Lagu Harapan Dari Sarimah Ibrahim Dan Damian Mikhail Bersempena World Suicide Prevention Day 2021

Assalammualaikum semua! Sering kita baca berita, kes-kes bunuh diri dikalangan masyarakat Malaysia semakin meningkat. Apabila mengetahui situasi yang dilalui oleh mereka ketika PKP yang lalu, Ruby juga berasa terkesan dengan keadaan itu. Risau dan Ruby segera hubungi kawan-kawan, saudara mara dan kenalan yang pernah berhubung. Tanya khabar mereka dan apa sedang mereka buat. 

Jika mereka berniaga makanan, Ruby bantu dengan beri Infaq dan mereka akan menyediakan makanan dan sedekah kepada Masjid berdekatan, jiran atau kalau mereka rajin, mereka beri kepada gelandangan. Ruby harap bantuan itu dapat membantu mereka terus bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Jika perlu teman berbicara, hubungi Ruby. Tak sanggup Ruby mendengar kes kematian dalam kalangan kenalan. Cukup berita kematian mereka disebabkan oleh COVID-19 sahaja. Allahuakbar, sebak betul. 

Yayasan ZuriatCARE (YZC) sebagai sebuah yayasan amal di bawah Awqaf Holdings Berhad (AWQAF), sentiasa mendokong aspirasi Maqasid Syariah dalam melindungi nyawa (hifz al-nafs) dan memelihara nasab keturunan (hifz al-nasb) serta menekankan kepentingan zuriat sebagai pewaris generasi masa hadapan. YZC amat proaktif dalam melaksanakan aktiviti serta program advokasi kepada golongan sasar dan masyarakat bagi memupuk kesedaran tentang isu pembuangan bayi dan remaja hamil anak tidak sah taraf serta isu kesihatan mental.


Lagu Harapan Dari Sarimah Ibrahim Dan Damian Mikhail Beri Kesedaran Tentang World Suicide Prevention Day 2021

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan 10 September setiap tahun sebagai Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia (World Suicide Prevention Day). Bertemakan “Mencipta Harapan Melalui Tindakan”, Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada tahun ini memfokuskan kepada tindakan yang boleh diambil oleh setiap individu kepada individu yang lain sama ada kawan, ahli keluarga, rakan atau pun sesiapa sahaja yang berada dalam komuniti kita, untuk kita sentiasa peka dan prihatin dalam memberikan harapan dan bantuan yang mampu menyelamatkan nyawa. 

Justeru, YZC melalui program Awareness Against Suicide (AWAS) melancarkan satu kempen kesedaran yang dinamakan Kempen #StandForHOPE yang akan berlangsung dari 1 September 2021 sehingga 31 Disember 2021 sebagai tanda sokongan kepada hari bersejarah ini.

Kita sedia maklum sepanjang pandemik Covid-19 melanda Malaysia sejak Mac 2020, kes kematian akibat bunuh diri semakin meningkat. AWAS menyokong usaha kerajaan yang telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu ini. AWAS juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar turut bersama-sama memainkan peranan dalam memupuk kesedaran terhadap gejala bunuh diri dan memberi bantuan terhadap mereka yang terkesan akibat perilaku bunuh diri.

Mencegah gejala bunuh diri adalah tanggungjawab bersama. Justeru, penghasilan lagu dengan genre Pop R&B dan muzik video “Harapan” hasil ciptaan Damian Mikhail serta dinyanyikan oleh Damian Mikhail dan Che Puan Sarimah selaku Pengasas Bersama dan Duta Kempen #StandForHOPE ini dilihat mampu menjadi pemangkin harapan, inspirasi dan semangat kepada mereka yang sedang dalam kebuntuan dan permasalahan emosi supaya tidak berputus asa dalam kehidupan, kerana harapan dan bantuan sentiasa ada di sekeliling mereka.

Suicide World Prevention Day 10 September 2021


Isu bunuh diri ini sedang meningkat secara mendadak bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia akibat pandemik Covid-19. Impak pelancaran pada tarikh di atas adalah lebih tinggi berbanding hari-hari lain kerana isu ini sangat releven dengan sambutan hari tersebut. Apabila lagu HARAPAN dilancarkan dan dimainkan di corong-corong radio pada tarikh ini, seluruh negara akan diperingatkan akan isu bunuh diri ini.

Perjuangan AWAS adalah untuk mengakhiri stigma & memberi sokongan emosi, kepada :-
  • Individu yang sedang bertarung dengan masalah kesihatan mental yang menjurus kepada pemikiran dan perlakuan bunuh diri.
  • Individu yang telah terkesan akibat kematian orang yang Meninggal Akibat Bunuh Diri (MABD).

Mesej Melalui Muzik

  • Muzik adalah medium yang sangat sesuai dengan jiwa kumpulan sasaran AWAS iaitu remaja dan anak-anak muda.
  • Kajian menunjukkan bahawa mendengar lagu boleh memperbaiki emosi (improve mood), memperlahankan kadar degupan jantung dan mengurangkan kebimbangan (reduce anxiety).
  • Genre yang dipilih adalah R&B Pop kerana ianya lebih diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.
  • Lirik lagu pula diilhamkan daripada situasi mereka yang sedang dalam kebuntuan supaya menyambut tangan yang dihulurkan bersama harapan agar tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Objektif


  • Memberi kesedaran terhadap isu kesihatan mental seterusnya menghindari gejala bunuh diri.
  • Memberi kesedaran kewujudan Program AWAS di bawah Yayasan ZuriatCARE (YZC) kepada masyarakat.
  • Mengumpulkan dana dan peruntukan demi kelangsungan program-program anjuran YZC.
  • Mempertingkatkan kolaborasi dengan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.

Harapan Untuk Kita Semua


Lirik lagu “Harapan” ini padat dengan mesej positif dan bertepatan dengan perjuangan AWAS berkaitan kempen pencegahan dan hindari bunuh diri iaitu :

  • Menghapuskan stigma dan memberi sokongan emosi kepada individu yang sedang bertarung dengan masalah kesihatan mental yang menjurus kepada pemikiran dan tingkah laku bunuh diri
  • Individu yang telah terkesan akibat kematian insan tersayang yang Meninggal dunia Akibat Bunuh Diri (MABD)
Lagu “Harapan” ciptaan Damian Mikhail (dikuasakan oleh YZC). Dinyanyikan oleh Damian Mikhail dan Che Puan Sarimah Ibrahim, selaku Pengasas Bersama Duta Kempen #StandForHope. Lagu ini menjadi pemangkin harapan kepada mereka yang sedang di dalam kebuntuan dan permasalahan emosi supaya tidak berputus asa.



Menurut Che Puan Sarimah, “Tanpa kesihatan mental, tiada kesihatan rakyat dan negara. Kita tidak boleh menafikan bahawa HARAPAN merupakan salah satu elemen penting bagi mereka yang sedang melalui fasa penyembuhan dalam kehidupan. 
Justeru, ambil tahu dan ambil berat tentang perasaan dan keadaan emosi rakan-rakan, ahli keluarga dan jiran kita supaya kita sama-sama dapat membantu dan mencegah terjadinya sesuatu yang akan dikesali dan lebih menyedihkan kelak.”



Damian Mikhail turut mengatakan bahawa, “If you are looking for a reason not to opt for suicide today, this is it. Live today for tomorrow.”

YZC menyokong penuh program AWAS yang komited untuk membantu serta memberi kefahaman kepada masyarakat bagi menangani isu bunuh diri, kesihatan dan penyakit mental demi menghapuskan stigma yang menjadi penghalang kepada seseorang itu daripada mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Video Muzik Harapan



Lirik Lagu Harapan


(Sarimah)
Seringkali terdetik
Di dalam hati
Adakah ini yang perlu dilalui?
Saban hari bertemankan kegagalan
Tergelincir
Walau terbentang luasnya landasan

Pre Chorus
Andai jatuh tersungkur
Kita bangkit bersama

Chorus (Sarimah)
Walau luka
Walau pun perit terasa
Bersama-sama kita terus melangkah
You are not alone
But you feel as though
You wish it all would end
Reach out your hand
Just let me in my friend, yeah

(Damian & Sarimah)

Harapan (oh oh)
Ku harapkan (oh oh) (oh wo oh)
Harapkan ke hadapan (Just Let Us In)
Oooh...As a friend

Bridge (Damian)
And you may feel life isn’t fair
You may feel that no one cares
Pause a while and think it through
There is always HOPE for you

Chorus (Phone FX)
Walau luka
Walau pun perit terasa
Bersama-sama kita terus
Terus melangkah (3x)

Chorus (Damian)
Walau luka
Walau pun perit terasa
Bersama-sama (Bersama- sama)
Kita terus melangkah

(Sarimah)
You are not alone
But you feel as though
Your world is closing in
Reach out your hand
Just let me in my friend, yeah

(Damian & Sarimah)
Harapan (yeah yea) ku harapkan
(oh oh) ke hadapan
(oh wo oh) harapkan ke hadapan
(Yeahh yeahh)

Andai jatuh tersungkur, kita bangkit bersama. Bersama-sama kita terus melangkah membawa HARAPAN.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال