AJNAA Fitz Minuman Koko Sebenar

Assalammualaikum semua! Bila kali terakhir anda minum secawan koko? Buat penggemar koko seperti Ruby, minuman koko adalah minuman wajib, satu (1) hari satu (1) cawan AJNAA Fitz. Ia memberi nikmat dan melegakan. Manfaat koko terlalu banyak, jika anda aktif bersukan. Koko bagus sebagai pengganti protein shakes dan sports drinks

Flavonoid yang tinggi di dalam koko iaitu epicatechin amat berfaedah terhadap kesihatan kardiovaskular. Flavonoid, pernah dikenal sebagai vitamin P, ia adalah sebilangan besar sebatian tumbuhan yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, koko, teh, dan anggur.

Sekaligus ia membantu dalam mengurangkan risiko kencing manis, kolesterol, penyakit jantung dan risiko kanser kolon. Apabila menikmati minuman koko, kita pasti berasa relax dan kurang stressKoko adalah sumber utama magnesium dan sulfur organik dari alam semula jadi. Maka, tidak mustahil dengan mengamalkan minuman berasaskan koko dapat mengurangkan berat badan. Betul bukan?

AJNAA Fitz Minuman Koko Sebenar. 


Sepanjang kita berada di rumah dengan selamat. Hampir dua tahun kita mencuba menjaga gaya hidup sihat. Kekangan pergerakan dan kesibukan menguruskan anak-anak PdPR dan sambil itu perlu work from home. Ada juga yang perlu bekerja luar demi mencari nafkah keluarga. Walau apa pun pekerjaan kita, jangan lupa untuk makan dan minum. Ada kalanya kita leka dengan urusan harian, sampai terlupa makan dan minum. 

Terutamanya ketika sarapan pagi. Percaya atau tidak, ada dari kalangan masyarakat kita hidup seperti zombie. Bangun pagi terus pegang gadget, ON komputer dan terus mulakan kerja. Kita kena mulakan hari kita dengan sebaiknya, hargai hari yang masih berbaki. COVID-19 banyak memberi pengajaran. Jadi, cepat-cepat perbaiki kehidupan harian anda okay?

Ruby sedang menikmati produk minuman berasaskan koko yang baru dipasaran. Ia bermula dari Adik Ruby yang bongsu. Dia mula berkongsi dengan Ruby apa yang sedang dia cuba. Dari cuba suka-suka, sebab sedap dan dia penggemar koko. Ruby nampak perubahan dari segi semakin slim pula adik ni. 

"Ko makan apa Aya?"

Hahaha. Terus dia bercerita tentang AJNAA Fitz, lepas tu dia cakap 

"Produk ni baru. Ingat nak jual, mana tau boleh jana pendapatan. Ko beli lah long! Hahaha."

Ruby sentiasa menyokong adik Ruby ni, dia ni sejenis gigih sikit. Memang nampak perubahan dalam kehidupan dia selepas dia mula berniaga. Sekarang dah bergelar Master Leader Aya! Cepat giler kau naik pangkat Aya! 

"Nak berniaga, kena keluar modal dulu dan rajin long. Aya kena kuat, Aya dah ada pasukan sendiri."

Alhamdulillah Aya dah pandai berniaga, dia dah tahu apa itu tanggungjawab apabila mempunyai pasukan. Kami sekeluarga sangat kagum dengan pencapaian dia. Waktu PKP yang sangat mencabar, dia ambil risiko untuk berniaga. Produk baru, tidak terkenal dan minuman koko aje? Ini blogpost untuk adik ku Aya, Along bangga dengan kau dik!




Satu (1) kotak AJNAA Fitz mengandungi Sepuluh (10) sachet dan setiap sachet berisi 20gramAmalkan bersama air sejuk, suam atau panas. Sepuluh (10) sachet untuk Sepuluh (10)hari, pengambilan hanya Satu (1) sachet sehari sebelum sarapan akan memberi anda tenaga harian. Ini kerana manfaat koko yang diketahui umum baik untuk memulakan hari. Anda juga boleh minum sebelum makan tengah hari jika tidak sempat minum ketika sarapan. Ada kalanya tidak sempat untuk sarapan atau makan tengahari, minum AJNAA Fitz sudah mencukupi. 

Ia boleh membantu membakar lemak dan menurunkan 3KG dalam masa 10 hariAJNAA Fitz tidak mengandungi isi kandungan yang memberi perubahan kepada kitaran haid seseorang. Anda boleh amalkan tanpa rasa bimbang. AJNAA Fitz mengandungi bahan-bahan 100% semula jadi dan diformulasikan dengan pilihan koko yang berkualiti tinggi. Lelaki atau wanita boleh minum. Sedap!

Seawal usia 16 hingga 60 tahun boleh minum AJNAA Fitz. Bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan dan ada pertanyaan lain, boleh hubungi Master Leader Aya untuk mengetahui lebih lanjut tentang AJNAA Fitz.

Sedikit perkongsian berkenaan koko, anda tidak boleh minum koko jika anda mengalami intoleransi kongenital terhadap minuman tersebut, kanak-kanak di bawah 2 tahun, mereka yang mengalami peningkatan rembesan jus gastrik

Jangan minum koko pada waktu malam sebelum tidur ini boleh menyebabkan insomnia dan gangguan tidur. Pada anda dengan kecenderungan migrain, zat koko yang melekat seperti theobromine, phenylethylamine dan kafein boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk. Jadi, fahami berkenaan diri anda okay?

Isi Kandungan AJNAA Fitz


Cocoa Powder, Skim Milk Powder, Isomaltulose, Oligosaccharide, Oat Fiber, Cactus Extract, White Kidney Bean Extract, Brown Seaweed Extract, L-Carnitine, Stevia Extract, mengandungi perasa yang dibenarkan. 

Cara Mengamalkan AJNAA Fitz


Ruby mengamalkan AJNAA Fitz secara harian sebagai minuman pengganti koko yang lain. Sangat sedap diamalkan ketika sebelum sarapan pagi dan bersama air suam. Sarapan sangat penting untuk kita semua, jadi jangan sesekali skip sarapan pagi! Berikut adalah cara-cara Ruby amalkan AJNAA Fitz, mudah sangat! Jika guna botol AJNAA Fitz lagi best!

1. Sediakan Satu (1) sachet AJNAA Fitz


2. Sediakan 200ml Air Suam


3. Buka bungkusan AJNAA Fitz, plastik bungkusan yang mudah untuk dikoyak. Tidak perlu guna gigi atau gunting. Jangan bimbang okay?


4. Masukkan serbuk AJNAA Fitz ke dalam botol berisi 200ml air suam.


5. Masukkan spring shaker.


6. Goncang beberapa kali.


7. Buka penutup dan sedia untuk di minum! Bismillahirahmanirahim. Ruby suka minum cara begini sebab lebih luas masuk ke mulut dari menggunakan muncung botol. HAHAHAHA!


8. Siap! Alhamdulillah! Boleh basuh botol dan spring shaker segera! Hehe.



Kilang Bertaraf GMP

AJNAA Fitz dihasilkan dari kilang yang memiliki Pensijilan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan diiktiraf Good Manufacturing Practices (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu amalan tegas yang diperlukan untuk mematuhi garis panduan yang disyorkan oleh agensi yang mengawal kebenaran dan pelesenan pembuatan dan penjualan makanan dan minuman, kosmetik, produk farmasi, makanan tambahan, dan alat perubatan. 

AJNAA Fitz Minuman Koko Sebenar

Garis panduan ini memberikan syarat minimum yang mesti dipenuhi oleh pengeluar untuk memastikan produk mereka berkualiti tinggi secara konsisten, dari batch ke batch, untuk tujuan penggunaannya. Peraturan yang mengatur setiap industri mungkin berbeza dengan ketara; namun, tujuan utama GMP adalah untuk mengelakkan bahaya daripada berlaku kepada pengguna akhir. 

Prinsip tambahan termasuk memastikan produk akhir bebas dari pencemaran, bahawa ia konsisten dalam pembuatannya, bahawa pembuatannya telah didokumentasikan dengan baik, bahawa kakitangan terlatih dengan baik, dan bahawa produk telah diperiksa untuk kualiti lebih dari sekadar pada fasa akhir.


Amalkan Minum Air Kosong Mengikut Berat Badan Anda



Seterusnya jangan lupa minum air kosong sepanjang hari. Air kosong yang diperlukan oleh badan seorang dewasa adalah

Air KosongAJNAA Fitz Minuman Koko Sebenar


Kelebihan AJNAA Fitz


Kelebihan AJNAA Fitz sebenarnya dari koko dan isi kandungan itu sendiri. Jika anda faham tentang manfaatnya, secara automatik anda tahu bahawa minuman berasaskan koko sebenar akan memberi anda kelebihan seperti berikut. 
  • Memberi tenaga.
  • Membakar lemak dengan pantas.
  • Meningkatkan kadar metabolisma.
  • Mengurangkan selera makan.
  • Mengempiskan perut.
  • Carbohydrate blocker.
  • Tiada kesan sampingan.
  • Makan apa sahaja tanpa perlu berlapar.


Harga AJNAA Fitz


RM 49  x 1 Box (10 Sachet). Penghantaran PERCUMA untuk 3 kotak dan keatas pada 16, 17 dan18 September 2021 bersempena Promosi Hari Malaysia melalui Shopee Ayayoyot. www.shopee.com.my/ayayoyot




Jana Pendapatan Bersama AJNAA Fitz


Jika anda berminat ingin menjana pendapatan bersama pasukan AJNAA Fitz, anda boleh sertai mereka dengan beberapa pakej. Sama ada anda berminat untuk sertai sebagai Stockist, Mini Stockist, Agent atau Mini Agent

  • Stokis

Beli 3 Cartons iaitu 150 kotak AJNAA Fitz bernilai RM 4200. 
PERCUMA Satu (1) Shaker AJNAA Fitz.

  • Mini Stokis

Beli 1 Cartons iaitu 50 kotak AJNAA Fitz bernilai RM 1600.
PERCUMA Satu (1) Shaker AJNAA Fitz.

  • Ejen Berdaftar

AJNAA Fitz juga mempunyai pasukan ejen yang aktif dan efisen, and boleh sertai sebagai ejen atau mini ejen.

  • Ejen

10 kotak AJNAA Fitz bernilai RM 360
PERCUMA Satu (1) Shaker AJNAA Fitz.

  • Mini Ejen

5 kotak AJNAA Fitz bernilai RM 205
PERCUMA Hadiah Istimewa



Pihak AJNAA Fitz menyediakan bimbingan perniagaan secara konsisten melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram. Anda tidak perlu bimbang bagaimana ingin menjual, melakukan promosi dan membuat penghantaran. Semua akan di ajar. Anda cuma perlu menyediakan diri untuk menerima ilmu dan bersemangat! AJNAA Fitz juga mempunyai sistem ganjaran bulanan buat pasukan yang berjaya menjana jualan tertinggi. Hadiah berupa barang kemas emas. Menarik bukan?


Hubungi Master Leader Aya


Aya adalah Master Leader di AJNAA, anda boleh terus hubungi Aya untuk membuat pesanan. Adik Ruby ni akan melayan segala persoalan pelanggan. Selain itu dia suka bagi hadiah kepada pembeli. Comel-comel je hadiah dia bagi. Jom jana pendapatan bersama, harapan Adik Ruby ni nak ada pasukan di seluruh Malaysia. Sehingga hari ini, Aya mempunyai 68 orang pasukan aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pahang, Penang, Terengganu dan Sarawak. Buat anda di Sabah, Melaka, Kedah, Perlis dan Kelantan yang ingin menjadi stokis dan ejen. Segera hubungi Aya okay?


Master Leader Aya: +60 17-225 6341


Mengenai AJNAA Rich Trading


AJNAA Rich Trading ditubuhkan pada tahun 2019 dan Puan Siti Azura selaku Pengarah AJNAA Rich Trading. Diantara perniagaan AJNAA Rich Trading adalah AJNAA Scarves dan AJNAA Fitz. Pada masa akan datang, AJNAA akan melebarkan sayap dengan mengeluarkan minuman berasaskan Fiber. Doakan semoga perniagaan ini terus sukses dan kekal relevan di pasaran dunia. InsyaAllah. Jom sokong produk Buatan Malaysia.

18 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Nak jadi usahawan ni kena rajin berusaha. Rajin ye adik Ruby ni. Tahniah buat adik Ruby. Minuman koko ni pun nampak sedap.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul kak, kena rajin. Kita pun rasa terinspirasi. Selain dari minum koko sedap, bleh jadi kita pun akan kurang berat badan, pastu boleh jana pendapatan. InsyaAllah. Hehehe.

      حذف
  2. first time dengar pasal produk ni. macam bagus je tambah pula flavour coco mesti ramai yang suka.lelaki pun of course boleh minum kan akak boleh la try nanti

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh Khai, lelaki boleh, perempuan pun boleh. Meal replacement gitewww.

      حذف
  3. akk br tahu ttg brand ni... bagus ni amalkan untuk kekal cergas dan nak sentiasa kelihatan fit.. cara bancuhan senang dan sangat praktikal utk dibawa ke mana sahaja

    ردحذف
    الردود
    1. Ha'ah mudah sangat kak. Kadang celik mata dah sibuk. Jadi, sarapan AJNAA Fitz ni je. Hehe

      حذف
  4. Sedap nampak rasa koko, mesti ramai pengguna suka ni. Selalu minuman utk fit ni rasa sayur kan. Susah nak telan..haha

    ردحذف
    الردود
    1. Minuman kesihatan memang gitu kak. Mesti sayur. AJNAA Fitz ni meal replacement. Minum panas-panas masa musim hujan ni syok betui.

      حذف
  5. Kalau rasa koko mesti sedap kannn... tapi rasa macam fiber tak ek? Nak try jugalah, mana le tau sesuai.. sebab rasa koko tu haa mesti sedap minum sejuk hehehe..

    ردحذف
    الردود
    1. Koko sedap macam minum koko panas campur marshmallow tu kak. Takda fiber. Ruby tak berapa gemar fiber kalau minuman koko. kalau berries masam sesuai fiber kan kak. hahaha.

      حذف
  6. Akak peminat coklat! Wah boleh try ni macam best je Ruby. Nak bawak kemana-mana pun senang ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Yayyy high 5! Sama kita peminat coklat. Memang sedap dan menceriakan hari bila dapat koko ni. Hehe.

      حذف
  7. Chaiyok. Sekarang nie masanya online business untuk berkembang maju sebab semua orang online now. Kena cekal dan tegar.

    ردحذف
    الردود
    1. Setuju! Terinspirasi dengan orang yang memulakan bisnes online ni. Kuat betul semangat.

      حذف
  8. Kak pun suka minuman koko mmg sedap tentu produk AJNAA Fitz koko pun sedap, berkhasiat dan menyihatkan

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe InsyaAllah produk ni okay. Koko ni takleh nak tolak. Sebab sedap betul. Haha

      حذف
  9. Rajin banget saudaranya akak Ruby untuk jual produk usaha ini?

    Btw, i need that produk lha kalau bisa menurunkan berat badan dan kaya flavonoid untuk jantung. I need it muchos kak. hahahaa

    ردحذف
    الردود
    1. Iyaaaaaa di Malaysia lama juga kami lockdown kerana COVID-19. Ramai mulakan online business. Alhamdulillah adik berjaya dengan bisnes AJNAA. Hehe.

      حذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال