Kempen MAGGI Sah Malaysia Meraikan 50 Tahun Bersama.

Kempen MAGGI Sah Malaysia Meraikan 50 Tahun Bersama. | Assalammualaikum semua! Sedar tidak sedar, MAGGI bersama kita hampir 50 tahun! Separuh dari usia Ruby tu. Hahaha. Kenangan dengan MAGGI ni terlalu banyak. Apa yang pasti, ia membuatkan kita semua mengidam dan mendambakan MAGGI pada waktu tertentu. Seperti pada musim hujan, minggu peperiksaan sekolah, perkhemahan sekolah, ketika belajar di perantauan, ketika tiada makanan lain di rumah tetapi stok MAGGI sentiasa ada, semasa duit gaji dah habis, ketika di pejabat yang sibuk tetapi tidak sempat makan on time dan pelbagai situasi lain. MAGGI penyelamat dari kita kelaparan atau berlapar. Terima kasih MAGGI! Terima kasih masih menjual pada harga yang berpatutan! Anda nak tau tak? MAGGI kegemaran Ruby sekeluarga adalah MAGGI Kari. 2 minit sahaja! Siap terhidang!


Kempen MAGGI Sah Malaysia Meraikan 50 Tahun Bersama.


Kempen MAGGI Sah Malaysia kembali untuk raikan kegemilangan 50 tahun memori MAGGI bersama Malaysia. Kempen MAGGI Sah Malaysia tanda ikatan mesra yang berkekalan selama 50 tahun bersama rakyat Malaysia. Sejumlah 50,000 kit makanan akan disumbangkan kepada golongan B40 sebagai sebahagian daripada iltizam dalam meningkatkan kehidupan golongan ini melalui penyediaan makanan yang seimbang dan berpatutan

Pada Ogos ini, kempen MAGGI Sah Malaysia kembali semula sempena meraikan komitmen 50 tahun pada rakyat Malaysia, yang diharapkan akan menyuntik semangat positif di seluruh negara dan menghidupkan semula memori indah yang tercipta bersama rakyat Malaysia sepanjang lima dekad yang lalu.

Kempen MAGGI Sah Malaysia Meraikan 50 Tahun Bersama.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1971, Mi MAGGI 2-Minit (M2MN) telah menjadi cukup ikonik bagi rakyat Malaysia, mencipta banyak saat-saat indah yang terpahat di ingatan. Dan walau di mana mereka berada, Mi MAGGI sentiasa mengingatkan mereka pada keluarga tercinta.

Jenama MAGGI bangga kerana dapat menyajikan rasa yang autentik, mudah didapati serta berpatutan untuk rakyat Malaysia. Hari ini, jenama MAGGI merupakan antara jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia, membantu ramai keluarga dalam menyediakan sajian yang berpatutan dan enak – dengan penambahan porsi protein dan sayur-sayuran yang betul untuk mencapai sajian seimbang.


50 Tahun Bersama


“Kami amat berbesar hati telah menjadi sekutu di dapur rakyat Malaysia selama 50 tahun, membantu penyajian hidangan yang enak, seimbang serta berpatutan yang sentiasa mengembalikan memori rasa yang dekat di hati rakyat Malaysia. Tahun ini merupakan tonggak penting dalam sejarah jenama MAGGI, di samping meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke-64 tahun, dan kami akan menyambung usaha dalam mengeratkan lagi jalinan bersama rakyat Malaysia dengan semangat #KitaJagaKita,” kata Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad.




Bersama Dengan Semangat #KitaJagaKita


Diilhamkan dari paparan solidariti oleh rakyat Malaysia di tengah-tengah kesukaran berdepan pandemik COVID-19, MAGGI Sah Malaysia dilancarkan pada tahun lalu untuk meraikan kecekalan dan ketabahan masyarakat Malaysia serta menghimpun sokongan bagi golongan yang memerlukan. Sejumlah 50,000 kit makanan telah disumbangkan kepada golongan B40 melalui Peraduan MAGGI Sah Malaysia Beli & Beramal pada tahun lalu, di mana rakyat Malaysia dapat membantu membekalkan barang keperluan asas dalam bentuk kit makanan, dengan setiap pembelian produk MAGGI bagi penyediaan sajian yang berpatutan, enak serta berkhasiat untuk keluarga.

Tahun ini, bagi meneruskan komitmen dalam membantu golongan yang memerlukan, Peraduan MAGGI Sah Malaysia Beli & Beramal kembali untuk tahun ke-2. Menyediakan platform untuk membantu keluarga yang memerlukan, MAGGI Sah Malaysia bermatlamat menyumbangkan sejumlah 50,000 lagi kit makanan kepada golongan B40 di seluruh Malaysia.

Tambah Geetha: “Pandemik yang sedang melanda negara kita telah memberi tekanan kepada ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan B40. Oleh itu, kami berharap dapat meningkatkan dan memperkasakan rakyat Malaysia yang terjejas melalui makanan, yang sentiasa mampu menyatukan kita. Initiatif B40 kami bermatlamat untuk menyediakan asas serta cara bagaimana menyiapkan sajian yang enak, seimbang serta berpatutan, sejajar dengan usaha besar Nestlé Malaysia untuk meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan, terutama pada masa yang penuh mencabar kini.”


Peraduan MAGGI Sah Malaysia Beli & Beramal


Bermula dari 1 Ogos sehingga 30 September 2021, dengan setiap pembelian produk MAGGI bernilai RM5, peserta layak untuk menyertai Peraduan MAGGI Sah Malaysia Beli & Beramal dengan menghantar penyertaan melalui WhatsApp ataupun e-borang di laman web MAGGI. Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan di samping dapat beramal dan membantu golongan yang memerlukan. Bagi setiap 10,000 penyertaan yang diterima, 1,000 kit makanan akan disumbangkan mengikut negeri para peserta, dengan matlamat untuk menyumbangkan sejumlah 50,000 kit makanan kepada mereka yang memerlukan di seluruh Malaysia.


Kempen MAGGI Sah Malaysia Meraikan 50 Tahun Bersama.

Sepanjang 50 tahun yang lalu, pelbagai inovasi telah dilancarkan bagi memudahkan penyediaan makanan serta memberikan rakyat Malaysia pelbagai pilihan sajian yang enak. Pada tahun 1969, sos MAGGI kesukaan ramai – Sos Tomato dan Sos Cili, pertama kali dihasilkan dan dibotolkan di Malaysia. Tidak lama kemudian, Mi MAGGI 2-Minit yang cukup ikonik dilancarkan pada tahun 1971. 

Pada tahun 1986, kiub pati ayam MAGGI, produk kulinari pertama, diperkenalkan untuk melazatkan lagi sajian rakyat Malaysia. Mara ke tahun 2020, dua MAGGI Mi Goreng baru diperkenalkan sebagai tanda penghargaan terhadap cinta rakyat Malaysia kepada rasa tempatan yang pedas dan asli. Sebagai jenama kepercayaan ramai rakyat Malaysia, jenama MAGGI kekal komited dalam misi mewujudkan detik-detik sajian enak yang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/ untuk maklumat lanjut tentang kempen MAGGI Sah Malaysia.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال