Galaxy Watch4 Bluetooth Pink Gold: Pandang Pertama | Assalammualaikum semua! Jam yang dinantikan bagi anda yang ingin menjalani gaya hidup sihat telah tiba! Menjadi idaman setiap orang untuk menjaga kesihatan dengan baik, mempunyai gaya hidup cergas dan paling diinginkan adalah peneman sepanjang masa.
Kali ini Ruby ingin kongsikan apa yang menarik dari siri terbaru Galaxy Watch iaitu Galaxy Watch4 Bluetooth bersaiz 40mm dan bewarna Pink Gold.
Galaxy Watch4 Bluetooth 40mm dan bewarna Pink Gold ini bernilai RM 899. Sememangnya harga yang mampu dimiliki dan mempunyai fungsi penjagaan kesihatan holisitik yang luar biasa.
Pada pendapat Ruby, rekaan Galaxy Watch4 Bluetooth 40mm ini direka dengan kemas dan menepati trend minimalis pada masa kini. Ia juga mudah dikendalikan.
Galaxy Watch4 Bluetooth Pink Gold: Pandang Pertama
Siri Galaxy Watch4 baru Samsung membawa penjejakan data kesihatan dan kecergasan ke tahap seterusnya, menampilkan Sensor BioActive 3-in-1 yang inovatif, yang menggunakan cip tunggal untuk menjalankan sensor kepada kesihatan, termasuk mengukur tahap oksigen darah, dan untuk pertama kalinya ia boleh mengira komposisi badan anda.
Teruja? Ruby lagi teruja ingin berkongsi tentang peranti yang sedia membantu kita menjaga kesihatan yang lebih baik selepas ini.
Warna: Pink Gold
Rekaan: Armor Aluminum Bluetooth
Dimensi: 40.4 x 39.3 x 9.8mm
Berat: 26gram
Paparan:
1.2inci (30.4mm) Circular Super AMOLED (396x396).
FULL COLOR Always On Display
Corning Gorilla Glass DX+
Bateri: 247mAh
Pemproses: Exynos W920 Dual Core 1 18GHz
Sistem Operasi: Wear OS Powered by Samsung
Memori: 1.5GB RAM + 16GB Memori Dalaman
Penyambungan: Bluetooth 5.0, WiFi 802.11 dan NFC.
Sensor: Accelerometer, Barometer, Gyro Sensor, Gemagnetic Sensor Light Sensor Optical Heart Rate Sensor, Electrical heart sensor, Biolectric Impedance Analysis Sensor.
Ketahanan: 5ATM+IP68/MIL-STD-810G
Keserasian Peranti: Sesuai untuk pengguna Android 6.0 atau keatas, RAM 1.5GB keatas.
Jam kesihatan Galaxy Watch4 bukan sahaja menjaga kesihatan, tetapi ia teman baik anda. Ia memaparkan notifikasi aktiviti harian. Malahan ia juga mengejutkan anda dari terlalu selesa di kerusi kerja atau postur badan anda tiada pergerakan. Ia berbeza dengan tidur, ini kerana tidur dalam keadaan berbaring dan anda tidak menggunakan telefon pintar.
Dari itu, kita dapat membezakan anda tidak aktif bergerak atau sedang tidur. Ini boleh diketahui apabila Ruby mencuba memahami peranti ketika memandu kenderaan dari Ampang ke Klang. Notifikasi "Time To Get Moving" terpapar.
Kejutan seterusnya dari Galaxy Watch4 adalah paparan navigasi Goole Maps bersama getaran vibrate ketika memandu. Bayangkan, jam di pergelangan tangan anda, mempunyai paparan navigasi.
Mata tidak perlu melihat telefon pintar di cermin kereta atau dari sistem navigasi kenderaan. Tangan kita kan berada di stereng kenderaan, jadi ia amat membantu Ruby fokus ketika memandu.
Buka Kotak Galaxy Watch4 Bluetooth Pink Gold
Sebelum meneruskan dengan lebih lanjut, Ruby ingin kongsikan dengan anda apa yang terdapat di dalam kotak Galaxy Watch4.
Samsung memahami pelanggan ketika musim Pandemik ini. Kita juga menghampiri ke Endemik. Walaupun kita akan hidup bersama COVID-19, inisiatif PlanetFirst dari Samsung sentiasa memberi impak positif.
Mereka menyediakan produk di dalam kotak yang padat. Sama ada anda membeli secara dalam talian atau di kedai rasmi Samsung. Ia dilindungi! Jangan bimbang!
Untuk memilih jam yang bersesuaian dengan anda, anda boleh mengukur pergelangan tangan anda di bahagian belakang kotak dengan meletakkan pergelangan tangan di atas kotak.
Oleh kerana meminati warna Pink Gold. Ruby berdoa banyak-banyak agar ia muat untuk tangan comel Ruby ni. 40mm macam pendek talinya. Namun, apabila sudah memakainya, selesa sangat. Tali jam terdapat 10 lubang yang anda boleh laras buckle.
Apabila membuka kotak, apa yang terdapat di dalamnya adalah:
1 x Galaxy Watch4 Bluetooth 40mm Pink Gold (SM-R860NZDAXME)
1 x Wireless Charger
1 x Nota Quick Start dan Waranti
Warna Pink Gold sangat memukau, Pink Pastel digandingkan dengan Pink Gold Armor Aluminum pada bahagian Buckle dan Watch Shoulder. Tali jam Galaxy Watch4 adalah dari material berkualiti tinggi iaitu Hybrid Leather Band, ia selesa, lembut dan kalis peluh.
Sleek dan Ikonik, itulah yang Ruby nampak apabila menggayakan jam ini. Futuristics apabila digayakan bersama Galaxy Z Flip3 5G. Hehehe. Apabila membeli sesuatu peranti, rajin-rajin kan diri anda untuk membaca nota-nota kecil yang disediakan ini. Sangat bermanfaat dan membantu untuk anda memahami bagaimana menjaga Galaxy Watch4.
Jangka Hayat Bateri Dan Pengecasan Tanpa Wayar
Galaxy Watch4 Bluetooth 40mm tersedia bersama bateri bersaiz 247mAh. Melalui pengalaman Ruby, ia bertahan dalam 1 hari setengah. Rutin harian Ruby, apabila selesai aktiviti harian. Contohnya tidak beraktiviti atau keluar, Ruby akan letak Galaxy Watch4 ini di Wireless Charger.
Cas sedikit demi sedikit pun boleh. Contohnya ketika waktu ingin pergi mandi atau solat. Tanpa disedari, anda telah mengecas Galaxy Watch4.
Advanced Sleep Bantu Mendapatkan Kualiti Tidur Yang Lebih Sempurna
Adakah anda bersalah kerana menunda-nunda waktu tidur? Sekiranya demikian, apakah yang mengganggu di fikiran anda? Yang mungkin mempengaruhi kualiti tidur? Jika anda tidak tahu apakah puncanya.
Jangan bimbang, anda kini boleh mengetahui dengan analisis fungsi tidur di Galaxy Watch4. Fungsi analisis tidur menjadi kegemaran pengguna siri Galaxy Watch, dan mereka sudah memanfaatkannya. Tidur malam yang baik adalah asas untuk kesihatan mental dan fizikal kita.
Sejujurnya, pengguna Galaxy Watch boleh memeriksa corak tidur mereka lebih daripada 800 juta kali!
Untuk memberi anda pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai kualiti tidur anda, Galaxy Watch4 menjejaki kedua-dua corak anda berdengkur dan pernafasan anda.
Jadi, ia boleh membuat keputusan tepat mengenai pola tidur anda dan membantu anda mendapatkan tidur lebih lama dan lebih berkualiti.
Samsung Health App pada telefon pintar anda juga mengesan bunyi dengkuran anda, sementara Galaxy Watch4 memeriksa tahap oksigen darah anda. Data ini diperoleh secara kolektif untuk merekod gaya tidur dan skor skor anda.
Wear OS Powered by Samsung
Platform Wear OS Powered by Samsung yang baru membolehkan anda memanfaatkan ekosistem yang luas langsung dari pergelangan tangan anda - dengan aplikasi Google yang popular seperti Google Maps, dan perkhidmatan Galaxy, seperti Samsung Pay, SmartThings dan Bixby.
Ia juga menyokong aplikasi pihak ketiga, seperti Adidas Running, Calm, Strava, dan Spotify yang tersedia dari Google Play. Supaya anda dapat menikmati kelancaran dan kemudahan pengalaman bersatu setiap hari dengan Galaxy Watch4 anda.
Penjagaan Galaxy Watch4 Bluetooth 40mm
Pastikan Galaxy Watch4 dan talinya bersih dengan mengelap peranti dengan kain kering yang lembut. Mempamerkan siluet ikonik dan anggun dengan pelbagai tali dan wajah jam yang disesuaikan untuk Rakyat Malaysia, anda boleh membeli siri Galaxy Watch4 di seluruh negara mulai 22 September 2021
dan seterusnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri Galaxy Watch4, sila lawati:
Galaxy Watch4: www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch4-black-bluetooth-sm-r870nzkaxme/
Galaxy Watch4 Classic: www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch4-classic-black-bluetooth-sm-r880nzkaxme/
Geram tengok display pada muka jam tu laaa, pastu design bolat dia menarik sangat dan sesuai untuk lengan tangan yang besar macam Sis ni haa.. nak kena ke Samsung nanti nak cuba dan alamisnya snediri.. nice sangat...
ردحذفComelnya Galaxy Watch ni. Banyak pulak function dia ye?. Paling akak suka warna dia tu. Feminin sangat. Ada function berdengkur dan corak pernafasan ye?. Canggih...
ردحذفWarna Pink Gold Galaxy Watch4 ni sweet la. Tersukalah pula. Dan ia juga ada fungsi mengukur tahap oksigen dalam darah. Satu fungsi yang besar manfaatnya.
ردحذفYa rabbi ruby..cantiknyaaaa kaler dia hahah pakai dgn mask himaya blush rose tu kena betul wakakak...eh fungsi advance sleep tu aummmmnya wakakak
ردحذفMenarik betul dia boleh detect berdengkur tu, akak kenan betul galaxy watch ni..kena menabung lagi la nanti.
ردحذفKena sangat lah Galaxy Watch 4 dan juga Samsung yang lipat tu comel jer hehehe... Kita nak juga telephone dan jam ni bila lah nak dpt hehehehe....
ردحذفCantiknya! Rasanya warna pink memang tengah trendy sekarang kan? Nampak lagi elegan dan eksklusif. Boleh buat hadiah ni nanti
ردحذف