Jom Tonton LIVE Show Galaxy Z Di Facebook Dan Instagram | Assalammualaikum semua! Ruby nak kongsikan LIVE show yang bakal berlangsung bermula hari ini 6 September pada jam 10 malam! Mereka akan menunjukkan fungsi dan bagaimana rupa bentuk siri Galaxy Z dari Samsung. Sama ada Galaxy Z Flip 3 atau Galaxy Z Fold3. Semua tersedia buat anda yang tertanya-tanya bagaimana telefon pintar yang boleh dilipat ini boleh menjadi teman harian anda. Ayuh!
Jom Tonton LIVE Show Galaxy Z Di Facebook Dan Instagram.
Ciri-ciri yang paling digemari pada siri Galaxy Z terbaru akan didedahkan di Z Live Show! Galaxy Z, dibangunkan dengan inovasi ketukangan dan unggulan yang digemari pengguna Samsung. Dari reka bentuk ikonik hingga hiburan yang mengasyikkan, Galaxy Z Flip3 5G dan Galaxy Z Fold3 5G menawarkan cara baru yang unik untuk mengekspresikan diri. Sertailah para penggiat media sosial Influencers kerana mereka akan berkongsi pengalaman menggunakan teknologi terpanas di dunia! Tonton Z Live Show dari 6 hingga 10 September, 10 malam setiap hari, di Facebook dan Instagram Samsung Malaysia! Pasti anda akan kagum dengan ciri-ciri Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G yang luar biasa, serta berkongsi tips kejayaan peribadi mereka.
Siti Khadijah - @sitikhadijahhalim (6 September 2021)
Siti Khadijah yang menakjubkan, akan menunjukkan bagaimana dia menjaringkan gambar dirinya yang layak di insta menggunakan Flex Mode pada Galaxy Z Flip3 5G tanpa bantuan tambahan.
Alex Ho - @alex_hkf (7 September 2021)
Menampilkan Alex Ho, seorang penari K-Pop yang berbakat dan TikToker yang akan berkongsi trik bagaimana menangkap video TikTok bebas tangan serta berkualiti studio dengan hanya menggunakan Galaxy Z Flip3 5G.
Uyaina Arshad @uyainaarshad (8 September 2021)
Uyaina Arshad adalah pelakon serta hos rancangan televisyen akan membincangkan pengalamannya dengan Galaxy Z Fold3 5G dan bagaimana ia meningkatkan produktiviti hariannya.
Nabila Razali - @nabila.razali (9 September 2021)
Nabila Razali, ikon inspirasi fesyen, penyanyi dan pelakon terkenal akan berkongsi petua untuk membuat almari pakaian fesyen, termasuk panduan untuk mengambil gambar OOTD yang lebih baik menggunakan Galaxy Z Flip3 5G.
Brian See - @mrbriansee (10 September 2021)
Brian See, Ikon fesyen akan menggunakan Galaxy Z Flip3 sebagai peneman harian dan bagaimana peranti ini meningkatkan hasil OOTDnya.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk mendapatkan telefon pintar dari Samsung iaitu siri terkini Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3. Enjoy!