Aktifkan Fungsi Flex Mode Pada Galaxy Z Flip3 5G

Aktifkan Fungsi Flex Mode Pada Galaxy Z Flip3 5G | Assalammualaikum semua! Flex Mode adalah teknologi inovasi Samsung untuk siri telefon yang boleh dilipat mereka. Ia memberi impak yang besar kepada semua pengguna Samsung Galaxy Z Flip3 5G. 

Melalui tetapan Flex Mode, pengguna dapat menggunakan telefon baru mereka dengan lebih bergaya dan tidak berharap kepada monopod, tripod atau bantuan orang lain. 

Aktifkan Fungsi Flex Mode Pada Galaxy Z Flip3 5G


Terima kasih kepada Flex Mode pada Galaxy Z Flip3, anda boleh menggunakan telefon bimbit bebas tangan dengan meletakkannya di permukaan rata. Mengambil gambar selfie dengan sudut baru, membuat panggilan video, atau menangkap gambar tanpa menggunakan tripod dengan mudah. Ia memberi pengalaman kamera anda ke tahap yang baru.

Untuk menjadikan pengalaman Galaxy Z Flip3 anda lebih baik, inovasi fungsi UI baru yang membahagi antara muka pelbagai aplikasi menjadi separuh, meletakkan pandangan di atas dan kawalan di bahagian bawah, menjadikan telefon anda mudah digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Untuk mengaktifkan Flex Mode, buka telefon pintar Galaxy Z Flip3 5G.

1. Klik bahagian Settings. Anda akan lihat paparan seperti dibawah.
 

2. Klik Advanced Features

3. Scroll ke bawah sehingga anda jumpa Labs. Klik Labs.


4. Kemudian anda akan dibawa ke bahagian seperti gambar di bawah. Klik Multi window for all apps. Kemudian klik Flex mode panel untuk memilih aplikasi apa yang anda ingin gunakan dalam Flex Mode

5. Dibahagian Flex mode panel anda akan nampak semua aplikasi yang terdapat di dalam telefon pintar anda. Pilih aplikasi yang benar-benar anda ingin gunakan dalam Flex Mode. Tahu tak bahawa ada beberapa build in apps dari Samsung telah diset sebagai Support Flex mode? Jadi anda tidak perlu set kamera, kalendar, galeri, Google Duo, Samsung Free, Samsung Internet dan Youtube.


Mudah kan? Siap dah aktifkan Flex Mode kepada beberapa aplikasi yang Ruby sering guna. Terima kasih Samsung untuk teknologi ini. 

2 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Waaa senangnyaa.. so takde laa yang kata hp kecil lipat gitu menyusahkan nak view semua.. lelama baca kat sini berkenaan galazy-Z ni, lelama kang terpikat gak lee nak belik satu oii hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha bleh la kita sedondon ada Galaxy Z Flip3 5G kak!

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال