CHARMS Cosmetic Skincare Lancar Morphosis 2021 | Assalammualaikum semua! Hari ini adalah hari pertama program Morphosis 2021 dari CHARMS Cosmetic Skincare.
Program ini berlangsung selama 30 hari bermula 9 Oktober 2021 hingga 7 November 2021. Sambutan luar biasa telah diterima dengan penyertaan seramai 220 peserta. Peserta terdiri dari para ejen dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan.
Morphosis bermaksud kebangkitan semula. Bangkit dengan membina keyakinan diri, menjenamakan semula semangat keusahawanan, mencipta personaliti yang hebat dan berusaha mendapatkan rezeki tanpa putus asa.
CHARMS Cosmetic Skincare Lancar Morphosis 2021
CHARMS Cosmetic Skincare melancarkan Morphosis 2021 yang telah berlangsung secara maya melalui aplikasi Zoom dan Facebook Live. Ia juga merupakan inisiatif untuk memperkasa rakyat Malaysia dan untuk melahirkan lebih ramai usahawan tebih-lebih lagi di musim pandemik di mana ramai pekerja yang telah kehilangan peluang pekerjaan.
Hari ini telah menjadi penanda bagi program 30 hari di mana seramai 220 peserta yang telah berdaftar dengan program ini akan melalui siri latihan selama 30 hari dan dibimbing oleh lebih dari 12 jurulatih perniagaan.
Para peserta akan diberi jadual lengkap selama 30 hari yang merangkumi sesi latihan dan pembangunan diri, pelan pemasaran di media sosial, laporan, ulasan pencapaian dan lain-lain lagi.
Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh Pengasas CHARMS Cosmetic Skincare; Nur Bashirah Hussin (dikenali sebagai Mommy Syira) dan Khairul Nazuan Khairuddin (dikenali sebagai En. Khairul); jurulatih dan perunding dalam penutupan jualan, di mana kedua-duanya telah membuat perkongsian ringkas tentang keusahawan sepanjang majlis ini berlangsung.
Dengan slogan “Raise your life" (Martabatkan hidup anda), acara ini menyasarkan memperkasa lebih ramai rakyat Malaysia dan melahirkan lebih ramai bakat di samping mengekalkan objektif utama produknya iaitu untuk menjda kulit kita.
CHARMS Cosmetic Skincare memfokuskan kepada isi kandungan bahan-bahan berprestasi tinggi yang dapat membantu merawat dari dalam tisu kulit. CHARMS juga menyediakan khidmat konsultasi percuma kepada sesiapa sahaja melalui wakil-wakilnya yang dikenali sebagai CHARMS Angels.
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Berkesan Melembut Dan Melindungi Kulit Dari Radikal Bebas.
CHARMS Cosmetic Skincare dengan bangga mengumumkan pelancaran produk utamanya; Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50 dengan saiz baru yang lebih jimat. Produk ini akan melembapkan kulit dengan lebih efektif di samping memeliharanya dari radikal bebas.
Dengan sifat-sifat bahan berprestasi tinggi dari kandungan produk ini, Hydra dapat membantu memperbaiki keadaan kulit, menjadikannya lebih lembap dan cerah.
Aloe vera yang kaya dengan antioksidan membantu melembut dan melembapkan kulit, dan glicerin yang terkandung di dalamnya juga memelihara kulit dari kekeringan yang menjadikannya sangat penting lebih-lebih lagi di waktu perubahan iklim yang melanda dunia dan menjadikannya lebih panas dari biasa.
CHARMS percaya bahawa dengan saiz yang baharu ini, ia akan menjadi lebih jimat buat para pengguna dan ia juga sejajar dengan slogannya “lebih besar, lebih nilai, lebih impak".
CHARMS Hydra kini boleh didapatkan di pasaran dan para pengguna adalah disarankan untuk berhubung dengan CHARMS Angels bagi sebarang persoalan dan maklumat lanjut tentang produk tersebut.
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 5G: RM 39.00
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 10G: RM 59.00
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 30G: RM 99.00
Kenali Pengasas CHARMS Syira Hussin
Pengasas CHARMS mempunyai personaliti yang positif dan pandai bertutur kata. Beliau tahu apa yang diinginkan dalam perniagaannya. Selain menginginkan masyarakat menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Matlamat utama adalah ingin membantu masyarakat menjana pendapatan.
Beliau sentiasa membuka peluang kepada sesiapa yang ingin bangkit. Sama ada usahawan baru atau sedia ada.
Mengulas lanjut tentang penjenamaan produk vs penjenamaan peribadi. Puan Syira Hussin atau lebih mesra dipanggil Mommy Syira, beliau mempunyai fokus dan prinsip dalam kehidupan dan perniagaan.
Walaupun lambakan jenama dan produk baru muncul, beliau tidak gentar untuk bersaing secara sihat. Ia adalah kemanisan cabaran dalam perniagaan. Produk kecantikan sememangnya semakin banyak di pasaran, saya akan terus menghasilkan produk terbaik.
People believe in story. Produk kami, produk "High Impact" Bagus, selamat dan berkesan. Semua itu berdasarkan kajian. Kepercayaan pengguna kepada produk adalah sangat penting.
CHARMS melalui pengujian pakar dan penyelidikan pakar. Puan Syira Hussin sangat teliti tentang isi kandungan. Cara penghasilan, berasal dari negara mana. Itu sangat penting.
Nama Penuh: Nur Bashirah Binti Hussin
Pendidikan: Econometrics & Statistics (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Pengalaman Pekerjaan:
- Pensyarah UiTM
- Network Consolidation Executiv di Perodua
- Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri
Kerjasama CHARMS Terdahulu
CHARMS X DEXANDRA
Face Of CHARMS bersama Selebriti Sari Yanti
Senarai Produk CHARMS Cosmetic Skincare
COSMETIC
- CHARMS Foundation Angel Edition
- CHARMS Foundation New Look
- Soft Lipmatte
- Makeup Kit Love Spirit
- Makeup Kit Secret Admire
SKINCARE
- Cleanser & Make Up Remover
- Concentrated Brightening Toner
- Hydra Fresh Tinted Moisturiser
- Advance Night Spa
- Intelligence Serum
- Make Up Hydrating Essence
- Starglow Laser Scrub
- Radiance Delight Combo
SUPPLEMENT
- Treaplus
FRAGRANCE
- AISYA Charms X Dexandra
Mengenai CHARMS
CHARMS menyediakan penyelesaian kecantikan dengan hasil yang diuji dan terbukti di Asia Tenggara. Produk CHARMS dihasilkan di Malaysia dan diasaskan oleh seorang usahawan Muslim tempatan Malaysia iaitu Puan Nur Basyirah Hussin pada bulan Mac 2012.
Nama jenama tersebut berasal dari perkataan "pesona"; dengan tag utama "CHARMS Raise Your Life". Produk CHARMS dibuat dengan bahan-bahan semula jadi terbaik yang mengikut kehendak Syarak dan disahkan HALAL oleh badan bebas yang ketat iaitu JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM).
CHARMS membantu ramai wanita dalam mempercantikkan keyakinan diri mereka dengan produk penjagaan kulit kosmetik yang HALAL dan selamat.
CHARMS juga sentiasa menyokong semua wanita untuk tampil menarik serta menaikkan taraf hidup mereka bersama-sama dengan menyertai pasukan Usahawan CHARMS.
Di CHARMS, kami amat teliti dalam pemilihan bahan terbaik dan berkualiti tinggi bagi memastikan produk kami memenuhi garis panduan HALAL mengikut syarak yang telah ditetapkan oleh JAKIM. Semestinya produk CHARMS di hasilkan dari kilang terbaik dan bertaraf ISO serta GMP.
Produk CHARMS telah disarankan oleh pakar kulit Asia dengan label Dermatologist Tested. Ini terbukti produk CHARMS selamat digunakan bagi kesemua jenis kulit. Selain itu, produk CHARMS turut diuji secara klinikal dari National Poisen Centre, USM, SIRIM BERHAD dan makmal berkaliber di Malaysia.
Di CHARMS, mereka turut menerima 100,000 testimoni dari pengguna CHARMS yang berpuas hati kerana telah mendapat kulit wajah yang lebih bersih, sihat dan cantik selepas penggunaan konsisten.
CHARMS telah mendapat pelbagai pengiktirafan antaranya dari Asia Pacific Top Excellence Brand and Asia Pacific Super Health Brand. Kami yakin CHARMS akan terus berkembang menjadi pilihan kosmetik terunggul di rantau Asia Tenggara.
Diantara Kejayaan CHARMS
- MALINDO INTERNATIONAL ENTREPRENEUR AWARD (2016)
- SME CORP & MITI MALAYSIA (2017)
- AZIZAN OSMAN TITANIUM AWARD (2017/2018)
- ASIA PACIFIC TOP EXCELLENCE BRAND (2018/2019)
Ruby doakan semoga CHARMS dan kesuluruhan pasukan mencapai kejayaan yang diidamkan. Rebut peluang untuk menggilap kelebihan anda. Berguru dengan mereka yang sudah berjaya adalah kunci kejayaan.
Semoga Puan Syira Hussin dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa diperkayakan rezeki. Usaha murni seperti ini harus diteruskan agar dapat membuka seluasnya rezeki. Ikhlas membantu masyarakat, InsyaAllah rezeki kita semua dijaga oleh Yang Maha Esa; Allah s.w.t.
Tags
Kecantikan
Bagus ye usaha Charms cosmetic ni untuk memperkasakan ekonomi. Btw kte dah try hydra Fresh Tinted Moisturiser dia tu..memang best
BalasPadamGreat that they have such an effort to help strengthen the economy and at the same time help to create more opportunities.
BalasPadambagus ni boleh buka peluang lebih ramai orang utk mulakan perniagaan cari wang sampingan
BalasPadamdah banyak produk charms ye..peluang yang bagus untuk semua menjana pendapatan
BalasPadamWow!!!!!!!!!! Hebat Malaysian beauty brands skarang. Kagum kita tengok. This brand sounds awesome. It's great that you're part of the launching program.
BalasPadamnampak sgt eksklusif lah! igtkan charm yang bracelet tu rupanya skincare. congrats kepada company dan selamat maju jaya .
BalasPadamMusim pandemik nie ramai kehilangan pekerjaan. Baguslah buka banyak peluang utk org ramai jana pendapatan. Hebat malaysian brand skrg
BalasPadamKak blm try lg produk CHARMS Cosmetic Skincare ni, suka tgk usahawan yg berjaya
BalasPadamKita memang terpesona dengan founder dia tu Ruby, geram nengok kulit dia. Memang wajarlah dia keluarkan produk bagus ni. Nak jadi usahawan berjaya bukan mudah, tapi kalau tak lokek ilmu macam Puan Syira ni, insyaAllah Allah beri lebih banyak rezekinya sebab membantu mereka yang ingin berjaya juga..
BalasPadamSuka dengar founder dia aritu and sangat bagus dia nak membantu ramai berjaya juga. Produk CHARMS ni pun dia buat betul dengan research kan.
BalasPadam