BookXcess MyTOWN Shopping Centre | Assalammualaikum semua! Pagi tadi, Ruby berkesempatan ke cawangan terbaru BookXcess. Ia telah dibuka sejak 30 September 2021. Hari ini Ruby baru berkesempatan ke sana. Jarak dari rumah Ruby di Ampang mengambil masa hanya 20 minit sahaja.
BookXcess terletak di Tingkat 1 MyTOWN Shopping Centre di bahagian centre eskalator. Apabila anda naik ke atas, pasti mudah mencarinya. Kedai buku seluas 31,200 kaki persegi ini menawarkan lebih daripada 170,000 buku. Terdapat pelbagai buku dan pastinya bakal mengundang si ulat buku untuk meneroka dan mendapat inspirasi. Anda confirm akan bawa pulang satu atau dua buku!
BookXcess MyTOWN Shopping Centre
Ruang yang luas, pencahayaan yang selesa, co-working space, galeri seni, WiFi percuma, kafe WHISK, makanan Jepun Umi Tei, dan penjarakan fizikal diantara pengunjung. Ia membuatkan Ruby akan kembali ke BookXcess MyTOWN Shopping Centre.
Sejak BookXcess mula dibuka pada tahun 2007, BookXcess telah menghidupkan dan mentakrifkan semula penjualan buku di Malaysia. Seterusnya, menawarkan rangkaian buku dengan harga yang sukar ditandingi dari novel klasik, buku kanak-kanak hingga judul buku terlaris sepanjang masa.
Misi BookXcess adalah untuk mencipta, memberi inspirasi, memperkasakan serta membina generasi pembaca baru agar kita semua terus mencintai membaca buku.
Sehingga kini, BookXcess mempunyai 13 cawangan kedai buku, termasuk kedai buku 24 jam terbesar di negara ini yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya.
BookXcess juga menawarkan pembelian dalam talian di www.bookxcessonline.com untuk memenuhi keperluan pelanggan yang ingin membeli-belah dalam talian dari keselesaan kediaman mereka.
BookXcess adalah ikon industri yang dapat mencipta semula industri buku. Dinamik, kreatif, inspirasi, inovatif, dengan rangkaian kedai buku yang berkembang pesat.
BookXcess menjual berjuta-juta buku kepada pembaca di seluruh dunia melalui pengalaman digital dan dari kedai dengan lancar.
Untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di BookXcess MyTOWN Shopping Centre, pelbagai tarikan membeli-belah menyenangkan, cepat, mudah disediakan. Selain itu di BookXcess juga menyediakan perkhidmatan membalut hadiah. Mudah untuk anda menghadiahkan senaskah buku kepada insan tersayang.
Nak lagi best, BookXcess MyTOWN Shopping Centre adalah lokasi OOTD (Outfit Of The Day) yang anda tidak akan lepaskan peluang. Pastikan anda bergaya sakan apabila ke BookXcess. Okay?
Promosi Pembukaan
Berbelanja RM 99 dalam satu resit, anda akan mendapat bag edisi terhad Sebuku Tambah Ilmu dari BookXcess.
Rebate RM 10 untuk pembelian minima RM 80. Selain daripada itu, pendaftaran sebagai ahli adalah PERCUMA!
Panduan Di Dalam BookXcess MyTOWN Shopping Centre
Cawangan BookXcess kali ini lain dari yang lain. Jika difikirkan, setiap cawangan sememangnya berbeza dan unik. Betul bukan?
Jadi untuk cawangan ini, Ruby ingin anda bersiap sedia dengan pengalaman baru dan enjoy seni bina BookXcess yang lebih luas terbuka disamping mempunyai kisahnya yang tersendiri.
1. Book Highlights
Di pintu masuk utama, anda akan dapat melihat koleksi buku yang BookXcess "Highlights". Pada kebiasaannya, ia adalah buku terkini, buku yang laris dijual dan buku mendapat maklum balas hebat dari para pembaca.
2. Pop Art
Bagi peminat seni Pop Art yang ceria. Sekarang ada promosi hebat. RM 59.90 untuk saiz 10x10. Manakala untuk saiz 20x20 adalah RM 199.90. Banyak penjimatan!
3. Children Section
Terdapat pelbagai buku kanak-kanak yang bakal menarik perhatian si kecil. Dari Activity Book, Board Book, Graphic Novel & Comics, Religion, Colouring Book, Christmas, Picture Book, Reader, Reference, Sound Book, Sticker Book, Work Book dan buku kegemaran mereka tersedia di bahagian ini.
Suasana selesa bakal memberi mereka keseronokan berganda. Ini dapat memupuk semangat membaca kepada anak-anak sejak awal usia.
Buku kanak-kanak semestinya berwarna-warni dan menarik. Kisah-kisah di dalam buku cerita tidak terlalu panjang, apa yang diinginkan anak-anak adalah masa bersama ibu bapa. Membaca buku bersama anak dengan intonasi suara lucu, seram dan bunyi haiwan akan memberi kenangan terindah kepada mereka.
Jika anda memiliki bayi atau anak kecil yang suka membaca semasa mandi. Buku jenis kalis air juga turut dijual di sini.
4. Customer Service
Bahagian penting di dalam kedai buku adalah kaunter perkhidmatan pelanggan. Jika anda mempunya nama buku, penulis dan nombor ISBN. Anda boleh bertanya kepada staf bertugas untuk membantu anda mencari buku tersebut.
Jika anda sesat, anda boleh terus ke kaunter. Jika anda ingin bertanya apa-apa, anda boleh terus bertanya. Mereka akan terus melayani segala persoalan anda.
Bahagian buku fiksyen amat luas sekali. Ibarat syurga buku. Apa sahaja buku yang anda cari, pasti ada! Buku Fiksyen terdiri daripada genre Crime Thriller & Mystery, General, Graphic Novel & Comics, Literature, Romance, Science Fiction & Fantasy dan Young Adult.
Seronok apabila melihat ramai remaja berada di bahagian ini. Mereka memupuk semangat membaca dengan memilih kategori novel berbahasa Inggeris. Ruby berasa terinspirasi.
7. Co-Working Space
Ini adalah bahagian yang dinantikan oleh si ulat buku. Ruang untuk bersendirian membaca buku. Sambil menikmati secawan Latte dan sepotong kek dari kafe WHISK. Syahdunya.
8. Papu Art Gallery
Keunikan seterusnya adalah sudut galeri seni. Apa yang menarik, selain anda melihat hasil karya seni para pelukis seni bebas ini. Setiap hasil paparan lukisan ini adalah terbuka untuk jualan. Anda akan nampak nama artis dan harga. Semoga para artis ini terus menghasilkan seni, sebab mereka sangat berbakat!
Tiang Sari by Aleff Ahmad
Semasa berjalan di dalam BookXcess, Ruby terlihat banyak koleksi Tiang Sari. Menariknya apabila ia dijadikan hasil seni kreatif dari Encik Aleff Ahmad.
Makan-Makan Di BookXcess
Kelainan seterusnya adalah restoran dan cafe di dalam BookXcess. Ini memberi peluang para si ulat buku untuk menghabiskan masa membaca buku yang mereka sudah beli. Atau nak lagi best, mereka boleh memesan makanan di restoran atau cafe dan menikmati makanan dan minuman tersebut di bahagian co-working space.
Lepas ini, boleh Ruby membawa laptop untuk membuat kerja di BookXcess MyTOWN Shopping Centre. Plug disediakan di bawah kerusi dan ada WiFi!
10. Restoran Makanan Jepun - Umi Tei 梅亭
Umi Tei 梅亭 ditubuhkan pada tahun 1997 oleh seorang koki dari Okinawa, Jepun, Ume Tei 梅亭 adalah sebuah restoran yang dikendalikan oleh keluarga yang menyajikan Teishoku klasik Jepun (set makanan) dan hidangan mi.
Tahukah anda, restoran ini telah beroperasi di Amcorp Mall selama 35 tahun? Kini, Umi Tei 梅亭 berada di BookXcess MyTOWN Shopping Centre! Beroperasi dari 11AM - 9.30PM.
6. Kafe WHISK
Buku dan kopi berpisah tiada! Kafe ini ditubuhkan pada awal tahun 2010, WHISK mengkhususkan penyediaan hidangan minuman berasaskan kopi & menyajikan pelbagai homemade pencuci mulut.
Kek dan Latte adalah kombo hebat semasa membaca buku atau setelah berpenat lelah menyelesaikan tugasan harian anda.
Siap ada coffee art. Secawan Latte with Love pembuka hari Ruby! Nyummms!
9. Non-Fiction Section
Bahagian terbesar di BookXcess MyTOWN Shopping Centre adalah Non Fiksyen! Banyak buku terdapat di sini. Bahagian Non-Fictions Books terdiri daripada kategori jenis buku Architecture & Design, Arts & Photography, Adult Colouring, Beauty & Fashion, Baking, Biographies & Memoirs, Business & Economics, Craft & Hobbies, Cookery, Family & Relationship, Graphic Design, Healthy Cooking, Health & Wellness, History, Home & Garden, Humour, Journals, Language, Music & Movie, Pets & Nature, Puzzles & Games, Reference, Religion, Science & Technology, Self Help, Sports, Transportation dan Travel. Banyak betul! Happy kan?
11. Non Books Section
Jika anda ke kedai buku atau ke Big Bad Wolf, pasti anda menyukai bahagian non books mereka. Untuk Ruby, jika tiada idea untuk membeli buku, Ruby akan ke bahagian ini mencari puzzle! Ye Puzzle untuk anak-anak. Kami ibarat seperti Puzzle Collector. Kali ini, Ruby membeli Travel, Learn and Explore The Earth dan Space. RM 29.90 untuk satu box.
Bahagian Non Books terdapat Art & Craft, Kraftee, Pop Art, Puzzles, Pilot-Pen, STABILO, Toys. Selain itu, produk OMG Store juga turut dijual di BookXcess seperti Zipit (Bags & Pencil Cases), Wrapping Paper, Greeting Cards, Gift Cards, Gift Bags, Gift Boxes dan Journals.
12. Kaunter Pembayaran
Banyak kaunter dibuka semasa anda ingin membayar hasil Book Hunting! Amalkan penjarakan fizikal dan enjoy!
Senarai Cawangan BookXcess
Klang Valley & Kuala Lumpur
- Amcorp Mall
- Atria Shopping Gallery [Pop-up Store]
- Fahrenheit88 Shopping Mall
- KL East Mall
- MyTOWN Shopping Centre
- Sunsuria Forum
- The Starling
- Tamarind Square
- Tropicana Gardens Mall
- The Mines Shopping Mall [Pop-up Store]
- Village Grocer
- Wolf House
Utara
- Kong Heng Square, Ipoh
- Gurney Paragon, Penang
Selatan
- Sunway BigBox Mall, Johor
- Toppen Shopping Centre, Johor [Pop-up Store]
Jom Ke BookXcess MyTOWN Shopping Centre
BookXcess MyTOWN Shopping Centre
Lot L1-012,
Level 1, MyTOWN Shopping Centre,
Jalan Cochrane, Seksyen 90,
55100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10AM - 10PM (Dibuka Setiap Hari)
Tags
Ilmiah
Allah..bestnya BooXcess ni..environment pon menarik sangat..rindunyer nak gi kedai buku..tak sama dengan beli di online..duduk dlm ni lama-lama pon xpe..hihihi
ردحذفBestnya! This is my idea of heaven - bawa lappy dan buat kerja sambil membaca ditemani pelbagai buku! Macam nak ke sana weekend nie. Hehe
ردحذفantara out bookxcess yg besar dan cantik. banyak juga pilihan buku yg menarik
ردحذفBesarnya bookxcess dekat mytown ni...memang heaven bagi pecinta buku macam akak. Luas dan selesa. Beg limited edition tu lawalah....bestnya!
ردحذفAna tengok ramai dah ke cawangan2 BookXcess ni. Nampak best sangat sebab luas dan banyak pilihan buku yang ada. Spot untuk OOTD pun boleh. Nk ke sini bawa anak2 satu hari nanti.
ردحذفMemang menarik betul bookXcess ni. Kalau macam ni lah . Kita yang dewasa pon suka duduk kat sini. Banyak betul pilihan buku
ردحذفbelum pernah pi lagi cawangan kat mytown ni, nanti nak pi, suka pi kedai buku, berjam2 tilik satu2 buku dalam tu hahahaha
ردحذفDi JB ada Bookxcess ni, memang Sis suka cara susunan, dan siap ada cafe lagi, so memang santai giler kalau nak membaca sambil lepak tenangkan fikiran.. ni semalam dah bagitau anak yang mytown ni.. dia kan suka lepak library..
ردحذف