Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix | Assalammualaikum semua! Viral sekarang Korean Drama Squid Game di Netflix. Ruby nampak iklan di Netflix semasa menunggu siri terbaru Hometown Cha Cha Cha. Ia agak mengerikan sebab nampak sisipan video muka kena tampar dan kepala kena tembak. Lepas tu muzik suspen. 

Anak Ruby nampak video ni, dia jadi takut. Malam-malam dah tak boleh tidur teringat patung besar dalam iklan tu. Jadi, Ruby tak boleh tonton drama itu pada waktu siang. Anak dah tidur selepas Isyak, Ruby dan suami pun mula tengok drama ni. Diingatkan bahawa drama bersiri ini untuk tontonan orang dewasa. Jika anda orang dewasa yang takut dan ada masalah mental, juga tidak digalakkan tengok.



Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix


Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix


Squid Game disiarkan secara rasmi di Netflix pada 17 September 2021 baru-baru ini. 9 episod dan genre Violence, Sex, Nudity dan Suicide. Fuhhh mencabar bila tengok list genre. Kena kuat semangat. Istighfar banyak-banyak. Ruby review mesti ada spoiler. Kalau tiada spoiler, baik tulis sinopsis aje kan? Hahaha. 

Pengarah: Hwang Dong-hyuk

Pelakon:
Lee Jung-jae sebagai Seong Gi-hun (No. 456)
Park Hae-soo sebagai Cho Sang-woo (No. 218)
Wi Ha-joon sebagai Hwang Jun-ho (Polis)
Oh Young-soo sebagai Oh Il-nam (No. 001)
Jung Ho-yeon sebagai Kang Sae-byeok (No. 067)
Heo Sung-tae sebagai Jang Deok-su (No. 101)
Kim Joo-ryoung sebagai Han Mi-nyeo (No. 212)
Tripathi Anupam sebagai Abdul Ali (No. 199)
You Sung-joo sebagai Byeong-gi (No. 111)
Lee Yoo-mi sebagai Ji-yeong (No. 240)

Penampilan khas:
Gong Yoo sebagai Recruiter (Episod 1 dan 9)
Lee Byung-hun sebagai Front Man (Episod 8–9)

Bahasa: Korean

Genre: TV Dramas, TV Thrillers

Klasifikasi Tontonan: 18PL - Violence, Sex, Nudity & Suicide, 18 tahun keatas.

Persahabatan, Pengorbanan Dan Penghianatan

Permulaan Drama Korean Squid Game ni sangat bagus. Pengarah drama ini banyak mengajar erti kehidupan dan menonjolkan budaya permainan tradisional masa kecil kanak-kanak Korean di Squid Game. Dari situ, Ruby faham sikit. Sebab permainan tradisional kita semua seakan sama. Situasi paling buat Ruby insaf dalam Drama Korean Squid Game adalah HUTANG.


Dari hutang, kehidupan kita jadi tidak terurus. Pengurusan kewangan yang baik akan membantu kita hidup dengan lebih harmoni bersama keluarga tercinta. Watak Seong Gi-hun dimainkan dengan baik oleh pelakon Lee Jung-jae. Sememangnya watak yang berat. Kehidupan dia sangat kesian. Dia sangat baik, cuma kebanyakan peluang kehidupan tidak berpihak kepada dia.


Gagal dalam perkahwinan, masih tinggal dengan ibu yang sedang tua dan tiada pekerjaan tetap. Tetapi dia bapa yang baik dan anak yang baik. Semasa di dalam Squid Game, dia ambil berat tentang pemain nombor 001 dan kawan baik semasa kecil iaitu pemain nombor 218. Banyak detik-detik yang membuatkan kita tersedar tentang persabatan, pengorbanan dan penghianatan. Tapi Seong Gi-hun tetap baik. Marah tu ada, tapi dia baik. Faham tak?


Jadi, teruskan berbuat baik, mana tau boleh menang 45,600,000.000 Billion. Mencabar betul!


Symbol PlayStation Pada Name Card, Cuma Tiada X

Setiap pemain di dalam Squid Game akan melalui fasa di mana mereka akan dijemput dengan name card khas. Ia diberikan secara terus dari recruiter atau diselitkan di pintu rumah atau diberikan dalam bentuk hadiah. Sesiapa yang bersetuju, akan hubungi nombor tertera dan akan dijemput di lokasi yang telah dijanjikan.

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix


Penampilan Istimewa Gong Yoo


Penampilan istimewa Gong Yoo. Terbeliak mata Ruby tengok. Hahaha. Goblin berlakon oiiii. Mereka main Ddakji di stesen keretapi. Permainan Ddakji atau Ceper adalah permulaan pusingan kelayakan. Setiap cara peserta didekati oleh recruiter mempunyai cara yang tersendiri. 

Sebenarnya mereka ni sudah terpilih untuk masuk ke Squid Game. Maklumat peribadi mereka telah diketahui. Nama penuh, usia, pendidikan, tempat kerja, kehidupan, maklumat perkahwinan, hutang dengan loan sharks dan hutang bank.  Semua diketahui. Takut kan? Gong Yoo sebagai Recruiter di dalam Squid Game.

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix


Lee Byung-hun Sebagai Front Man

Mengenali Lee Byung-hun sebagai pelakon yang terkenal di peringkat Hollywood, Ruby teruja apabila pelakon Front Man di Squid Game adalah Lee Byun-hun. 

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix


Pangkat Pasukan Tentera Dikenali Dengan Simbol Pada Topeng Wajah

Nampak simbol di topeng wajah pasukan tentera Squid Game? Ketiga-tiga mempunyai peranan masing-masing. Simbol Segi Empat adalah Kapten atau Manager, Segi Tiga adalah tentera bersenjata dan Bulatan adalah Penyelia. Penyelia akan membersihkan semua mayat dan membakarnya.

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix


Permainan Masa Kecil Yang Terdapat Di Dalam Squid Game

Peserta Squid Game adalah seramai 456. Cabaran episod pertama Squid Game macam permainan kita di Malaysia iaitu A, E, I, O, U STOP! Hah lebih kurang macam tu. Tapi nama mereka panggil adalah Red Light, Green Light. Selama 9 episod ini, Ruby amat meminati babak semasa permainan tradisional ini ditafsirkan. Walaupun nampak ganas tetapi hakikatnya itulah kehidupan. 

Red Light, Green Light.

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Sugar Honeycombs

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Tug-of-war - Tarik Tali

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Marbles - Guli

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Glass Stepping Stone

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Squid Game (Permainan Terkahir)

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix


45,600,000.000 Billion Untuk Dimenangi

100 billion Won untuk nilai seorang peserta. Jika ada yang mati, jumlah akan meningkat di tabung Piggy. Ramai mempunyai harapan untuk memenangi wang ini. Mereka ingin selesaikan hutang piutang dan memulakan kehidupan baru. Namun, hanya seorang pemenang sahaja akan layak menerima wang ini. 

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix


Sentuhan Pengarah Hwang Dong-hyuk Luar Biasa!


Siri ini mendapat kritikan setelah dilancarkan kerana kesamaannya dengan filem Jepun As the Gods Will, yang dikeluarkan pada tahun 2014. Hakikatnya, drama bersiri ini adalah adaptasi dari komik manga dan mempunyai kisah berdasarkan versi permainan kanak-kanak yang berbahaya seperti "Daruma-san ga koronda" , versi Jepun Red Light, Green Light. Malah ada juga menyamakan drama bersiri ini dengan drama Jepun Alice in Borderland

Menjawab dakwaan plagiarisme, pengarah Hwang Dong-hyuk menyatakan bahawa dia telah mulai menghasilkan skrip itu sejak tahun 2008 dan bahawa persamaan antara kedua-dua filem, di mana beliau telah dimaklumkan semasa proses penggambaran, ia hanyalah kebetulan.

Pada pendapat Ruby, Ruby lebih menyukai Squid Game sebab ada keunikan tersendiri. Ruby boleh menghabiskan setiap episod dengan baik walau ada tutup mata di beberapa babak. 


Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix

Insaf Selepas Tonton Squid Game Di Netflix


Ramai menantikan Squid Game Part 2. Kebiasaannya drama bersiri yang ada sambungan di Netflix akan menjadi tidak best. Cerita akan meleret dan watak utama iaitu Seong Gi-hun yang ingin membalas dendam akan menjadi watak villaint. Diharap Pengarah Hwang Dong-hyuk akan lebih kreatif dalam memperkemaskan Squid Game Part 2 atau sambungan seterusnya. Jika ada. Hehehe. 


Secara keseluruhan, dari set pengambaran, rekaan kostum, jalan cerita, barisan pelakon dan mesej yang ingin disampaikan sangat bagus. Ruby beri 10/10 bintang!

Squid Game Versi Malaysian? 


Industri hiburan di Malaysia masih sangat baru untuk menghasilkan filem atau drama seumpama negara Korea. Masih jauh untuk kita capai. Tetapi, barisan pelakon Malaysia mempunyai harapan untuk membawa setiap watak dalam Squid Game. Kita ada barisan pelakon yang serba boleh dan luar biasa. Malah ada yang sudah ke peringkat Antarabangsa! Jika Squid Game ingin buat versi Malaysia. Pengarah Hwang Dong-hyuk boleh pilih pelakon Malaysian untuk bawa ke set pengambaran yang super canggih tu okay? 

Semua gambar di dalam artikel ini di ambil secara tangkap layar dari Netflix. Ruby adalah Netflix Subscriber untuk Plan Premium Ultra HD. Jangan saman Ruby okay? Hehehe! https://www.netflix.com/title/81040344

32 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. الردود
    1. Sama-sama akak. Perspektif berbeza, harap akak suka. Hehe.

      حذف
  2. 1st layan mcm best tonton genre macam ni..tp bila masuk 3,4 episod, dah tertido-tido..haha..

    ردحذف
    الردود
    1. Untuk usia dah lanjut skit, jangan marathon tengok drama. hahahaha. 2 episod sekali ok la. mau tak siap kerja lain.

      حذف
  3. Nad tak tengok lagi.. Tapi tengok orang post macam best.. Permainan waktu kecil2 erk.. Fuh permainan yang buat kanak2 gembira bila dlm cerita ni jadi ganas pulak..hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha, sebab tu untuk tontonan 18 tahun ke atas. cerita ni berkenaan hutang dan kisah kehidupan sebenarnya. kebanyakan yang berhutang ni hidup macam pelarian dan sampai tahap nak bunuh diri. so dengan join squid game, mereka ibarat ada option la. menang dapat duit, tak menang confirm mati. huhu

      حذف
  4. bg akk.. cerita dia sedih.. game t dapat ras apasal debaran... tapi bila kita tahu sebenarnya ramai org yg mcm ni.. nak buat apa shj utk dapatkan duit demi kelangsungan hidup.. dna keluarga serta org tersayang... cerita sgt sedihhhh

    ردحذف
    الردود
    1. betul, pengajaran dan sedih tu ada. insaf utk berhutang tak kak? harap org yang suka berhutang dan lambat bayar duit org tu tengok cerita squid game ni. moga insaf la kan.

      حذف
  5. akak tak boleh tengok squid game ni ruby, memang kemurungan akak terus. walaupun ada tengok part patung besar, diorang kene tembak, dan tarik tali jatuh ke bawah tu, ya allah serius ganggu jiwa..so kesimpulan ianya diharamkan untuk tontonan kami sekeluarga huhu

    ردحذف
    الردود
    1. hugs akak!!! itulah, ruby remind awal siapa nak tengok. kalau ada mental illness jangan tengok. mental illness bukan sesuatu yang utk dibuat main. ia melliputi stress, anxiety dan kemurungan. bahaya sangat. ada org dia suka cerita mcm ni sebab adrenalin rush. saya tengok, jadi insaf. kehidupan yang penuh pancaroba.

      حذف
  6. I read about Squid Game on Koreaboo last week. This drama looks interesting. But I am not a fan of this kinda genre. However, thank you for sharing. Good review.

    ردحذف
    الردود
    1. Haha. Many people were not interested in Squid Game at first, but liked it after watching it. Try laaaaa, only 9 episodes. Sometimes the Genre that we always love to watch will also make life boring. Watch this drama to see life from a different context or perspective. It’s loaded with messages on how to want to get on with life. Friendship, sacrifice and betrayal.

      حذف
  7. Bila baca apa yang Ayu Rafikah review, akak terus tak nak tengok sebab ada mati2 tu haa....tak sanggup. Akak ngeri sikit....tapi bila baca semuanya dalam satu pakej menarik pulak...

    ردحذف
    الردود
    1. Satu pakej dari blog Ruby? Hahaha. jarang-jarang review ni. Kalau review ni selalunya Ruby suka ambil dari sudut positif. Perspektif penonton ni berbeza. Saya rasa drama ni jadi World Trending sebab Pandemik COVID-19 ni kak. Ramai macam appreciate life kan kak. Kita boleh berhutang, tetapi kena pandai manage. Itu yang sebaiknya.

      حذف
  8. Kak Nina dah tonton. 2 hari marathon settel . Jarang sekali layan Korea sampai tahap marathon. HAhaa
    Excited nak tahunext game.
    Memang banyak pengajaran bila kita relax bersedia Dan layan tonton movie ni. Hope tak yah season 2 kot. Hehee

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha takyah season dua kan. Nanti jadi merepek meraban macam Money Heist tu.

      حذف
  9. Akak pun dah selamat marathon. Kena marathon waktu malam sebab malam anak-anak naik atas. Akak ngeri time tarik tali tu. Tapi memang cerita ni bukan ganas je tapi banyak pengajaran sebenarnya.

    ردحذف
    الردود
    1. Huwaaa, betul kak. sarat dengan pengajaran. Rasa macam semua personaliti manusia di dalam dunia ni ditafsirkan dengan jelas. ada org yang baik, jahat, penuh dengan trik, penipu, pembuli, blur dan macam-macam lg. Sedih betul.

      حذف
  10. Banyak pengajaran sebenarnya juga cerita ni kan. Sedih sangat watak Ali tu yg baik dan dikhianati..pastu Atuk tu mmg dah suspicious dr awal tengok dia..

    ردحذف
    الردود
    1. Huwaaa, betul la kak Shamiera, watak Ali tu saya terasa sangat. Dia percaya je orang tu. Main tipu pun tak sedar. Akhirnya kena tembak. Huwaa.

      حذف
  11. Okaylah nanti Sis sambung balik nengok.. haritu tengok suku je bosan.. maybe sebab jiwa Sis ni ke arah jiwang kot hahahaha so unsur ganas ni susah nak masuk hehehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Ada satu tips utk sis tengok Squid Game. Sis pegang remote. lajukan bahagian banyak cakap tu. haahahahahaha. cepat sikit habis kan. episod berapa tah memang cakap aje. Saya siap bleh masak cekodok lah masa tu. hahahaa.

      حذف
  12. Nell pun tertarik masa Netflix push filem ni a week before release! Sekali jalan habis kesemua episode… macam2 perasaan bila tengok filem ni kan. Sarat with mesej yang cuba disampaikan… true ahh HUTANG ni sgt membebankan if tak manage well! Slowly we fall into it, a trap!

    ردحذف
    الردود
    1. Tengok cara mereka berhutang, bukan sikit-sikit angka. takut betul. sampai kerja harian pun tak boleh nak support hutang yang dipinjam. risau betul.

      حذف
  13. Bagi saya yg dah tonton habis session 1 ni konsep cerita menarik tapi banyak sangat berbual dan membebel serta terlalu banyak nangis. Kita dalam games ninyg berjuang hidup mati kerana ada seorang yang akan hidup akhirnya...

    ردحذف
    الردود
    1. ada episod berapa tah, memang dialog aje. bahagian game mereka tu yang paling dinantikan. Cuma masa main guli pun banyak cakap. macam confession sebelum mati. sedih plak.

      حذف
  14. Rawlins masih lagi tak tengok Squid Game sebab tengah layan siri lain. Pas habis nie baru layan.

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe bleh tengok bebila available. masa Rawlins rileks tau. sebab cerita ni bleh buat kemurungan.

      حذف
  15. Iza dah tengok dah cerita. Cerita survival macam ni memang scary jugak la. Tapi jalan cerita dia not bad and best jugak. Ada nasihat yang nak disampaikan.

    ردحذف
    الردود
    1. Kan Iza, mesej yang disampaikan tu deep sangat. Kalau jahat tu, jahat betul. Tapi yang konon baik jd jahat lg tragis. Sedih tengok Ali tu kena tipu.

      حذف
  16. I pun setuju, idea dan penghayatan series squid game ni memang unique and some how it related to out life. Kudos to the producer and cast.

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال