Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023

Assalammualaikum semua! Apa khabar? Pada minggu lepas, Ruby telah mendengar perkongsian mengenai Anjung Husnul Khatimah dari YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali dan Ustaz Azadan Rabbani. Ia adalah satu perkongsian yang sangat menusuk jiwa. Terus Ruby tanam impian untuk meninggal dunia dalam Husnul Khatimah

Husnul Khatimah adalah impian setiap umat Islam. Kita perlu menimba ilmu agama, sentiasa istiqamah berbuat kebaikan dan sentiasa jujur semasa hidup, mudah -mudahan kita memperoleh Husnul Khatimah. Malah, ia ilmu yang baik untuk kita belajar demi persediaan kematian. Ini kerana, Mati itu PASTI.


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

“Tiap-tiap yg mempunyai jiwa akan merasakan kematian.”

Surah Al-A’raaf Ayat 34


Kompleks Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023


Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023

Secara jujurnya, Ruby sangat baru dalam Husnul Khatimah. Apabila mendengar setiap kata-kata YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali. Ruby terus berasa teruja untuk istiqomah sampai Husnul Khatimah. Tidak sangka, ada program sebegini bakal membantu ummah. Ruby pasti, ramai menantikan program yang membantu kita pulang kepada Allah s.w.t dengan cara yang baik setelah kita diberi peluang hidup di dunia ini.  Menitis air mata apabila teringat kekurangan diri dan dosa. Jangan bimbang, selagi kita bernyawa. Kita masih berpeluang untuk bertaubat dan berubah.

Oleh kerana ia adalah program yang baik, sumbangan dana diperlukan untuk menjayakan Projek Kompleks Anjung Husnul Khatimah (AHK) menjadi kenyataan. Sumbangan tunai amatlah dialu-alukan. Pasukan Yayasan Kebajikan Sabha dan Perbadanan Wakaf Selangor akan menguruskan dari pembinaan projek ini sehingga ke modul peserta. InsyaAllah.

Kos pembinaan yang diperlukan adalah sebanyak RM 15 Juta hingga RM 20 Juta. Tanah seluas 3.2 ekar di Bukit Cerakah ini pada mulanya hak milik keluarga YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali. Setelah berbincang dengan keluarga, mereka bersetuju mewakafkan tanah tersebut untuk kegunaan ummah. MasyaAllah niat yang sangat baik.

Projek ini diusahakan oleh YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (YKS) dengan kerjasama PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS). Tapak Kompleks tersebut telah diwakafkan atas nama Majlis Agama Islam Selangor melalui PWS. Ia bukan milik YKS dan bukan juga milik PWS. Sebaliknya, ia dimiliki oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menjadi pemegang amanah kepada harta milik Allah SWT itu.

Lokasi di Bukit Cerakah sangat stratergik kerana dihubungkan melalui Persiaran Mokhtar Dahari, atau Lebuhraya Shah Alam – Batu Arang atau Lebuhraya Puncak Alam dan Jalan Batu Arang, adalah lebuh raya utama di Selangor, Malaysia.

Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023

Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023

Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023

Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023


Istiqomah Sampai Husnul Khatimah


Moto perjuangan Anjung Husnul Khatimah (AHK) bersandarkan kepada doa harian yang sering dibaca iaitu:


اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة

Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik, dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”

Jika diperhatikan, Kompleks Anjung Husnul Khatimah bakal menjadi satu-satunya di Dunia, Asia, Malaysia dan Selangor. Pendidikan hujung usia yang pastinya dinantikan oleh semua umat Islam diseluruh dunia. Mercu tanda syiar islam. Jom kita sama-sama belajar mendapatkan Husnul Khatimah. Menuntut ilmu tidak pernah ada batasan. Betul bukan?


Keunikan Anjung Husnul Khatimah



Dari segi konsep, metodologi, kandungan program dan cara mengendalikannya Kompleks Anjung Husnul Khatimah (AHK) merupakan satu inisiatif yang unik dengan menggabungkan teori dan praktis. Inisiatif ini adalah yang pertama di dunia, satu-satunya di Asia dan satu-satunya di Malaysia.

Anjung Husnul Khatimah (AHK) diurus menggunakan prinsip “non-profit making”, amal jariah, fisabilillah dan amal soleh. Ia dibangun dan dikendalikan sebagai satu cabang dakwah yang menekankan kepentingan mewujudkan institusi, program dan gerak kerja berbentuk fizikal (dakwah bil hal).


Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023

Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023

Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023

Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023

Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023


Lokasi:

Lot PT 29616, Bukit Cherakah, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan dengan Kampus Baru dan Fakulti Perubatan UiTM).

Fasiliti Kompleks Anjung Husnul Khatimah

  • Pusat Rawatan Islam
  • 125 bilik penginapan (berhawa dingin)
  • Auditorium (kapasiti 350 orang)
  • 10 bilik kuliah (berhawa dingin)
  • Ruang masak dan dewan makanBlok pentadbiran
  • Bilik rawatan
  • 2 unit Gymnasium (Lelaki & Wanita)
  • Ruang rehat yang selesa
  • Ruang tamu mesra
  • Kiosk serba guna
  • Ruang masak dan dewan makan
  • 8 kuaters untuk staff
  • Tandas awam
  • Tempat letak kereta yang mencukupi
  • Stor
  • Kebuk sampah
  • *Struktur bangunan dan kemudahan mengikut piawaian bertaraf 3 bintang.


Modul Program Ibu Bapa 3 Hari 2 Malam


Anjung Husnul Khatimah (AHK) mengurus dan mengendalikan 2 jenis program penyaluran ilmu dan latihamal kepada lelaki dan perempuan dewasa termasuk anak-anak dewasa yang sedang dan bakal mengurus dan menjaga mereka. 

Pertama, ilmu dan latihamal yang menekankan persediaan fizikal, mental, emosional dan spiritual digabung dalam kombinasi FARDHU AIN dan FARDHU KIFAYAH. 

Ilmu dan latihamal yang diberi memungkinkan mereka yang mengikuti program tersebut memahami ruang ilmu dan amalan yang perlu digarap sebelum menemui Allah SWT. Berikut adalah 5 Modul yang disediakan:

  • Modul Pertama:
    • “Tahap-Tahap Kehidupan Insan: Alam Rahim Ke Liang Lahad.”
  • Modul Kedua:
    • “Mempraktik Kehidupan Seimbang Antara Tuntutan Dunia Dan Akhirat.”
  • Modul Ketiga:
    • “Ilmu Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah Bagi Warga Hujung Usia.”
  • Modul Keempat:
    • “Membina Keperibadian Muslim Sejati Sebagai Pra-Syarat Mati Dalam Husnul Khatimah.”
  • Modul Kelima:
    • “Menangani Cabaran Dan Halangan Menjadi Insan Yang Dicintai Allah SWT.” 


Modul Program Anak-Anak Remaja Dan Dewasa 3 Hari 2 Malam



4 Modul disediakan untuk melahirtkan personaliti anak-anak yang Soleh & Solehah. Program ilmu dan latihamal untuk anak-anak bersedia mengurus dan menjaga ibubapa ketika hujung usia. Syarat penyertaan adalah berusia 15 tahun keatas dan sudah Akil Baligh. Pemilihan usia ini agar mereka boleh berdikari, mengurus masa patuh jadual program dan sudah faham tanggungjawab. Anak-anak dewasa ini akan mengikuti 4 modul:

  • Modul 1
    • “Kasih Sayang, Dan Adab Tertib Menjaga Ibubapa Hujung Usia.” 
  • Modul 2
    • “Mengurus Ibubapa Yang Sedang Nazak.” 
  • Modul 3
    • “Tanggungjawab Anak-Anak Mengurus Jenazah Ibubapa.” 
  • Modul 4
    • “Mengurus Harta Tinggalan Ibubapa Bagi Mengelakkan Konflik Di Kalangan Ahli Waris.”


Kriteria Penyertaan Peserta


Terbuka kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Modul program disediakan dalam Bahasa Melayu. Majoriti penyertaan adalah daripada Malaysia. Namun, Anjung Husnul Khatimah (AHK) menyediakan ruang penyertaan kepada kaum muslimin di negara jiran seperti Singapura, Brunei Darussalam, Selatan Thailand dan Indonesia. InsyaAllah.


Penyertaan PERCUMA Kepada Mereka Yang Memerlukan

  • Golongan asnaf
  • Fakir miskin
  • Anak yatim

Manakala, bagi mereka yang berkemampuan pula, pihak Anjung Husnul Khatimah (AHK) mengalu-alukan sumbangan ikhlas bagi menampung kos pengurusan, makan minum, penyelenggaraan dan sebagainya. Satu struktur yuran akan diwujudkan untuk menampung segala perbelanjaan terlibat.


Anjung Husnul Khatimah Bukan Pusat Jagaan Harian


Anjung Husnul Khatimah (AHK) BUKAN pusat jagaan warga emas (old folks home). Ia juga BUKAN pusat jagaan harian (day care center) dan juga BUKAN tempat memberi khidmat kepada golongan masyarakat yang terpinggir seperti gelandangan dan kumpulan yang terbiar. Sebaliknya, AHK adalah sebuah institusi yang dibangunkan untuk menyediakan PROGRAM PENDIDIKAN HUJUNG USIA. Program pendidikan ini menekankan kepada ilmu dan latihamal yang mesti digarap oleh setiap muslim sebagai persediaan bertemu Allah Rabbul Jaleel.

ANJUNG HUSNUL KHATIMAH diurus mengikut prinsip “non-profit making”, amal jariah, fisabilillah dan amal soleh. Dibina dan dikendalikan sebagai satu cabang dakwah yang menekankan kepentingan mengujudkan institusi, program dan gerakerja yang dapat dilihat (dakwah bil hal). Dalam lain perkataan AHK BUKAN TEMPAT MENCARI KEUNTUNGAN, sebaliknya sebagai pusat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan persediaan fizikal, mental, emosional dan spiritual yang sewajarnya.


Sumbangan Kepada Pembinaan Kompleks Anjung Husnul Khatimah


“AYUH BINA MAHLIGAI DI SYURGA” 
  • Sumbangan melalui pembelian Sijil Waqaf: 
    • Pembelian Sijil Waqaf yang bernilai RM10.00, RM50.00 dan RM100.00
    • Mereka yang menyumbang dalam bentuk Waqaf dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan melalui No. Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.5621
  • Sumbangan Zakat dan Fidyah (Agihan daripada pembayar di Pusat Zakat)
  • Sumbangan Infaq (Tunai) dan Sedekah (Tunai).
  • Sumbangan Bayaran Melalui Blok Bangunan dan Komponen Bangunan.
  • Sumbangan Tunai Amal Jariah Fisabilillah. 
  • Sumbangan Terus Ke Akaun Bank:
    • YAYASAN KEBAJIKAN SABHA
    • No Akaun Maybank : 5642 7652 7165


مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”

(HR Muslim)


Maklumat Lanjut:

YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali: http://wa.me/60192130147


Kerjasama Bersama Azadan Rabbani


Berpengalaman dalam bidang pengurusan acara dan korporat komunikasi bersama Rabbani Productions M Sdn. Bhd. Seawal 1997 sehingga kini, dan sebagai usahawan dan duta produk dan menjadi kekuatan untuk Azadan Rabbani bersedia berganding bahu memikul tanggungjawab sebagai perunding dan juga melaksanakan gerak kerja promosi dan pemasaran untuk Kompleks Anjung Husnul Khatimah.

Selain menyediakan kemudahan untuk orang ramai menginfaq dan memberi sumbangan untuk dana Pembinaan Anjung Husnul Khatimah, Azadan juga telah menyusun beberapa aktiviti bersama YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali sepanjang tahun 2021 / 2022 ini. Antaranya menjayakan program dan aktiviti motivasi, kaunseling, perkemahan ibadah, majlis Ilmu dan sambutan bulan – Islam yang membawa kepada promosi dan pemasaran Kompleks Anjung Husnul Khatimah.

Kami akan merancang pelbagai akitiviti dan program yang melibatkan rakan – rakan asatizah dan juga selebriti yang bersesuaian dengan konsep Anjung Husnul Khatimah. Semoga dengan ini dapat mempercepat dan memudahkan lagi proses pembinaan Kompleks Anjung Husnul Khatimah serta dapat memberi manfaatnya kepada kita semua.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada rakan media, orang perseorangan, sahabat – sahabat seperjuangan, rakan korporat, badan bukan kerajaan dan semua penyumbang semoga kita semua akan kembali dalam keadaan Husnul Khatimah.

Mengenai YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali


Pemilik YAYASAN SABHA dan juga Kompleks Anjung Husnul Khatimah iaitu YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan pada 28 November 1947. Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA pada tahun 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1985. Merupakan Pakar Motivasi, Pendakwah, Perunding Latihan, Usahawan dan Penulis Buku Ilmiah.

Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023


Ikuti Facebook LIVE bersama YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali SETIAP HARI dalam segmen Titisan Embun Pagi pada 7 pagi dan Salam Husnul Khatimah pada 9.15 malam. Manakala segmen FIQH Hawa bersama Ustazah Nazirah Abu Bakar pada hari Ahad jam 9 malam. Pelbagai topik menarik akan dikongsikan bersama panel jemputan. Ia adalah segmen yang sangat bermanfaat. Amal Jariah Fisabilillah dari DDHA dan pasukannya. MasyaAllah. 

Instagram: @drhasan_ali
Telegram Channel: Anjung Husnul Khatimah

Harapan YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali, dengan ada penubuhan Kompleks Anjung Husnul Khatimah ini, ia dapat melahirkan ummah yang bersedia dan insyaAllah mendapat kematian Husnul Khatimah. Beliau juga mengimpikan mempunyai cawangan Kompleks Anjung Husnul Khatimah di seluruh negeri dan nagara-negara islam. Agar ia mudah dihadiri oleh semua umat Islam. InsyaAllah. 

Alamat: YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (2016) 80B, Jalan Burhanuddin Helmi Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Hubungi: 603-7732 1669, 019-213 0147, 019-9927526 or 018-264 8706. 

4 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. This is a good initiative. It's important for us Muslim. I'm also happy to hear about this project. Thank you for sharing, Puan Ruby. Good post.

    BalasPadam
  2. Wah bagus nya setiap modul yang ada smua nya fardhu ain dan fardhu kifayah yang sangat dituntut dalam islam. Alhamdulillah adanya inisatif macam ni dapat lah kita sama sama belajar

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah, terima kasih Ruby share pasal artikel ni, kadang kita tak tau mana nak menuntut ilmu, dan tak tau juga nak menderma ke mana, so perkongsian ni nanti Sis boleh kongsikan kepada mereka yang mencari dan buat saham akhirat diri sendiri.. moga dipermudahkan semua urusan mereka dan juga Ruby..

    BalasPadam
  4. Allahuakbar.. terima kasih Ruby sharing info ini. Beruntung nya dapat tahu kat mana nak tuntut ilmu Agama dengan saluran yang betul. Allahu .. tak sabar nak salurkan bantuan Dan kumpul saham akhirat untuk program ini. Semoga semuanya dipermudahkan untuk program ini dan kita juga dapat pengakhiran yang baik bak Husnul Khatimah. Aamiinnn

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال