Peraduan #HuggiesComfortableExplorers


Peraduan #HuggiesComfortableExplorers | Huggies Dry Pants – Lampin Penyerap Terpantas Malaysia membolehkan bayi aktif dan cergas bergerak bebas serta selesa dengan Dry Xpert Channel Technology. Diperkasa Huggies Dry Pants, Huggies Malaysia melancarkan #HuggiesComfortableExplorers bagi menunjukkan bayi bergerak dan meneroka jauh lebih banyak daripada yang difikirkan oleh ibu bapa.

Huggies Malaysia melancarkan peraduan #HuggiesComfortableExplorers dari 17 September - 31 Oktober 2021. Peraduan ini bertujuan mengenengahkan kepada ibu bapa bahawa bayi mereka bergerak dan meneroka lebih banyak daripada apa yang mereka fikirkan, terutama dengan keselesaan tiada tandingan Lampin Penyerap Terpantas Malaysia - Huggies Dry Pants


Peraduan #HuggiesComfortableExplorers


Peraduan #HuggiesComfortableExplorers


Peraduan #HuggiesComfortableExplorers mengajak ibu bapa untuk memuat turun video bayi mereka menari, memanjat, berlari dan bergolek dalam cara paling kreatif ke dalam Instagram story mereka.

Dengan keupayaan bayi memahirkan badannya semasa membesar, ibu bapa akan menyedari betapa anak kesayangan mereka adalah jauh lebih aktif daripada yang mereka sangkakan. Di dalam eksperimen rumah yang dilakukan oleh Huggies, eksperimen itu mendapati bayi boleh bertatih sehingga 10,000 tapak sehari! 

Oleh itu, ibu bapa hendaklah memberikan bayi mereka dengan sokongan dan keselesaan yang diperlukan semasa fasa penerokaan aktif. Dengan peraduan #HuggiesComfortableExplorers dikuasakan oleh penyerapan pantas Huggies Dry Pants, ibu bapa kini boleh menyaksikan anak mereka bergerak lebih pantas meneroka persekitaran mereka dengan penuh keselesaan.

Peraduan #HuggiesComfortableExplorers
Peraduan #HuggiesComfortableExplorers

Peraduan #HuggiesComfortableExplorers
Peraduan #HuggiesComfortableExplorers



Ibu bapa pasti lega untuk melihat anak kesayangan mereka kekal seronok, selesa dan kering semasa penerokaan dengan Huggies Dry Pants. Lampin Huggies Dry Pants menyerap kebasahan dengan pantas menerusi Huggies’ Dry Xpert Channel Technology yang menampilkan saluran berbentuk X di dalam teras lampin. Ia menyalurkan kebasahan serata ke semua 4 laluan untuk penyerapan pantas, oleh itu memastikan kulit bayi kering dan selesa sepanjang hari untuk memberikan mereka kebebasan dan keselesaan untuk meneroka lebih lagi!

“Huggies Malaysia memahami kesukaran ibu bapa untuk memilih lampin paling selesa untuk bayi mereka yang pantas dan aktif. Inilah mengapa Huggies Dry Pants dicipta! Hanya Huggies Dry Pants boleh melaksanakan tugas ini kerana keupayaannya menyerap segera, memberikan anak kesayangan anda kebebasan dan keselesaan untuk benar-benar menjadi #HuggiesComfortableExplorers!” kata Martina Jezdikova, Pengarah Pemasaran Malaysia di Kimberly-Clark.

Seiring dengan peraduan #HuggiesComfortableExplorers, Huggies Malaysia menjalin kolaborasi dengan ibu bapa terkenal Malaysia: Dr. Shazril Shaharuddin, Wawa Zainal, Shima Anuar dan Laries Tan. Kesemua mereka akan memulakan peraduan dengan anak kecil comel mereka masing-masing yang dilengkapi sepenuhnya dengan Lampin Paling Pantas Penyerap di Malaysia.

Di samping itu, Huggies Malaysia juga akan mengelolakan dua sesi siaran langsung Instagram pada akhir bulan Oktober. Sesi-sesi itu akan menampilkan pakar-pakar di dalam bidang paediatrik dan terapi pertuturan bersama dengan Dr. Shazril dan Wawa di mana mereka akan membincangkan topik seperti pembangunan pergerakan bayi dan kepentingan keselesaan kepada bayi.

Untuk berpeluang memenangi produk Huggies dan hadiah menarik lain, sila muat turun video bayi anda sebagai peneroka cilik yang menari, memanjat, berlari atau bergolek ke dalam Instagram story dan tag @huggies.my. Video paling kreatif akan dipilih. Jadi rakam kamera anda dengan teroka bersama bayi kesayangan anda untuk melihat mereka berubah menjadi #HuggiesComfortableExplorers sebenar! 

Untuk maklumat lanjut bagaimana untuk turut serta di dalam peraduan ini dan juga siaran langsung Instagram, ikuti Huggies Malaysia di Instagram dan Facebook. Tertakluk kepada terma dan syarat-syarat.

Mengenai Huggies ®


Huggies® yakin teguh di dalam Kuasa Dakapan. Itulah mengapa semua yang Huggies ® lakukan diinspirasi oleh dakapan anda. Untuk tempoh lebih daripada 40 tahun, Huggies ® telah membantu ibu bapa memberikan kasih sayang, penjagaan dan jaminan kepada bayi-bayi mereka. 

Daripada membangunkan produk inovatif harian, hingga lampin dan pengesat, hingga program dakapan hospital, kepada perkongsian dengan jururawat NICU untuk membangunkan lampin dan pengesat, Huggies ® menjanjikan jaminan kepada bayi bahawa mereka memperoleh jagaan yang dimahukan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Huggies ® lawat www.huggies.com.my.


Mengenai Kimberly-Clark


Kimberly-Clark (NYSE: KMB) dan jenamanya yang dipercayai adalah bahagian terpenting di dalam kehidupan orang ramai di lebih 175 negara. Dijana oleh ketulenan, kreativiti dan kefahaman mengenai keperluan paling penting orang ramai, kami mencipta produk yang membantu individu menikmati lebih lagi apa yang penting bagi mereka. 

Portfolio jenama kami termasuk Huggies®, Kleenex, Scott, Kotex, Cottonelle, Poise, Depend, Andrex, Pull-Ups, GoodNites, Intimus, Neve, Plenitud, Viva and WypAll, berada di No. 1 atau No. 2 dari segi penguasaan pasaran di 80 negara. Kami menggunakan amalan lestari yang menyokong kesihatan planet, membina komuniti lebih teguh, dan memastikan perniagaan kami maju untuk berdekad lamanya akan datang. 

Untuk mendapatkan berita terkini dan mengetahui lebih lagi mengenai sejarah inovasi 148 tahun syarikat ini, lawat kimberly-clark.com.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال