Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman
Khamis, Oktober 28, 2021Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Semoga anda semua berada di dalam keadaan selamat dan patuh SOP. Ruby ingin berkongsi gadget yang baru Ruby dapatkan. Robot Vacuum!!! Ia adalah idaman Ruby.
Namun, Ruby ada budget untuk gadget ni. Melalui pencarian dan survey, ada murah, sederhana dan high-end. Yang high-end punya memang best. Cuma, robot vacuum ni masih baru. Jadi untuk mencuba, Ruby ambil spesifikasi mid range aje.
Mid range yang terbaik lah kan. Sebab duit kita tuuuuu. Hehehe. Pastikan pelaburan anda bermanfaat. Mempersembahkan Giselle Smart Robot Dry & Wet Water Tank Vacuum Cleaner GI Floor Sweeping KEA0365.
Robot Vacuum Giselle ROBO G1 Penyeri Kediaman
Pengalaman Ruby menggunakan Giselle sangat mengujakan. Hasil membeli dari PGMall sangat lancar. Sambil bayar bulanan Public Gold, kita cuci mata di PGMall. Senang boleh guna c-wallet.
Spesifikasi Giselle ROBO-G1
- Diameter : 300 mm
- Tinggi Struktur: 74 mm
- Berat bersih: 2.5 kg
- Kapasiti kotak habuk : 200 ml
- Jenis pengecasan : Pengecasan automatik dan pengecasan manual
- Mod pembersihan : Pembersihan automatik; Pembersihan setempat; Pembersihan sudut.
- Masa pengecasan : Kira-kira 300 minit.
- Masa pembersihan : Kira-kira 100 minit
- Nilai kuasa (W): 28
- Voltan kendalian (V) : 14.4
- Kering & Basah dengan Tangki Air
- Penderia Anti Jatuh
- Hibrid 2 dalam 1 VACUUM & MOP
- Auto mengecas & bateri tahan lama.
- Mengenalpasti maklumat koordinat dengan cepat.
- Kekalkan tinjauan dinamik semasa dalam perjalanan.
- Pemetaan dengan lebih tepat dan cekap
- Membersih jauh ke dalam jurang dengan cekap
- Berus Utama yang berkuasa dengan sedutan yang kuat
- Port sedutan suspensi berdiameter besar
- Mulut sedutan yang digantung
- Kuasa Sedutan : 1.4kPa
- dengan tangki air 250ml
- Sensor ketepatan tinggi.
- 74 mm badan slim.
Buka Kotak Giselle Smart Robot Dry & Wet Water Tank Vacuum Cleaner GI Floor Sweeping KEA0365.
Anak-Anak Teruja Ada Robot Dalam Rumah
Hasil Kerja Giselle ROBO G1
Video Giselle ROBO G1
Infografik Mengenai Giselle ROBO G1
Cara Menggunakan Giselle Untuk Memulakan Pembersihan
- Pembersihan Automatik
- Pembersihan Titik Tetap
- Pembersihan Di Sepanjang Bahagian Tepi
- Kawalan Manual Menggunakan Alat Kawalan Jauh
Pause, Wake-Up Dan Shutdown.
Ruby seronok memiliki Giselle ROBO G1 ni, banyak menemani Ruby ketika sedang mengemas rumah. Semasa melipat kain waktu tengah malam, anak-anak dan suami dah tidur, Ruby ON Giselle. Hehehe. Penyeri betul Giselle ni, macam ada haiwan peliharaan gayanya. Hahaha.
Link PGMall: https://pgmall.my/Giselle-Smart-Robot-Dry-amp-Wet-Water-Tank-Vacuum-Cleaner-GI-Floor-Sweeping-KEA036537535031459985
7 comments
Ishhhh geramm je baca post ko ni weii, macam menghasut pun ya hahahaha.. nak kena beli ke acanar ni ek.. keje mudah, robot bt keje, Mak boleh update blog hahaha
BalasPadamhahahahaha mak boleh update blog tu rasa macam kecik je mata memalam nak ketuk story. biar Giselle menyapu, kita tengok Netflix citer tamil. hehehe.
Padambestla ruby.. akk teringin dyson tu.. tapi kalau dapat yg ni pun menarik juga
BalasPadamDyson tu pun dalam senarai. tapi harga dia kak. pitam. hahahaha
Padamtengah mengumpul duit ni..
BalasPadamanak dara yg biasa tolong mop dah nak masuk asrama semula..ammi dah tak kuasa nak mop rumah hari2
Ni kalau Syu beli, vakum yang pegang guna tangan tu confirm2 simpan store buat tukun 😆.
BalasPadamKahkahkah akak! 50% banyak berehat. Tapi jangan simpan store, akak kena guna untuk vakum sawang kat rumah nanti. hahaha. Kalau Giselle kat ceiling dah jadi SpiderGiselle pula kan. hahaha.
PadamPERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.