13 Sebab Memilih Sweetpictures Untuk Hari Bahagia Anda

Assalammualaikum semua! Ya hari ini ruby ingin kongsikan satu perkhidmatan fotografi dan videografi yang sangat hebat pada abad ini. Fotografi dan videografi tidak dapat dipisahkan, setiap hari perkhidmatan ini diinginkan. Selain di majlis perkahwinan, mereka diperlukan di acara dan sebagai blogger, Ruby juga memerlukan jurufoto dan juruvideo. Hahaha. Hasil gambar dari jurufoto dan juruvideo adalah sangat berbeza dengan apa yang kita snap. Kreatif dari komposisi gambar dan objek amat penting. Maka, perkhidmatan ini menjadi keperluan. Bila hasil terbaik, harga juga mestilah setimpal. Pada zaman sekarang, jangan berkira untuk dapatkan jurufoto dan juruvideo profesional. Betul tak?


13 Sebab Memilih Sweetpictures Untuk Hari Bahagia Anda


13 Sebab Memilih Sweetpictures Untuk Hari Bahagia Anda


Walaupun bajet rendah, tapi sebagai kenangan hari bahagia. Hasil yang baik akan memberi seribu makna kepada pengantin, keluarga pengantin, sahabat pengantin dan tetamu yang hadir. Kalau boleh, kita nak semua wajah-wajah gembira semasa hari bahagia tersimpan di dalam album perkahwinan kita. Video pula tersimpan rapi dan dikongsikan di laman sosial media kedua-dua mempelai. Segala penat lelah menyediakan persiapan perkhawinan bersama keluarga menjadi lega apabila menerima hasil fotografi dan videografi dari jurufoto dan juruvideo yang telah diamanahkan.

1. Malaysia’s First On-demand Wedding Photography Platform


Sweetpictures adalah satu-satunya syarikat fotografi yang menawarkan perkhidmatan dalam talian di negara ini. Anda hanya perlu ‘log in’ pada laman web dan anda boleh melihat gambar-gambar serta perkhidmatan yang disediakan di laman itu. Jurufoto hanya perlu merakamkan saja hari bersejarah ‘raja sehari’ dan proses seterusnya akan dilakukan oleh pihak Sweetpictures termasuk penghantaran kepada pelanggan. Terkini, Sweetpictures memperkenalkan album digital bagi memudahkan pelanggan untuk melihat hasil gambar mereka yang telah siap disusun. Kemudian pelanggan memberi pengesahan untuk mencetak sebagai album perkahwinan. Mudah kan?
 

2. Pengalaman 13 Tahun Bukan Calang-Calang


Rudy Azwan Sairan, berusia 40 tahun pada 2021, memulakan perniagaan fotografi pada tahun 2004 secara sambilan ketika dia menyambung pengajian di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam jurusan Reka Bentuk Grafik. Sebaik saja tamat pengajian dia kembali ke Kuala Lumpur dan meneruskan minatnya itu secara serius dari rumah sehinggalah dia membuka syarikatnya sendiri yang diberi nama Sweetpictures pada tahun 2008.

Ketika itu dia hanya dibantu adiknya, Luqman Hakim Sairan. Mereka berdua melakukan segala-galanya daripada mengambil gambar dan videografi, sehinggalah proses terakhir, produk itu siap dan diserahkan kepada pelanggan. Dalam kerancakan mereka untuk mencipta nama dan kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi, pada tahun 2012 mereka berhadapan cabaran apabila terdapat jurufoto sambilan yang menipu pelanggan dan secara tidak langsung mereka turut terkena tempiasnya. Kini Sweetpictures sudah 10 tahun di dalam industri dan terus memberi 100% kualiti terbaik kepada pelanggan.

3. Mempunyai Galeri Sweetpictures Untuk Tatapan Anda


Dalam usaha untuk terus mendapat kepercayaan pelanggan, pada tahun 2012 Rudy mengambil keputusan membuka galeri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras agar pelanggan boleh datang ke premis itu dan melihat sendiri hasil kerja mereka.


“Perlu ada kedai fizikal kerana menjadi ‘adat’ orang kita untuk melihat sendiri perkhidmatan/produk yang ditawarkan. Seperti orang menjual baju, ada pelanggan yang lebih suka mencuba dan ‘merasa’ material kainnya, barulah mereka mahu membeli. Samalah aturannya untuk perniagaan fotografi, bakal pelanggan mahu melihat gambar-gambar perkahwinan pelanggan yang terdahulu dan pada masa sama, Sweetpictures sentiasa memperkenalkan teknik terbaru dalam bidang fotografi perkahwinan dan videografi,” kata Rudy.

4. Fotografi & Videografi Untuk Pertunangan, Pra Perkahwinan, Malam Berinai, Akad Nikah, Persandingan, Selepas Perkahwinan Dan Apa Sahaja Majlis Anda!


Menjadi keperluan bakal pengantin untuk mencari servis jurufoto dan juruvideo agar semua momen dapat di simpan sebagai kenangan. Dari video pendek cerita tentang bagaimana anda bertemu, kemudian video serta gambar majlis pertunangan dan seterusnya ke hari bahagia anda. Sweetpictures akan berada disamping anda sepanjang perjalanan cinta anda. Mungkin sehingga sudah beranak pinak dan ketika giliran anda menerima menantu. Siapa tahu kan? Semoga sweetpicture terus istiqomah untuk meneruskan servis ini.


5. Fotografi & Videografi Pelbagai Majlis Tidak Kira Agama & Bangsa


Kebanyakan servis jurufoto dan jurufoto sering di salah tafsir bahawa ia hanya sesuai untuk sesuatu majlis, kaum dan agama. Di sweetpicture, terdapat ramai jurufoto dan juruvideo dari latar belakang berbeza. Berlainan agama, kaum, lokasi di seluruh Malaysia dan paling anda tidak sangka adalah mereka semua profesional. Jadi, jika anda berbangsa India, Cina, Kadazan, Bidayuh, Iban, beragama hindu, kristian, buddha dan ingin mereka lakukan liputan pada hari bahagia anda. Ayuh ke Galeri Sweetpictures untuk melihat semua koleksi pelanggan yang pernah mereka bekerjasama.

6. Selebriti Dah Cuba, Anda Bila Lagi?


Sweetpictures terus berkembang pesat di seluruh negara dan melangkah setapak lagi dengan memasuki pasaran untuk golongan atasan (VIP), artis dan selebriti. Antara artis yang menggunakan khidmat mereka bagi merakamkan detik indah hari berbahagia mereka ialah Haziq AF, Zahid AF dan Khazim Nor. Terkini, Sweetpictures telah menjadi jurufoto dan juruvideo rasmi Majlis Persandingan Keluarga Besar – Norman Hakim & Memey Suhaiza | Abby Abadi & Jaiezzany.


7. Kawasan Liputan Sweetpictures Seluruh Malaysia, Singapura & Indonesia!


Sweetpictures menyediakan perkhidmatan fotografi di seluruh negara dan ini memudahkan pelanggan. Penggunaan media sosial tanpa sempadan sekarang menyenangkan untuk berhubung dan berkomunikasi dengan pelanggan. Kini, terdapat dua cawangan mereka di Pulau Pinang dan Johor Bharu. Pulau Pinang untuk pelanggan di Utara Semenanjung Malaysia, manakala Johor untuk pelanggan di Selatan Semenanjung Malaysia. Selain itu, mereka juga turut mendapat permintaan daripada bakal pengantin di Sabah dan Sarawak.


https://www.instagram.com/sweetpictures_kl/
https://www.instagram.com/sweetpictures_penang/
https://www.instagram.com/sweetpictures_johor/


8. Jurufoto Dan Juruvideo Profesional, Anda Akan Diajar Cara-Cara Posing Macam Super Model!


Kakitangan Sweetpictures terus bertambah menjadi 21 orang yang bekerja di bahagian jualan dan operasi serta 58 orang jurufoto dan juruvideo terdiri daripada lelaki dan perempuan. Mereka adalah jurufoto dan juruvideo sambilan daripada seluruh negara yang berdaftar dengan Sweetpictures. Jurufoto dan juruvideo dari Sweetpictures adalah profesional.


9. Pihak Pengantin Boleh Memilih Konsep Dan Jurufoto Kegemaran. Nak Jurufoto Wanita Sahaja? Boleh!


Anda boleh melihat hasil kerja setiap fotografer menerusi laman web Sweetpictures dan boleh memilih sendiri jurufoto dan teknik fotografi yang anda mahukan. Biografi setiap jurufoto turut dimuat naik dalam laman web itu. Ada pengantin yang suka gambar hitam putih, anda yang suka bokeh dan ada yang suka panorama. Jadi, silalah pilih mana yang berkenan di hati.

10. Platform Untuk Pemilik Kamera Menjana Pendapatan, Sweetpictures Mempunyai Ramai Jurufoto Dan Juruvideo


Sebelum pemilik kamera mendaftar dengan Sweetpictures, mereka perlu melalui beberapa proses kerana dalam menghadapi persaingan kami sangat mengutamakan kualiti dan kepuasan hati pelanggan. Setiap minggu akan diadakan cabaran fotografi diantara jurufoto. Sertai komuniti ini, agar anda juga boleh menjana pendapatan!

https://www.sweetpictures.com.my/join-us/

11. Mempunyai Kursus Fotografi & Videografi Bersama Komuniti Fotografi Profesional Sweetpictures


Menyertai Komuniti Fotografi Profesional Sweetpictures bukan sahaja untuk menunggu panggilan tempahan jurufoto dan juruvideo. Malah terdapat program dilakukan bagi terus menaikkan semangat semua jurufoto dan juruvideo. Diantaranya adalah program cabaran sabtu ahad di majlis perkahwinan. Kemudian program pertukaran kamera, nak tambah lens? Boleh! Sweetpictures akan tolak dari gaji mereka tanpa sebarang faedah seperti bank. Jika lens anda RM 4000, anda boleh bincang untuk dapatkan jadual pembayaran. Mudah kan?

Selain itu, dengan komuniti ini anda boleh bertukar pendapat tentang hasil gambar dan video. Disini anda akan dapat belajar untuk lebih memahami apa keinginan industri dan bakal pengantin.

12. Harga Berpatutan & Sentiasa Ada Promosi Menarik


Pakej yang ditawarkan bermula daripada RM700. Anda boleh runding dengan pihak Sweetpictures untuk plan sendiri bagaimana liputan majlis yang anda inginkan. Dari jurufoto, juruvideo, photobooth dan live update di instagram, semuanya tersedia untuk anda. Ada kalanya majlis nikah sanding serentak satu hari dan memerlukan lebih 5 jam jurufoto. Maka, pihak pengantin dan Sweetpictures harus berbincang bagaimana flow majlis. Agar tidak kelam kabut. Kalau boleh, pada hari majlis nanti, pengantin dan keluarga meraikan majlis dengan sebaiknya. Serahkan segalanya kepada Sweetpictures. Dibawah adalah contoh harga promosi yang ditawarkan. Menarik sangat kan? Semua tersedia!







13. Mengenai Sweetpictures (Kemaskini pada 7 September 2021)


Sweetpictures adalah platform fotografi perkahwinan atas permintaan yang membantu bakal pengantin lelaki dan wanita untuk menempah jurugambar dengan lebih pantas, lebih mudah dan selamat. Sweetpictures adalah syarikat fotografi perkahwinan pertama di Malaysia yang menyediakan platform fotografi perkahwinan atas permintaan. Pelanggan dapat dengan mudah mencari pakej fotografi yang sesuai dengan budget mereka, menetapkan tarikh & jurugambar. Kemudian membuat tempahan dengan selamat melalui www.mysweetpictures.com.

Sweetpictures telah bekerjasama dengan lebih daripada 58 jurugambar berpengalaman dan ternama di seluruh Malaysia yang telah dilatih dan mengikuti Sweetpictures ‘Prosedur Operasi Standard’ yang dapat memberikan hasil fotografi profesional terbaik kepada pelanggan kami serta perkhidmatan berkualiti tinggi. Sweetpictures berusaha untuk mengabadikan momen secara spontan, penuh dengan kegembiraan dan emosi pada setiap acara perkahwinan bersama dengan sesi potret dan pemotretan berkumpulan.

Sweetpictures ditubuhkan di Kuala Lumpur, pada tahun 2008. Sweetpictures telah berkhidmat dengan lebih dari 10,000 acara perkahwinan selama 13 tahun kami beroperasi. Sweetpictures menghabiskan lebih banyak masa untuk menghasilkan foto dan video berkualiti tinggi untuk pelanggan agar setiap kos yang dikeluarkan oleh pelanggan berbaloi. Sweetpictures melatih jurugambar dan videografer berkemahiran setiap bulan untuk memastikan semua prestasi pasukan adalah yang terbaik.

Sweetpictures menghargai setiap pelanggan, tidak kira berapa banyak yang mereka sanggup belanjakan, dan akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami dengan harga yang sangat berpatutan. Sesi bergambar Sweetpictures bermula serendah RM700 untuk pra-perkahwinan dengan 3 jam liputan.

Setakat ini, tempahan yang paling popular di platform Sweetpictures adalah majlis perkahwinan. Sebenarnya, majlis perkahwinan adalah acara perkahwinan yang paling banyak diadakan di Malaysia.


SWEET STUDIO SDN BHD
R-2-49
Blok D No 6, 
Kompleks Permaisuri Q, 
Jalan Sri Permaisuri, 
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur, 
Malaysia.
Hubungi: +6019-8883176
Email: [email protected]

https://mysweetpictures.com
https://www.facebook.com/sweetpictures
https://www.instagram.com/mysweetpictures
https://twitter.com/sweetpicturesKL
https://vimeo.com/sweetpictures

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال