Dah Boleh Rentas Negeri | Jom Balik Kampung!

Dah Boleh Merentas Negeri | Jom Balik Kampung! Assalammualaikum semua. Sidang media jam 3PM hari ini membuka sinar  baru buat kita semua. Ruby berada di Selangor, pelbagai pancaroba perlu dilalui sepanjang pandemik wabak COVID-19. 
PKP, PKPD, PKP, FASA 1, FASA 2, dan kini FASA berapa pun Ruby tidak tahu.

Ruby hanya mengikut SOP untuk kemana-mana. Akur dengan arahan kerajaan Malaysia dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Demi keluarga tercinta. Sepanjang itu, banyak juga dikorbankan. Kita sabar duduk di rumah dengan selamat. 

Dah Boleh Merentas Negeri | Jom Balik Kampung!



Ruby dan suami juga telah selamat di vaksinasi dan telah matang 14 hari. Kami gembira dengan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. 

Malah, kami berasa bersyukur sebab telah berjaya melalui zaman pandemik seawal Abah Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md Yasin bersama-sama mula menggalas tanggunjawab melindungi rakyat Malaysia. 

Seterusnya kemunculan YBhg Tan Sri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah yang sentiasa menasihatkan kita tentang SOP, pakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan lain-lain. 

Paling kita terkesan setiap kali pengumuman kes kumulatif COVID-19. Serius sangat bimbang ketika itu. Perjalanan yang panjang. Innalillahhiqainnalillahirojiun buat semua yang telah meninggal dunia akibat COVID-19.

Apabila merentas daerah dan negeri telah dibuka, automatik kami akan sibuk dengan sekolah anak, pekerjaan hakiki dan mula masuk pejabat setelah hampir dua tahun Work From Home. Hahaha. Tak sempat la kami nak balik kampung. Hahaha. 

Berikut Adalah Teks Ucapan YAB Perdana Menteri


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM KELUARGA MALAYSIA

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,


Rentas Negeri


1. Kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini, telah membuat keputusan di mana semua kegiatan rentas negeri dan daerah di seluruh Malaysia tidak dibenarkan tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

2. Larangan rentas negeri ini dibuat oleh kerajaan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia, meskipun ia merupakan satu keputusan yang sukar kerana ada pasangan dan ibu bapa yang terpaksa berpisah dengan ahli keluarga dalam tempoh yang terlalu lama.

3. Sepanjang larangan ini dikuatkuasa, kerajaan mendengar dan memahami keluhan Keluarga Malaysia yang terpaksa mengorbankan masa berharga bersama keluarga.

4. Jika diimbau kembali, keputusan ini bukanlah sesuatu yang disukai rakyat. Namun, ia perlu dilaksanakan ketika itu bagi memastikan penularan wabak dapat dikekang berikutan peningkatan kes positif COVID-19 harian.

5. Alhamdulillah, menurut KKM kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini.


6. Sehubungan itu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula esok, Isnin, 11 Oktober 2021.

7. Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong, dan sebagainya.

8. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi COVID-19.

9. Namun, saya ingin mengingatkan Keluarga Malaysia agar tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan. Ini penting dalam usaha membantu negara dalam pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely.

10. Jika hal ini diambil mudah, tidak mustahil penularan wabak COVID-19 ini akan kembali meningkat. Anda kini adalah barisan hadapan yang akan melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19.

11. Sebagai contoh, sekiranya ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa atau merentas negeri, Keluarga Malaysia disaran untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan. Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihatkan anda tangguhkanlah dahulu perjalanan.

12. Sekiranya anda didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera.

13. Kebenaran ini bukan bermakna pihak berkuasa akan bersikap lepas tangan. Walaupun tiada lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, tetapi SJR untuk jenayah dan keselamatan masih diteruskan. Pemeriksaan secara rawak akan tetap dilaksanakan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

14. Saya juga ingin menegaskan, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

MyTravelPass


15. Sementara itu, kerajaan juga turut bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). 

Walau bagaimanapun, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air. Kebenaran ini juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021.

16. Keputusan pemansuhan ini antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah, rakyat Malaysia yang ke luar negara bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan. 

Bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin.

17. Di sebalik semua kelonggaran yang telah diumumkan, hakikatnya kita terpaksa hidup bersama virus COVID-19. 

Situasi ini bukan sahaja menuntut rakyat untuk terus mematuhi SOP, malah penting untuk meningkatkan penilaian kendiri demi melindungi Keluarga Malaysia.

18. Untuk itu, bagi mereka yang masih belum divaksin, segeralah berbuat demikian. Ini kerana banyak kelonggaran yang telah diumumkan seperti merentas negeri, melancong dalam dan luar negara, dine-in, dan sebagainya bergantung kepada syarat lengkap vaksinasi.

19. Vaksin mengurangkan risiko jangkitan, mencegah daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk, mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 serta mengurangkan beban sistem kesihatan.

20. Data terkini oleh KKM menunjukkan bahawa vaksinasi telah berjaya menurunkan kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke ICU sebanyak 83 peratus dan kadar kematian akibat jangkitan COVID-19 sebanyak 88 peratus.

21. Bagi memastikan proses peralihan negara ke fasa endemik berjalan lancar dan selamat, rakyat kini memikul tanggungjawab yang besar untuk mejayakan usaha ini. Antara langkah yang harus dilaksanakan ialah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan mengamalkan TRIIS iaitu:



a. TEST – Melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri sekiranya alami simptom-simptom jangkitan;
b. REPORT – Laporkan keputusan ujian pengesanan secepat mungkin di MySejahtera;
c. ISOLATE – Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dan penuh disiplin sekiranya didapati positif supaya tidak bahayakan orang sekeliling;
d. INFORM – Segera maklum kepada kontak rapat anda sekiranya didapati positif dan laporkan juga semua kontak rapat melalui pautan di dalam MySejahtera. Maklumkan juga kepada CAC berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin di rumah; dan
e. SEEK – Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya alami gejala berat.

22. Saya juga ingin mengingatkan semua pemilik premis kedai makan, kedai-kedai runcit, pusat beli-belah, fasiliti-fasiliti sukan termasuk gymnasium, pejabat dan lain-lain, untuk memeriksa status vaksinasi dan juga status risiko COVID-19 pelanggan di dalam aplikasi MySejahtera mereka. Langkah ini penting bagi memastikan risiko berlakunya jangkitan di dalam premis adalah rendah.

23. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada Keluarga Malaysia yang berdisiplin dan patuh setiap SOP yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas barisan hadapan yang selama ini berjuang tanpa mengenal erti penat lelah bagi membantu negara memerangi COVID-19.

24. Besar harapan saya, agar kita semua terus berganding bahu kerana amat jelas kejayaan dalam peperangan ini tidak akan berhasil tanpa usaha semua ahli Keluarga Malaysia. Saya yakin, Keluarga Malaysia boleh lakukannya bersama-sama. Insya-Allah.

#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
#ReopeningSafely


Pada pendapat Ruby, semoga kita semua menjaga diri sebaiknya. Amalkan penjagaan diri, patuh SOP sampai bila-bila. Walaupun kita dah lihat di pusat membeli-belah ramai yang tidak menjaga jarak, kita perlu bersuara "mind your gap please", "maaf boleh jarak 1 meter dari saya?". Sebab ramai yang terlupa dengan norma baharu. 

1 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Balikk kampung.... ooo balik kampung...
    Bestnya orang ada kampung, kita tumpang gembira.. kita takde kampung, mak ayah pun dah takde.. so tunggu laa nanti semuanya dah settle, baru plan nak bercuti sefamily...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال