Royal Canin Malaysia Bekerjasama Dengan PetFinder.my Untuk Memudahkan Anda Mencari Kucing Dan Anjing Peliharaan.


Royal Canin Malaysia Bekerjasama Dengan PetFinder.my Untuk Memudahkan Anda Mencari Kucing Dan Anjing Peliharaan.
Royal Canin Malaysia mempertingkatkan kerjasama dengan PetFinder.my untuk mempromosi adopsi kucing dan anjing. Ketika ramai orang yang terkesan dengan musibah COVID-19 sejak setahun yang lalu, pandemik tersebut turut mengalihkan tumpuan dari sekumpulan makhluk yang juga amat memerlukan perhatian. Saban hari di serata Malaysia, ratusan anjing dan kucing terbiar memerlukan perlindungan dan penjaga untuk memelihara “si bulus” tersebut.

Royal Canin Malaysia Bekerjasama Dengan PetFinder.my Untuk Memudahkan Anda Mencari Kucing Dan Anjing Peliharaan.


Menyedari akan isu yang getir ini, Royal Canin Malaysia, sebuah jenama peneraju dalam kesihatan dan nutrisi bagi kucing dan anjing, telah memulakan kerjasama bersama PetFinder.my, sebuah portal digital khusus untuk mencari penjaga kepada kucing dan anjing jalanan, terbiar atau yang telah diselamatkan.

Sejak bermulanya kerjasama ini pada bulan Jun 2020, Royal Canin dan PetFinder.my telah berjaya mendapatkan tempat tinggal kekal dan penjaga yang penyayang untuk lebih daripada 900 ekor haiwan di seluruh Malaysia.

Menyusuli kejayaan awal program ini, Royal Canin Malaysia dan PetFinder.my telah mempertingkatkan lagi kerjasama antara mereka melalui beberapa inisiatif bagi menambah baik keberkesanan dan mempromosi tahap penjagaan yang lebih berkualiti untuk haiwan peliharaan yang telah diadopsi, di samping meneruskan usaha mencari keluarga baharu untuk kucing dan anjing daripada para penyelamat dan rumah perlindungan.

“Di Royal Canin, kami yakin bahawa haiwan peliharaan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik bagi para manusia dan inilah antara sebab misi kami adalah untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk mereka, “kata Francois-Regis Poncon, Pengurus Besar di Royal Canin Filipina, Indonesia dan Malaysia. 

“Tanggungjawab seorang pemilik haiwan peliharaan bukan sekadar memberi tempat tinggal dan makanan untuk mereka malah ia adalah lebih besar daripada itu. Bagi kami, ia adalah penting untuk haiwan-haiwan tersebut mendapat tempat tinggal di persekitaran yang selamat, sihat dan gembira. Memelihara haiwan adalah satu komitmen dan tanggungjawab jangka panjang. Malahan, kami secara aktif menyokong pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab kepada pelanggan kami dan pemilik haiwan peliharaan agar mereka lebih memahami kepentingan kesihatan dan kesejahteraan haiwan-haiwan peliharaan mereka.”

“Kucing dan anjing jalanan yang terbiar, secara khususnya berhak mendapat tempat tinggal di mana mereka boleh mendapat penjagaan yang terbaik. Justeru itu, kami mempromosikan adopsi haiwan-haiwan peliharaan dengan tegar dan melancarkan kerjasama ini dengan PetFinder.my – yang julung kali untuk kami. Setelah memperolehi hasil yang memberangsangkan sejak bulan Jun, kami telah mengambil keputusan untuk meningkatkan lagi kerjasama yang bermakna ini ke tahap yang lebih tinggi untuk memberikan pengalaman yang lebih bernilai kepada orang ramai yang melakukan adopsi di PetFinder.my sementara memberikan tempat tinggal yang penuh kasih sayang bagi kucing dan anjing tersebut,” tambah beliau.

Para pencinta haiwan yang melakukan adopsi menerusi PetFinder.my akan menerima sebuah pek pemula penjagaan haiwan peliharaan, yang mengandungi satu beg makanan haiwan dan aksesori, dengan peluang untuk menyertai keahlian Royal Canin Club. Dilancarkan pada bulan Ogos 2020, kelab ini dicipta untuk mendidik dan memberi panduan kepada para pemilik haiwan peliharaan di Malaysia menerusi sebuah aplikasi mudah alih proprietari yang menampilkan kandungan yang informatif dan menarik tentang amalan-amalan terbaik untuk penjagaan haiwan peliharaan dalam topik seperti pemakanan dan nutrisi, kesihatan pencernaan, penjagaan neonatal dan haiwan tua, penjagaan kulit dan bulu, latihan dan tingkah laku haiwan peliharaan, dan kesejahteraan menyeluruh bagi anjing dan kucing.

"Kami amat berterima kasih kepada Royal Canin Malaysia kerana menambah baik program Pek Pemula untuk menjadikannya lebih menarik dan intuitif. Ribuan haiwan terbiar telah mendapat manfaat dengan peningkatan kesedaran dan adopsi, dan kami berasa optimistik yang usaha baharu ini dapat membawa kepada lebih banyak lagi kisah gembira dan haiwan peliharaan yang sihat; serta memberi inspirasi untuk meningkatkan kerjasama di antara syarikat-syarikat korporat yang prihatin, organisasi-organisasi kebajikan haiwan dan para pencinta haiwan," kata Andy Koh, Pengasas PetFinder.my.


Manfaat Aplikasi PetFinder.my


Menerusi aplikasi tersebut, mereka yang membuat adopsi akan menerima Baucar Pemeriksaan Kesihatan, untuk menggalakkan para pemilik agar membawa haiwan peliharaan mereka yang telah diadopsi untuk pemeriksaan kesihatan yang kerap dan berkala di klinik-klinik veterinar yang berdaftar.

Aplikasi itu juga akan memberi peluang kepada ahli-ahli Royal Canin Club untuk mendapatkan mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus makanan haiwan Royal Canin dan barangan premium untuk haiwan-haiwan peliharaan mereka.

Royal Canin Malaysia Bekerjasama Dengan PetFinder.my Untuk Memudahkan Anda Mencari Kucing Dan Anjing Peliharaan.

Royal Canin juga memanfaatkan kedudukannya sebagai penyokong bagi kebajikan dan kesejahteraan haiwan peliharaan dengan menambah baik bahagian khusus “You Must Know” di PetFinder.my yang mengandungi maklumat penting bagi menyelamatkan haiwan-haiwan jalanan, dan juga garis panduan penjagaan yang berguna bagi anjing dan kucing. Bahagian ini dikemas kini setiap tiga bulan dan juga menampilkan “Jom Talk Pets!”, sebuah siri audio siar (podcast) yang dicipta oleh Royal Canin, untuk memberi panduan kepada mereka yang telah mengadopsi haiwan peliharaan.

Usaha ini akan dipromosikan oleh Royal Canin melalui pelbagai platform media dan media sosial. Ia juga akan dipertingkatkan lagi dengan penganjuran acara dan webinar berkala oleh Royal Canin untuk memberi panduan penjagaan yang perlu bagi meningkatkan lagi kesedaran para pemilik tentang kepentingan penjagaan dan pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab.

“Kami berharap usaha bersama PetFinder.my ini dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai tentang kepentingan serta memupuk keprihatinan mereka terhadap haiwan-haiwan jalanan dan terbiar, dan mengalu-alukan kehadiran mereka ke rumah mereka,” kata Francois.

Beliau menambah bahawa walaupun terdapat peningkatan dalam kes pembuangan haiwan peliharaan di tempoh permulaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula bulan Mac tahun lepas, kerjasama yang dijalinkan dengan PetFinder.my telah menyaksikan peningkatan dalam adopsi kucing sejak bulan Januari 2021. Namun begitu, beliau menyatakan bahawa terdapat penurunan yang ketara bagi adopsi anjing.

“Ini adalah satu perkara yang menyedihkan. Orang ramai lebih cenderung untuk menerima kucing, mungkin kerana saiznya yang kecil, serta kucing juga lebih mudah dan mampu untuk dibela berbanding dengan anjing. Terdapat juga tanggapan negatif terhadap anjing kacukan dan baka tempatan yang terabai dalam banyak komuniti. Sebenarnya, mereka adalah sehebat dan mudah untuk disayangi seperti anjing baka tulen. Kami berharap bagi mereka yang sedang mencari anjing untuk mempertimbangkan baka tempatan tersebut. Kami juga memohon sesiapa yang bersedia dan berkemampuan untuk memberikan bantuan – terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai halangan dari segi ruang – agar memilih untuk melakukan adopsi anjing jalanan,” jelas beliau.

Orang ramai yang berminat untuk melakukan adopsi dijemput untuk melayari https://PetFinder.my/RoyalCaninStarterPack bagi mendapatkan maklumat lanjut. Bagi anda yang tidak dapat melakukan adopsi tetapi berminat untuk menyokong inisiatif ini, sila rujuk buku panduan untuk menyelamatkan haiwan-haiwan jalanan di pautan seperti berikut:

https://www.petfinder.my/RoyalCaninEducation untuk mengetahui pelbagai cara bantuan lain yang berada di bawah kemampuan anda.


Mengenai Royal Canin


The Royal Canin Company, pemilik jenama ROYAL CANIN®, adalah sebuah divisi Mars Petcare dan merupakan peneraju dalam dunia pemakanan sihat untuk kucing dan anjing. Ditubuhkan lebih dari 50 tahun yang lalu oleh doktor haiwan Perancis, Dr. Jean Cathary, tujuan Royal Canin adalah untuk mewujudkan dunia yang lebih baik untuk haiwan (A BETTER WORLD FOR PETS™) dengan menambah baik cara pemakanan dan pengetahuan melalui kerjasama dengan profesional dan pakar haiwan peliharaan.

Royal Canin bekerjasama rapat dengan pakar haiwan peliharaan, seperti doktor haiwan, pakar pemakanan haiwan peneman, pakar pembiak baka, bukan sahaja untuk menyediakan makanan terbaik untuk kucing dan anjing, tetapi juga untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan, alat pemantauan dan diagnostik untuk membantu memahami dan merawat mereka dengan lebih baik.

Pendekatan yang unik ini meletakkan keperluan pemakanan kucing dan anjing sebagai teras proses inovasi. Umur, gaya hidup, ukuran, baka, sensitiviti dan tahap aktiviti mereka dipantau dan dikaji secara saintifik bagi menghasilkan diet bagi keperluan khusus setiap haiwan peliharaan. Syarikat ini merancakkan amalan lestari, terutama dari segi pencarian pembekal bertanggungjawab, pengurangan bahan sisa, dan penggunaan pembungkusan lestari.

Beroperasi di lebih dari 100 pasaran, Royal Canin mempunyai kira-kira 7,800 rakan sekutu, termasuk 500 doktor haiwan dan pakar pemakanan. Ia juga menguruskan 16 kilang di seluruh dunia, 1 pusat penyelidikan dan pembangunan, 2 pusat inovasi dan 4 makmal. Produk pemakanan Royal Canin boleh didapati di kedai haiwan peliharaan khas dan klinik veterinar di seluruh dunia.

Di luar Eropah, syarikat Royal Canin juga memiliki jenama Eukanuba TM - pembekal pemakanan berprestasi tinggi untuk anjing.

Untuk maklumat lanjut mengenai Royal Canin Company, sila layari www.royalcanin.com/my.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال