THE AUDITION 2021 Armani Entertainment Group Platform Untuk Anda Yang Mempunyai Bakat Dan Keunikan Tersendiri. | Assalammualaikum semua! Adakah anda mempunyai bakat seperti nyanyian dan lakonan? Jika ya, anda layak mencuba uji bakat terbitan Armani Entertainment Group (AEG) di The Audition 2021.
Ia bukan program realiti show, tetapi lebih kepada platform untuk anda sertai industri kreatif tanah air dengan saluran yang lebih tepat. Ibarat highway untuk anda sukses. AEG memiliki platform penerbitan filem dan drama, syarikat rakaman muzik dan bertanggungjawab sebagai agensi menjaga bakat-bakat hebat ini. Seramai 120 peserta telah hadir pada sesi uji bakat pada hari ini yang berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur. AEG telah menerima 1781 penyertaan untuk lokasi uji bakat di Kuala Lumpur.
THE AUDITION 2021 Armani Entertainment Group Platform Untuk Anda Yang Mempunyai Bakat Dan Keunikan Tersendiri
The Auditon 2021 adalah pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG). Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak komedi.
Uji bakat THE AUDITION adalah 100% daripada pihak juri. Para peserta hanya melalui beberapa fasa uji bakat sahaja. Pertama, melalui muat naik video berdurasi lebih 1 minit di Instagram masing-masing beserta hashtag wajib. Fasa kedua, anda akan di panggil ke sesi uji bakat bersama para juri mengikut lokasi berdekatan anda. Mudah!
Seterusnya semasa uji bakat bersama juri, anda hanya perlu mendaftar, menunggu giliran dan terus ke bilik uji bakat. Jika anda mendapat STAR PASS, anda akan di wawancara oleh emcee Meor Addelan. Pada ketika ini, anda boleh belajar cara berkomunikasi dan menjawab soalan. Pendedahan awal berinteraksi bersama media. Hebat bukan?
Pada sesi sidang media yang berlangsung hari ini, para juri berkongsi pengalaman masing-masing. Menurut Dato KK Chua, keistimewaan THE AUDITION 2021 adalah komitmen kami kepada semua peserta. Kami tidak mahu terlepas peluang menggilap bakat-bakat terpendam. Ia adalah platform untuk peserta menjadi Super Star!
Untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik. Dengan kemampuannya sebagai Pengarah dan Penerbit yang mapan, sinergi para juri akan menjadi hebat dalam mencapai objektif mencari bintang baru industri hiburan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua, berkata "Pihaknya yakin dengan kemampuan yang ada pada Michael Ang, sinergi para juri akan menjadi hebat dalam mencapai objektif melahirkan bintang baru dalam industri hiburan tanah air. Dunia hiburan tanah air memerlukan bakat-bakat baru yang mampu menyerlahkan kemampuan, kehebatan dan lebih berdaya saing.“Ledakan teknologi media sosial juga menyediakan ruang yang lebih luas untuk mereka mengetengahkan kreativiti dan meneroka pelbagai bidang seni termasuk kerja-kerja di sebalik tabir. Mereka perlu menjadikan bidang seni sebagai satu karier yang serius dan menjamin masa depan,” katanya.
Juri-Juri THE AUDITION 2021
THE AUDITION 2021 bermula dengan uji bakat dalam talian di Instagram. Akhirnya, para peserta akan disenarai pendek untuk menjalani uji bakat secara langsung di di hadapan juri profesional yang terdiri daripada Datuk KK Chua (Ketua Pegawai Eksekutif AEG), selebriti terkenal industri hiburan Malaysia iaitu Datuk Rosyam Nor, Michael Ang, Nabila Razali, Rozita Che Wan, Wany Hasrita, Sufian Suhaimi, Amira Othman, Izzue Islam, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.
Michael Ang (Pemilik syarikat penerbitan Cube Film Sdn Bhd) |
Michael Ang turut memberi pandangan, ini bukan rancangan realiti show biasa yang kita tonton. Ini adalah platform untuk bakat yang tidak dipandang. Penyanyi indie, pelakon youtube, pencipta kandungan media sosial merebut peluang. THE AUDITION adalah jalan pintas untuk peserta masuk dalam industri melalui jalan yang betul. Sudah tiba masanya, industri hiburan menerima wajah baru. Ia adalah masa sesuai untuk mencari bakat baru untuk drama-drama terbaru Michael Ang pada tahun 2022 akan datang. Pandemik COVID-19 banyak mengajar kita bahawa masa amat singkat tetapi kita perlu cepat maju kehadapan.
Nabila Razali |
Amira Othman |
Amira Othman juga berkongsi pengalaman bahawa, untuk muncul di dalam industi hiburan dan terus kekal relevan memerlukan perjalanan yang panjang. Pengalaman dalam menyertai uji bakat pada tahun 2013 dan berjaya memenangi tempat ketiga merupakan anjakan paradigma untuk terus mara kehadapan. Peserta yang menyertai uji bakat THE AUDITION tidak perlu melalui pengalaman seperti saya yang perlu melalui beberapa peringkat uji bakat. Sekurang-kurangnya 3 hingga 4 peringkat perlu dilalui sebelum bertemu juri. Jadi, anda jangan putus asa dan perlu terus mencuba.
Sisipan Gambar Semasa Uji Bakat Di Kuala Lumpur
Hadiah Pemenang THE AUDITION 2021
Pemenang THE AUDITION 2021 akan menerima kontrak 3 hingga 5 tahun dibawah jagaan Armani Entertainment Group (AEG) bernilai RM50,000 dan kelas nyanyian / lakonan bernilai RM10,000. Selain itu, penyanyi akan merakam single yang disusun oleh top-chart komposer lengkap bersama dengan video muzik. Manakala buat pelakon, anda akan mendapat peluang untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor iaitu Encik Michael Ang dalam drama terbaru beliau!
Cara-Cara Menyertai THE AUDITION 2021
- Follow Instagram ARMANI ENTERTAINMENT GROUP: https://www.instagram.com/armanientertainment
- Muat naik video ujibakat berdurasi sekurang-kurangnya 1 minit (boleh lebih) di akaun Instagram anda. Pastikan akaun Instagram anda ditetapkan ke tetapan umum.
- Wajib letak tanda pagar #theaudition2021 #AEG pada kapsyen ujibakat anda.
- Tarikh tutup penyertaan mengikut lokasi ujibakat yang anda ingin sertai.
- Paserta yang telah tersenarai pendek akan diumumkan di akaun Instagram @armanientertainment pada tarikh yang ditetapkan.
- Sentiasa ikuti Instagram @armanientertainment untuk maklumat lebih lanjut.
Syarat Penyertaan THE AUDITION 2021
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia
- Berusia dari 18 tahun hingga 35 tahun
- Bujang dan belum berkahwin
- Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan selebriti atau agensi hiburan.
Garis Masa Uji Bakat THE AUDITION 2021
Dalam mencari bintang-bintang baru, sebanyak enam lokasi uji bakat akan diadakan di seluruh Malaysia. Kuala Lumpur, Kuantan, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, dan Kota Kinabalu. Ia bagi memastikan agar tidak ada bakat terpendam yang ketinggalan.
- 17 October 2021: Kuala Lumpur
- 24 Oktober 2021: Kuantan, Pahang
- 31 Oktober 2021: Johor Bahru
- 14 November 2021: Kota Kinabalu, Sabah
- 20 November 2021: Kuala Terengganu. Terengganu
- 28 November 2021: Penang
- 12 Disember 2021: Final
- 17 October 2021: Kuala Lumpur
- 24 Oktober 2021: Kuantan, Pahang
- 31 Oktober 2021: Johor Bahru
- 14 November 2021: Kota Kinabalu, Sabah
- 20 November 2021: Kuala Terengganu. Terengganu
- 28 November 2021: Penang
- 12 Disember 2021: Final
Mengenai Armani Entertainment Group (AEG)
ARMANI ENTERTAINMENT GROUP, juga dikenali sebagai AEG, adalah syarikat pengurusan selebriti yang berfungsi sebagai wakil profesional dan penasihat untuk penyanyi dan pelakon. AEG juga merupakan Platform Profesional Selebriti yang memberikan jaminan, konsisten aliran pendapatan, dan platform untuk kemasyhuran sebagai selebriti dengan bakat yang baik & personaliti yang hebat.
Selain itu, AEG adalah sebuah syarikat produksi yang berfungsi dalam proses menghasilkan kandungan video untuk televisyen, media sosial, promosi korporat, komersial, atau bidang lain yang berkaitan dengan media. AEG adalah pasukan yang mengumpulkan keunikan bakat berbeza dan menjadi kepakaran mereka untuk menghasilkan isi kandungan hiburan sebagai produk yang sangat bagus.
Tags
Hiburan
100% audition dr juri tu agak.menarik.... dan hadiah yg ditawarkan mmg best
ردحذف100% dari juri lebih authentic dan cepat dapat keputusan kan? dah macam lebuhraya SMART Tunnel. jalan terus. hehe.
حذفWah menarik ye hadiah dia. Btw ni datuk KK Chua yg sama macam Himaya tu ye?
ردحذفIye betul Kak Min, Dato KK Chua sudah menembusi entertainment industry. hehehe.
حذفJuri di audition ni semua hebat-hebat. bertuahla siapa yang berjaya merangkul hadiah utama tu.
ردحذفSelalunya kalau bintang nak lahir pun dari rancangan macam ni la kan. Mana tahu tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?.
ردحذفBagus program ni, beri peluang mereka untuk menunjukkan bakat masing-masing. Mesti ramai yang sertai. Juri pun bukan biasa-biasa
ردحذفOkla asik realiti tv je kan. Kdg2 nak tgk rupa je. Btw takotla juri dia Micheal Ang. Habisla kene carut. Hehe.
ردحذفWah menarik hadiah dia. Memang platform yang bagus untuk peserta tonjolkan bakat masing-masing.Sape menang dah confirm akan jadi penyanyi/pelakon. Terasa nak join tapi umur terlebih plak 🙈
ردحذفBagusnya ada platform ni for mereka yang berbakat tapi tak berpeluang untuk masuk industri seni tanah air lagi! We need more platform macam ni untuk cungkil bakat kan!
ردحذفHaaa yang mana berbakat dan nak jadi retis tu, bolehlah cuba ni, bakat jangan pendam dan simpan, mana tau rezeki kan..
ردحذفJuri dia seram lak tengok haha.. all the best semua yang join. Mesti menarik show ni nanti
ردحذفI also can't wait to check out the final to find out who are the chosen talents.
ردحذفGreat that this audition relies solely on the judges instead of voting and likes etc. Hopefully those who are passionate and interested can join.
ردحذفSiapa2 yang Ada bakat nyanyian dan lakonan, ni lah platform yang terbaik untuk mereka. Sekurangnya dah nampak hala tuju untuk mereka dalam industri seni Malaysia ni bila dah menang nanti.
ردحذفPlatform macam ni bagus untuk mencungkil bakat baru and cari talent baru untuk industry ni
ردحذفwahhh bagusnya platform The Audition nie. ada terbaca juga dekat rakan kenalan blogger yang lain. bolehlah anak2 muda yang berbakat seni tu utk mencuba nasib dalam program seperti ini utk mengetengahkan bakat mereka.
ردحذف