Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik!

Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik! | Assalammualaikum semua! Sejak kita berada di rumah dengan selamat. Work from home (WFH) dan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Kebanyakan masa Ruby dan anak-anak bersama peranti mudah alih dan komputer riba. 
Sedar tidak sedar selepas buat spek mata di Eye Pro Vision pada September 2020 yang lalu. Boleh baca blog post disini https://www.ruby.my/2020/09/eye-pro-vision-alpha-blue-420.html?m=1

Oktober 2021, Ruby alami rabun yang ketara. Pada mulanya hanya sakit kepala dan asyik nak terlelap mata seperti mata terlalu letih.

Mungkin beralih dari satu peranti ke peranti yang lain dan tidak mendapat tidur pada waktunya membuatkan lagi bertambah teruk keadaan rabun mata. 

Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik!

Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik!


Ruby dan suami ke Eye Pro Vision dengan niat nak ganti spek mata jenis lebar yang trendy. Sebab spek mata stail bulat besar ni dah kena pipi. Jadi, apabila besi bertemu pipi, dia jadi naik ruam. 

Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik!

Sebelum masuk kedai, amalkan SOP okay? Tunjuk lengkap vaksinasi dan matang 14 hari. Kemudian imbas MySejahtera. Imbas suhu badan anda dan pakai sanitasi. Akhir sekali, anda akan diberikan sarung tangan plastik. Mudah kan?

Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik!

Alhamdulillah apabila ke Eye Pro Vision, Encik William ada! Senang berurusan dengan Encik William ni. Dari A sampai Z dia akan terangkan keadaan mata kita, bingkai spek mata yang sesuai dan harga mampu milik ofkoz la kan. 

Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik!

Power tak? Naik rabun dan silau. Adoiii. Ni mesti penangan duduk depan komputer lama-lama dan guna telefon pintar dalam gelap. Tanpa disedari akan menjejaskan penglihatan. 

Sejak sudah tahu keadaan mata. Ruby tidak berani lagi menggunakan telefon di dalam suasana gelap walaupun ketika sedang tidur kan anak. Ruby letak tepi telefon dan mula tidur awal bersama anak. Jika dulu, ada je peluang balas email kerja, mesti nak balas masa tu juga. 

Sesiapa sahaja WhatsApp Ruby, mesti Ruby nak balas on the spot. Lagi satu, shopping di kedai dalam talian dalam gelap dan berjam-jam lamanya. Kadang-kadang sehingga jam 3 pagi. Adoiii. Akibatnyaaa. Matakuuu.

Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik!
Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik!
Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik!

Seronok ke Eye Pro Vision sebab mereka menjaga SOP, Ruby pun tidak risau bab penjarakan fizikal. Lepas tu, semua proses dari cek mata dengan mesin, cek mata secara manual, pemilihan bingkai spek mata dan konsultasi tentang mata adalah sangat cepat. Ruby pun faham dengan penerangan yang Encik William ceritakan. 

Selesai pembayaran. Spek mata anda akan siap dalam 1 jam! Yabedabedu. Jom kita pergi makan? Pergi shopping? Balik rumah? Datang balik? Semua boleh. Jangan bimbang, spek mata anda tetap siap dalam masa 1 jam walaupun anda ambil esok lusa tulat. Next week? Hehehe. Tapi, ni kan mata, sebolehnya lekas pakai yang baru. Barulah terang penglihatan. Hehehe. 

Alpha Blue 420


Apabila membeli spek mata, sudah tentu kita perlu ambil tahu tentang kanta dan material bingkai pilihan. Ada yang suka bingkai plastik dan ada juga yang suka besi. Namun, untuk kanta. Pemilihan adalah perlu yang terbaik. 

Mengikut gaya hidup kita dan membantu penggunaan harian. Kebiasaannya spek mata ni bersama setiap masa kecuali waktu solat dan tidur. Kita akan buka spek mata dan simpan rapi. 

Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik!

Alpha Blue 420 adalah kanta yang sesuai untuk silau malam dari pantulan lampu LED kenderaan. Ia juga sesuai untuk anda yang bekerja atau belajar 24 jam bersama komputer dan telefon pintar. Kanta ini menghalang 100% sinar biru dan ultra ungu (UV420). 

Nasib baik la kos spek mata Ruby kali ni hanya RM 200 sahaja. Dulu RM 125 kan? Sekarang Ruby ambil bingkai spek mata yang fleksibel dan tahan lasak. Semakin meningkat masalah mata, semangkin tinggi kos kan? Tapi di Eye Pro Vision, anda tidak perlu bimbang. Sebab harga memang dalam bajet saudara saudari sekalian. Hehehe. 

Cek Power Mata Anak-Anak


Kebiasaannya mata anak-anak ni jarang ibu bapa nak cek kan. Ada kalanya bila dah usia belasan tahun baru mereka tahu bahawa anak mereka rabun. Itu pun mungkin guru kelas di sekolah yang maklum sebab nampak simptom rabun.

Ruby tidak mahu menjadi ibu bapa yang lewat bertindak. Malah pada zaman segalanya menggunakan peranti dan gadget. Risau sangat jika anak rabun atau silau pada usia 7 dam 5 tahun. 

Namun, kita tidak boleh elak. Ruby ajak Adam dan Alif cek mata. Alif Daniel berusia 5 tahun, alhamdulillah mata dia okay. Tiada silau atau rabun. Cuma Adam Solihin, dia ada silau yang agak tinggi. 500 untuk silau sahaja! Astaghfirullahalazim. 

Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik!

Maka, Encik William sarankan bawa Adam ke doktor pakar mata. Ia lebih lengkap dan Adam masih muda. Mungkin rawatan awal akan pulihkan penglihatan. Jika tidak dirawat. Dari awal usia hingga ke akhir hayat akan bertukar spek mata dan seterusnya risiko buta. 

Kedai Eye Pro Vision dah macam Optometri kan? Untuk nasihat begini, Encik William boleh sarankan. Selebihnya tindakan kita untuk ke rawatan pakar. Bila dah tahu keadaan mata anak, Ruby berasa lega juga. Jadi, Ruby bersiap sedia untuk temujanji Adam dengan pakar mata. 

Eye Pro Vision
G111, Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang, 
55100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : 11am - 5pm
Encik William: +60163771304


15 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Rawlins pun baru sahaja buat new spek aritu sebab yang lama tu dah nak patah tangkai hahahaha. Alhamdulilah, power tak meningkat.

    Alahai Adam pun kena pakai spek? Nanti jadi cam Superman tau, ensem.

    ردحذف
    الردود
    1. Rawlins mesti suka new trend spek. Hehehe. Bleh la azam baru dengan gaya baru. Hehe

      حذف
  2. Nell rasa kena g check juga la actually almost two years dah ni tak buat eyes check up... Nak try Eye Pro Vision juga la... boleh consult William juga la based on kak Ruby punya recommendation (Y)

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe kita memang berkaca mata ni memang akan ada naik turun power mata. Ni usia akak dah meningkat dia naik 100. Risau betul.

      حذف
  3. Bestnya dapat spek baru. Nak jugak! Ni pun dah lama x check power ni, duk x sedap je rasa. Mcm naik lagi ni. Huhu.

    ردحذف
    الردود
    1. Datang kedai kak. Beli murah je pun. Compare dr zaman saya dulu beribu habis duit. Sekarang ni bila-bila masa boleh beli. Affordable. Bleh jaga mata.

      حذف
  4. Adeiii kakak ko ni dari hrtu nak buat spek mata baru tak buat gakk, fikir malasnya nak masuk Mall.. tapi kena gak ni, spek lama dah tanggal sana sini dah..

    ردحذف
  5. ramai yg suggest kedai ni.. bagus bukan shj dr segi kualiti produk bahkan servis pun bagus plus harga sangat berpatutan

    ردحذف
  6. Tidak dinafikan kedai William memang bagus. Kak Nina dah over 4 tahun every year buat kat sini. So far sejak pakai lens alpha blue 420 power sama je tak naik. Ikut nasihat William jugak. Sekarang pun usahakan tido awal.
    Terkejut tahu power silau Adam tinggi sangat. Mujur cepat tahu dan boleh cepat dapatkan rawatan.

    ردحذف
  7. So long didn't check my eye power. Is time to go to optical to check and change my spectacles. Thanks for recommendation and advice.

    ردحذف
  8. Kte lama tak check mata. Last dulu pun kat pro vision ni la sebab ikut suami tukar spek mata sekali kann.. hehe..suka beli spek kat sini

    ردحذف
  9. Kita memang kalau ada orang tanya ada kawan2 atau sedara mara nak rekemen kan kedia kaca mata murah dan bagus kita rekemenkan kat sini memang terbaik.... Banyak pilihan dan service cepat tiptop...

    ردحذف
  10. Samalah, saya pun baru tukar spek mata bulan lalu. Silau mata naik teruk tapi, bila dapat spek tu tak sesuai pula...rasa pening dan tak jadi guna spek tu.

    ردحذف
  11. Menarik harga dia. Rasa nak buat juga spec tapi aayik bertangguh. Silau tinggi mata ni..huhu

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال