Assalammualaikum semua! Apa khabar? Pada minggu lepas, Ruby telah mendengar perkongsian mengenai Anjung Husnul Khatimah dari YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali dan Ustaz Azadan Rabbani. Ia adalah satu perkongsian yang sangat menusuk jiwa. Terus Ruby tanam impian untuk meninggal dunia dalam Husnul Khatimah.
Husnul Khatimah adalah impian setiap umat Islam. Kita perlu menimba ilmu agama, sentiasa istiqamah berbuat kebaikan dan sentiasa jujur semasa hidup, mudah -mudahan kita memperoleh Husnul Khatimah. Malah, ia ilmu yang baik untuk kita belajar demi persediaan kematian. Ini kerana, Mati itu PASTI.
Kompleks Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023
Secara jujurnya, Ruby sangat baru dalam Husnul Khatimah. Apabila mendengar setiap kata-kata YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali. Ruby terus berasa teruja untuk istiqomah sampai Husnul Khatimah. Tidak sangka, ada program sebegini bakal membantu ummah. Ruby pasti, ramai menantikan program yang membantu kita pulang kepada Allah s.w.t dengan cara yang baik setelah kita diberi peluang hidup di dunia ini. Menitis air mata apabila teringat kekurangan diri dan dosa. Jangan bimbang, selagi kita bernyawa. Kita masih berpeluang untuk bertaubat dan berubah.
Oleh kerana ia adalah program yang baik, sumbangan dana diperlukan untuk menjayakan Projek Kompleks Anjung Husnul Khatimah (AHK) menjadi kenyataan. Sumbangan tunai amatlah dialu-alukan. Pasukan Yayasan Kebajikan Sabha dan Perbadanan Wakaf Selangor akan menguruskan dari pembinaan projek ini sehingga ke modul peserta. InsyaAllah.
Kos pembinaan yang diperlukan adalah sebanyak RM 15 Juta hingga RM 20 Juta. Tanah seluas 3.2 ekar di Bukit Cerakah ini pada mulanya hak milik keluarga YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali. Setelah berbincang dengan keluarga, mereka bersetuju mewakafkan tanah tersebut untuk kegunaan ummah. MasyaAllah niat yang sangat baik.
Projek ini diusahakan oleh YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (YKS) dengan kerjasama PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS). Tapak Kompleks tersebut telah diwakafkan atas nama Majlis Agama Islam Selangor melalui PWS. Ia bukan milik YKS dan bukan juga milik PWS. Sebaliknya, ia dimiliki oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menjadi pemegang amanah kepada harta milik Allah SWT itu.
Lokasi di Bukit Cerakah sangat stratergik kerana dihubungkan melalui Persiaran Mokhtar Dahari, atau Lebuhraya Shah Alam – Batu Arang atau Lebuhraya Puncak Alam dan Jalan Batu Arang, adalah lebuh raya utama di Selangor, Malaysia.
Istiqomah Sampai Husnul Khatimah
Moto perjuangan Anjung Husnul Khatimah (AHK) bersandarkan kepada doa harian yang sering dibaca iaitu:
Jika diperhatikan, Kompleks Anjung Husnul Khatimah bakal menjadi satu-satunya di Dunia, Asia, Malaysia dan Selangor. Pendidikan hujung usia yang pastinya dinantikan oleh semua umat Islam diseluruh dunia. Mercu tanda syiar islam. Jom kita sama-sama belajar mendapatkan Husnul Khatimah. Menuntut ilmu tidak pernah ada batasan. Betul bukan?
Keunikan Anjung Husnul Khatimah
Fasiliti Kompleks Anjung Husnul Khatimah
- Pusat Rawatan Islam
- 125 bilik penginapan (berhawa dingin)
- Auditorium (kapasiti 350 orang)
- 10 bilik kuliah (berhawa dingin)
- Ruang masak dan dewan makanBlok pentadbiran
- Bilik rawatan
- 2 unit Gymnasium (Lelaki & Wanita)
- Ruang rehat yang selesa
- Ruang tamu mesra
- Kiosk serba guna
- Ruang masak dan dewan makan
- 8 kuaters untuk staff
- Tandas awam
- Tempat letak kereta yang mencukupi
- Stor
- Kebuk sampah
- *Struktur bangunan dan kemudahan mengikut piawaian bertaraf 3 bintang.
Modul Program Ibu Bapa 3 Hari 2 Malam
- Modul Pertama:
- “Tahap-Tahap Kehidupan Insan: Alam Rahim Ke Liang Lahad.”
- Modul Kedua:
- “Mempraktik Kehidupan Seimbang Antara Tuntutan Dunia Dan Akhirat.”
- Modul Ketiga:
- “Ilmu Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah Bagi Warga Hujung Usia.”
- Modul Keempat:
- “Membina Keperibadian Muslim Sejati Sebagai Pra-Syarat Mati Dalam Husnul Khatimah.”
- Modul Kelima:
- “Menangani Cabaran Dan Halangan Menjadi Insan Yang Dicintai Allah SWT.”
Modul Program Anak-Anak Remaja Dan Dewasa 3 Hari 2 Malam
- Modul 1:
- “Kasih Sayang, Dan Adab Tertib Menjaga Ibubapa Hujung Usia.”
- Modul 2:
- “Mengurus Ibubapa Yang Sedang Nazak.”
- Modul 3:
- “Tanggungjawab Anak-Anak Mengurus Jenazah Ibubapa.”
- Modul 4:
- “Mengurus Harta Tinggalan Ibubapa Bagi Mengelakkan Konflik Di Kalangan Ahli Waris.”
Kriteria Penyertaan Peserta
Penyertaan PERCUMA Kepada Mereka Yang Memerlukan
- Golongan asnaf
- Fakir miskin
- Anak yatim
Anjung Husnul Khatimah Bukan Pusat Jagaan Harian
Anjung Husnul Khatimah (AHK) BUKAN pusat jagaan warga emas (old folks home). Ia juga BUKAN pusat jagaan harian (day care center) dan juga BUKAN tempat memberi khidmat kepada golongan masyarakat yang terpinggir seperti gelandangan dan kumpulan yang terbiar. Sebaliknya, AHK adalah sebuah institusi yang dibangunkan untuk menyediakan PROGRAM PENDIDIKAN HUJUNG USIA. Program pendidikan ini menekankan kepada ilmu dan latihamal yang mesti digarap oleh setiap muslim sebagai persediaan bertemu Allah Rabbul Jaleel.
ANJUNG HUSNUL KHATIMAH diurus mengikut prinsip “non-profit making”, amal jariah, fisabilillah dan amal soleh. Dibina dan dikendalikan sebagai satu cabang dakwah yang menekankan kepentingan mengujudkan institusi, program dan gerakerja yang dapat dilihat (dakwah bil hal). Dalam lain perkataan AHK BUKAN TEMPAT MENCARI KEUNTUNGAN, sebaliknya sebagai pusat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan persediaan fizikal, mental, emosional dan spiritual yang sewajarnya.
Sumbangan Kepada Pembinaan Kompleks Anjung Husnul Khatimah
- Sumbangan melalui pembelian Sijil Waqaf:
- Pembelian Sijil Waqaf yang bernilai RM10.00, RM50.00 dan RM100.00
- Mereka yang menyumbang dalam bentuk Waqaf dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan melalui No. Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.5621
- Sumbangan Zakat dan Fidyah (Agihan daripada pembayar di Pusat Zakat)
- Sumbangan Infaq (Tunai) dan Sedekah (Tunai).
- Sumbangan Bayaran Melalui Blok Bangunan dan Komponen Bangunan.
- Sumbangan Tunai Amal Jariah Fisabilillah.
- Sumbangan Terus Ke Akaun Bank:
- YAYASAN KEBAJIKAN SABHA
- No Akaun Maybank : 5642 7652 7165
Kerjasama Bersama Azadan Rabbani
Mengenai YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali
Harapan YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali, dengan ada penubuhan Kompleks Anjung Husnul Khatimah ini, ia dapat melahirkan ummah yang bersedia dan insyaAllah mendapat kematian Husnul Khatimah. Beliau juga mengimpikan mempunyai cawangan Kompleks Anjung Husnul Khatimah di seluruh negeri dan nagara-negara islam. Agar ia mudah dihadiri oleh semua umat Islam. InsyaAllah.
This is a good initiative. It's important for us Muslim. I'm also happy to hear about this project. Thank you for sharing, Puan Ruby. Good post.
ردحذفWah bagus nya setiap modul yang ada smua nya fardhu ain dan fardhu kifayah yang sangat dituntut dalam islam. Alhamdulillah adanya inisatif macam ni dapat lah kita sama sama belajar
ردحذفAlhamdulilah, terima kasih Ruby share pasal artikel ni, kadang kita tak tau mana nak menuntut ilmu, dan tak tau juga nak menderma ke mana, so perkongsian ni nanti Sis boleh kongsikan kepada mereka yang mencari dan buat saham akhirat diri sendiri.. moga dipermudahkan semua urusan mereka dan juga Ruby..
ردحذفAllahuakbar.. terima kasih Ruby sharing info ini. Beruntung nya dapat tahu kat mana nak tuntut ilmu Agama dengan saluran yang betul. Allahu .. tak sabar nak salurkan bantuan Dan kumpul saham akhirat untuk program ini. Semoga semuanya dipermudahkan untuk program ini dan kita juga dapat pengakhiran yang baik bak Husnul Khatimah. Aamiinnn
ردحذف