Lirik Lagu SAKIT - Yonnyboii feat Zynakal

Assalammualaikum semua! Ruby tertarik dengan lagi SAKIT nyanyian Yonnyboii feat Zynakal setelah melihat banyak perkongsian di TikTok dan Reels Instagram. Menerusi video-video berdurasi 15 saat itu, Ruby terpanggil untuk mencari lirik lagu penuh dan video muzik lengkap.

Mula dikongsi di YouTube pada 20 Disember 2019 lalu, video lirik rasmi lagu SAKIT sehingga kini meraih lebih 43 Juta tontonan. Lirik dan video ini rupa-rupanya untuk memberi Kesedaran Kesihatan Mental dikalangan masyarakat. 

Pada pendapat Ruby, lagu ini sangat DEEP. Cuma, September 2021 baru Ruby discover tentang lagu ni. Maaf! Lagu ini turut digunakan sebagai OST drama Budak Tebing dan edaran sepenuhnya oleh Indigital Sdn Bhd. 


Composer : Yonnyboi, Zynakal 
Lyricist : Yonnyboi, Zynakal 
Music Producer : adam E, Fresdie Laut 
Music Arranger : Adam E, Freddie Laut 
Music Programmer : Adam E, Freddie Laut 
Musicians : Adam E, Freddie Laut 
Mix & Mastering Engineer : Yonnyboi

Lirik Lagu SAKIT - Yonnyboii feat Zynaka


Kalau kau rasa tak dihargai
Tutuplah mata peganglah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih aku di sini

Walau hidupmu tumpas ku akan beri kerjasama
Bangkit wahai kawan hidup ini tak sempurna
Jangan selalu bersedih ku juga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi rama-rama

Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit di hati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti

Mengerti
Ku terpaksa hadap walau penat lari
Ku terpaksa jatuh bila penat diri
Ku terpaksa hilang walau ramai cari

Aku lupa ingatan
Jadi tolong ingatkan
Saat luar kawalan
Jadi tolonglah pesan

Tolonglah aku kawan
Aku ni manusia
Ku buat kesilapan
Ku manusia biasa

Percayalah
Ku yang berikan tangan
Jika engkau memerlukan
Jadi tolong jangan segan

Kalau kau rasa tak dihargai
Tutuplah mata peganglah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih aku di sini

Walau hidupmu tumpas ku akan beri kerjasama
Bangkit wahai kawan hidup ini tak sempurna
Jangan selalu bersedih ku juga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi rama-rama

Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit di hati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti

Mengerti
Ku terpaksa hadap walau penat lari
Ku terpaksa jatuh bila penat diri
Ku terpaksa hilang walau ramai cari

Kau kenal aku siapa
Yang dulu bukan aku
Masa tu aku gila
Ku sendiri tak tahu

Apa yang sudah jadi
Ku rasa macam mimpi
Hanyut di realiti
Kesannya hari ini

Penyakit tiada luka
Sakit tiada parut
Sakitnya di kepala
Bercelaru mengarut

Tindakan luar biasa
Marah terus mencarut
Lupa semua kata
Rasa nyawa tercabut

Aku faham
Apa yang kau rasa
Janganlah kecewa
Ku sentiasa ada


PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال