Pembentangan Bajet 2022 Malaysia Umum Berita Gembira Buat Peminjam PTPTN

Pembentangan Bajet 2022 Malaysia Umum Berita Gembira Buat Peminjam PTPTN | Assalammualaikum semua! Hari ni telah berlangsung Siaran Khas: Pembentangan Bajet 2022 oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zefrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kewangan Malaysia di RTM1. 

Rakyat Malaysia menantikannya dan untuk Ruby, Ruby menantikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ruby masih membayar pinjaman PTPTN. Jadi, nak la tau ada diskaun ke kan? Boleh bayar lamsam ke kan? Hikhikhik. 

Pembentangan Bajet 2022 Malaysia Umum Berita Gembira Buat Peminjam PTPTN


Semasa mendengar pengumuman pembentangan tentang diskaun PTPTN, Ruby happy. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dilaksanakan bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022

  • 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  • 12% untuk bayaran 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  • 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.


Setelah mendengar berita tersebut. Terus Ruby mesej ejen yang mengendalikan akaun PTPTN Ruby. 

Oleh kerana, berita ini sangat baru. Pihak PTPTN akan menghubungi Ruby untuk maklumat yang lebih lanjut. 

Ruby masih ada baki pinjaman sebanyak RM 7431.63. Haaaaaaaa banyak lagi uitttt. Dah habis belajar tahun 2007. Ni dah bernikah, anak dah 2 orang. Umur pun banyak nombor. Hutang Pinjaman PTPTN tak habis-habis bayar lagi. Hahaha. Doakan cepat langsai. Boleh fokus kepada simpanan SSPN anak-anak pula. 

Dulu, pinjaman pendidikan PTPTN ni ada kos pentadbiran dan ia meningkat tiap bulan sebab tak bayar. Maka, jumlah hutang melebihi dari jumlah yang Ruby pinjam. Yelah masa tu kerja pun tidak tetap. Sekarang lagi lah tidak bekerja tetap. Hahahahaa. 

Tapi, walau kita tidak bekerja, kerja separuh masa atau sepenuh masa. Hutang tetap hutang. Kena bayar. Walaupun anda akan menjadi miskin dengan membayar hutang, itu lebih baik daripada mati dalam hutang. 

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

نفس المؤمن مُعَلّقة بدَيْنِه حتى يُقْضى عنه

Yang bermaksud: “Jiwa seseorang yang beriman tergantung dengan hutangnya sehingga dia melunaskannya.” (Riwayat al-Tirmizi)


Keluarga Malaysia


Selain dari PTPTN, di antara sisipan dari pembetanngan Bajet 2022 Malaysia adalah bantuan untuk program Keluarga Malaysia yang telah dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Di dalam Keluarga Malaysia terdapat beberapa pecahan ikhtiar kepada golongan berpendapatan rendah, pemilik perniagaan, orang kurang upaya, golongan warga emas dan belia. 

Apakah pendapat anda tentang Bajet 2022 yang telah dibentangkan pada siang tadi? Ruby harap ia memberi manfaat kepada semua pihak dan semoga Malaysia terus maju jaya. InsyaAllah. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال