penerima vaksin akan mendapat kesan sampingan setelah divaksin, seperti ketidakselesaan badan, demam, pening kepala dan juga sentiasa lapar. Semoga khasiat susu ini dapat memberi kebaikan kepada semua penerima.
Selepas selesai pemberian susu di PPV Bagan Serai, Hud Distribution akan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ipoh, Tanjung Malim, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Susu Summerfield UHT
Summerfield Mencari Pengedar
Hydrid Allied Dairy Company Sdn Bhd adalah pengeluar Susu Jenama Summerfield, manakala Hud Distribution Sdn Bhd adalah syarikat pengedaran susu itu di Kawasan Utara meliputi Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Produk susu ini telah berada di pasaran sejak 2007 namun Susu Summerfield UHT baru dilancarkan pada Julai lalu.
“Kami mengedar Susu Summerfield di seluruh Perak dan susu ini dijual hampir 200 kedai di negeri ini. Bagi mengembangkan lagi perniagaan ini, kami sedang mencari ejen dan sangat mengalu-alukan mereka yang terputus punca pendapatan akibat pandemik ini untuk menjadi wakil jualan syarikat kami. Modal untuk menjadi ejen adalah serendah RM86 dan akan diberi tiga perisa iaitu Strawberry, Full Cream dan Chocolate. Kepada mereka yang tiada modal langsung juga boleh datang berbincang untuk menjadi ejen Summerfiled.
Mereka yang tiada modal langsung, akan diberikan susu dahulu. Selepas habis dijual baru bayar dan mereka ambillah keuntungan siap-siap. Pelan pemasaran kami sangat mudah. Kami harap dengan cara ini dapat membantu masyarakat menjana pendapatan dan seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat seisi keluarga dengan Susu Summerfield,” kata Noorhidayati yang menguruskan Hud Distribution bersama suaminya, Mohd Firdaus Ab Wahab, syarikat edarannya beroperasi di Klebang Bistari, Ipoh.
Mereka yang mahu menjadi ejen atau melakukan pembelian terus produk Summerfield, boleh hubungi +6013-2222084. Produk akan terus hantar produk ke kediaman mereka anda.
Summerfield Menggunakan Ozone Water Technology
Kami adalah yang pertama di Asia Tenggara dengan proses pensterilan botol bukan kimia menggunakan Teknologi Air Ozon.
Kebiasaannya, pensterilan yang paling biasa digunakan untuk pembungkusan cecair adalah dengan menggunakan Hidrogen Peroksida (dalam istilah orang awam, ia adalah peluntur). Piawaian keselamatan untuk penggunaan Hidrogen Peroksida adalah memantau residunya berdasarkan bahagian per juta (ppm).
Di Summerfield, kami menggunakan proses sterilisasi pintar baru dari Eropah yang menggunakan proses panas dan air tertentu yang disebut "Teknologi Air Ozon". Teknologi canggih ini tidak memerlukan hidrogen peroksida, tetapi akan mensterilkan botol kita dengan berkesan. Itulah sebabnya, tidak perlu memantau residu hidrogen peroksida dan kita tidak perlu bimbang sisa kimia dalam susu kita!
Mengenai Hybrid Allied Dairy Company Sdn Bhd
- Hybrid Allied Dairy Company (HADC) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2007 dan ia adalah 100% syarikat milik Bumiputera Malaysia. Ladang Summerfield didirikan di Padang Hijau, Kluang, Johor.
- Pada tahun 2011 HADC mula membekalkan susu coklat UHT ke sekolah-sekolah di wilayah Utara sebagai sebahagian daripada Program Susu Sekolah 1 Malaysia (PS1M).
- Seterusnya pada tahun 2013 setelah bertahun-tahun menjual susu berkualiti tinggi, HADC telah membekal produk tenusu kepada pengeluar susu terkenal. Kilang pemprosesan pertama telah didirikan di Kluang, Johor.
- Komersial pertama Susu Summerfield Fresh Milk & Chocolate Milk pada tahun 2015. Kapasiti pengeluaran biasa ialah 500 liter sehari.
- Sekitar tahun 2017, HADC telah berpindah kilang ke kawasan perindustrian baru di Serendah, Rawang. Saiz kawasan berukuran 1 ekar membolehkan Susu Summerfield dihasilkan dengan kapasiti maksimum ialah 3000 liter setiap jam.
- Pada Julai 2021, HADC telah melancarkan Susu Summerfield UHT yang lebih mudah didapati di pasaraya berdekatan dan mudah untuk dinikmati.
- HADC juga turut menyumbangkan Susu Summerfield UHT kepada frontliners dan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh Malaysia secara berperingkat ketika Pandemik COVID-19.
Hotline : 011-70244164