PERCUMA Pizza Hut Hand-Crafted Dengan Hanya Menebus Baucar Jenama Piza Lain

PERCUMA Pizza Hut Hand-Crafted Dengan Hanya Menebus Baucar Jenama Piza Lain | Assalammualaikum semua! PIZZA HUT Tampil dengan Kempen Istimewa, 200 piza Hand Crafted PERCUMA dan 50% Potongan Harga Sepanjang Oktober 2021. Ini adalah peluang yang dinantikan oleh semua penggemar Pizza. 

Bersempena kejayaan pelancaran Hand-Crafted San Francisco Style Pizza, Pizza Hut sekali lagi tampil memberi penghargaan dan kepelbagaian kepada rakyat Malaysia dengan satu lagi kempen istimewa. 

Untuk semua penggemar piza yang sudah jemu dengan menu pizza yang hambar, mereka kini boleh  menikmati menu Hand-Crafted dari Pizza Hut dengan hanya menukarnya menggunakan  kupon atau baucar diskaun yang mereka perolehi dari mana-mana restoran atau jenama piza. 

PERCUMA Pizza Hut Hand-Crafted Dengan Hanya Menebus Baucar Jenama Piza Lain


Dengan menggunakan kupon / baucar diskaun ini, rakyat Malaysia kini dapat menikmati piza Hand-Crafted terbaharu secara percuma tanpa perlu membelinya.

Untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu kongsikan gambar kupon / baucar diskaun dari  mana-mana jenama piza di media sosial dan tag dua (2) orang rakan anda dengan tanda pagar #PizzaHutMalaysia dan #NewHandcraftedPizza. Rujuk kepada link untuk posting di FB: 

Dua ratus (200) penyertaan terawal setiap hari akan menerima pizza Hand-Crafted secara percuma. Kempen ini akan berlangsung dari Selasa, 12 Oktober hingga 31 Oktober 2021. 

Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia berkata, “Inisiatif kempen istimewa ini adalah salah satu cara kami dalam mempelbagaikan menu pilihan citarasa piza yang sedia ada sekaligus memberi kelainan dan menarik minat dan membuka selera pelanggan kami.”

“Jika sebelum ini, anda hanya terbiasa dengan citarasa piza kerak jenis nipis, pastinya anda tidak mengetahui keenakkan kerak piza jenis baru. 

Kini, adalah masanya untuk mencuba pengalaman citarasa piza baru yang unik dan yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Rasai melalui multisensori anda citarasa lembut dan ringan, garing di luar dan gebu di dalam,” ujarnya 

"Kami percaya bahawa semua penggemar piza berhak mendapat yang terbaik, mempunyai pilihan dan tidak hanya merasai satu jenis menu piza , sedangkan mereka boleh membuat pilihan dan menikmati piza baharu kami ini secara percuma."

Diskaun 50% Sepanjang Bulan Oktober


"Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menukar kupon / baucar diskaun ini, mereka masih boleh mencuba pizza ini dengan diskaun sebanyak 50% sehingga 31 Oktober 2021,” kata Emily lagi.

Hand Crafted San Francisco Style Pizza baharu ini telah dijual di kesemua 418 cawangan Pizza Hut di seluruh negara, melalui khidmat penghantaran atas talian dan juga khidmat bawa pulang dari www.pizzahut.com.my, Aplikasi Pizza Hut, GrabFood, Food Panda atau anda juga boleh datang ke mana-mana kedai Pizza Hut untuk khidmat dine-in atau bawa pulang. 

Kerak inovatif ini boleh didapati dengan semua topping kegemaran anda, sama ada hidangan kombo atau ala carte. 

Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands)


QSR Brands merupakan operator francais kepada lebih 850 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga merupakan pemilik francais kepada lebih 480 konsep restoran dan penghantaran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. 

Selain operasi restoran, ia juga terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. 

Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. 

Setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009


PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال