MILO Champions Clinic: E-Coaching Badminton Minggu Kedua

MILO Champions Clinic: E-Coaching Badminton Minggu Kedua | Assalammualaikum semua! Buat apa tu? Selamat berhujung minggu! Hari ini Ruby ingin berkongsi tentang kelas pertama Adam di MILO Champions Clinic: E-Coaching Badminton untuk minggu kedua dan minggu pertama. 

Penyertaan untuk sukan Badminton ternyata mendapat sambutan yang meggalakkan. Melayu, Cina, India dan lain-lain turut sertai! Seramai 12 Jurulatih berpengalaman dibahagikan untuk mengajar 70 kumpulan peserta yang setiap kumpulan terdiri dari 3 orang peserta. Setiap Jurulatih akan mengajar di 6 buah kumpulan.

MILO Champions Clinic: E-Coaching Badminton Minggu Kedua


Melihat kesungguhan kesemua Jurulatih, Ruby terus beri kata-kata semangat kepada Adam untuk sentiasa fokus ikut semua arahan dan latihan yang diberikan oleh Jurulatih. Jurulatih Badminton Adam adalah Coach Wong Howe Nguong. 


Selama 15 minit sesi dari jam 4.20 petang hingga 4.35 petang. Coach mengingatkan semula cara memegang raket badminton. Forehand dan Backhand Grip. Kemudian coach melihat cara tangan Adam buat Forehand Over Lob dan Front Back Footwork. Adam masih malu-malu dengan Coach. Tapi dia sangat enjoy selepas kelas. Hehe.

Tugasan Minggu Pertama. 


Minggu pertama untuk MILO Champions Clinic: E-Coaching Badminton adalah menonton video dari Coach Daphne Ng. Ia adalah perkongsian pengenalan kepada Badminton yang sangat jelas. 

5 Jenis Perlawanan Badminton


Kemudian beliau menerangkan 5 jenis perlawanan Badminton. 

1. Perseorangan Wanita
2. Perseorangan Lelaki
3. Beregu Wanita
4. Beregu Lelaki
5. Beregu Campuran

Teknik Asas Sukan Badminton


Coach Daphne Ng menerangkan bahawa permulaan apa sahaja aktiviti sukan perlu sesi pemanasan badan. Terbahagi kepada dua (2), regangan statik dan regangan dinamik. Membantu mengurangkan kecederaan dan meregangkan otot. Senaman regangan dan yang bersesuaian untuk sukan badminton di ajar. Kami buat semua senaman berikut:

  • Joging Setempat
  • Regangan Leher
  • Regangan Bahu
  • Half Jack
  • Regangan Pergelangan Tangan
  • High Knee
  • Regangan Dinamik
  • Sepakan Tumit
  • Putaran Buku Lali
  • Lunges

Berkenalan Dengan Raket Badminton


Secara jujurnya Ruby tidak tahu ada cara memegang raket. Rupa-rupanya, ada 2 cara memegag raket Badminton.

Raket Badminton terbahagi kepada 3 bahagian:

Bahagian atas (head of racket)
Bahagian tengah (the shaft)
Bahagian bawah (grip)

Forehand V Grip 90° - Tangan kiri memegang bahagian shaft dan tangan kanan memegang bahagian grip pada sudut rata. Maka terbentuk 90°. 

Backhand Grip/Pegangan Kilas - Kedudukan Ibu jari di atas raket. 

Ballon Tap With Racket, mengimbangkan balloon menggunakan raket dengan teknik Forehand dan Backhand. Buat selama 10 kali tanpa belon jatuh. Jika belon jatuh, ulang semula. 

Cara Menghayun Raket

Dengan menggunakan belon, anda boleh menghayun raket perlahan-lahan dengan menggunakan teknik forehand dan backhand. Jangan terburu-buru. Lakukan dengan tenang.


Forehand Over Lob


1. Bersedia L Shape lengan dan pergelangan tangan.
2. Atas lurus
3. Turun ke bahagiang tengah
4. Turun ke bawah.

Kaki kanan ke hadapan semasa raket kehadapan.

Front Back Footwork 


Latihan Fizikal
1. Sit Up : 2 set
2. Hand Plank : 2 set

Cooling Down dengan senaman ringkas.

Home Work


Throw & Catch Bulu Tangkis. Nampak mudah untuk orang dewasa, tetapi tidak untuk kanak-kanak. Beri mereka masa untuk cuba dan cub dan cuba lagi.

Tips Untuk Tidak Ketinggalan


Sentiasa selesaikan tugasan segera selepas menerima home work dari Coach. Sebab Ruby faham bila hari biasa Isnin sampai Jumaat kita sibuk dengan kerja harian, tanggunjawab harian sebagai suri rumah dan kita juga kena memantau PdPR anak-anak. Jangan stress, jangan putus asa. Buat jadual dan sentiasa patuh masa. Setiap masa itu berharga. 

Champions! Never Give Up!

2 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. best aktiviti ini. Eca pun baru selesai dgn perkhemahan virtual untuk unit beruniform sekolah. budak2 seronok biarpun hanya dr ruma sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh bagusnya. Mesti excited kan mereka. Saya anak baru 7 tahun, sekolah belum ada any aktiviti macam tu lg. Jadi mak join kan dengan program yang nampak kat iklan facebook. hahaha. ok le tu kan.

      Padam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال