XENO Berkolaborasi Dengan DJ Hard Lights (France) Dan DJ Soda (Korea) Untuk Lagu Viral Potato

XENO Berkolaborasi Dengan DJ Hard Lights (France) Dan DJ Soda (Korea) | Hard Lights kembali semula dengan sebuah lagi lagu gempak berjudul ‘Potato’, kali ini bersama selebriti sensasi media sosial iaitu DJ Soda dan juga selebriti Malaysia As’ad Motawh & Leona Azhar keluaran RCA Records. Muzik video ini dijadualkan akan disiarkan pada 15 Oktober 2021 di Youtube Channel XENO Entertainment.


XENO Berkolaborasi Dengan DJ Hard Lights (France) Dan DJ Soda (Korea) Untuk Lagu Viral Potato


XENO Berkolaborasi Dengan DJ Hard Lights (France) Dan DJ Soda (Korea) Untuk Lagu Viral Potato


Sejak permulaan kerjaya beliau, Hard Lights telah muncul dengan gaya muzik yang mempunyai keunikannya sendiri yang terbentuk daripada ‘hook’ yang menarik dan melodi yang menawan para pendengar. Disokong oleh selebriti lain seperti David Guetta, Tiesto, Hardwell, dan Afrojack, Hard Lights telah menerima sebanyak 80 juta strim dari seluruh dunia untuk lagu-lagu beliau.

XILY pula adalah sebuah pesona muzik dari XENO Entertainment, sebuah syarikat rakam indie yang kian pesat berkembang di Malaysia dan mempunyai lagu di Thailand, Indonesia & Singapore. Untuk ‘Potato’, XILY mengetengahkan penyanyi As’ad Motawh dan juga ratu TikTok Leona Azhar di dalam video klip. Kedua-dua As’ad dan Leona telah membina pengikut yang besar di dalam Instagram dan TikTok.

DJ SODA pula memulakan perjalanan untuk menjadi DJ superstar pertama di Asia pada tahun 2013, sejurus selepas membuat keputusan untuk berhenti kerjaya beliau dalam ‘music acting’ untuk menumpukan fokus beliau terhadap kerjaya DJ beliau.

Latar belakang DJ SODA dalam seni persembahan membantu dalam perkembangan ‘signature move’ beliau iaitu the ‘Flute Dance’ yang telah tular dan mengumpul jutaan tatapan di YouTube, Facebook dan juga applikasi sosial media yang lain. Kerjaya beliau dalam bidang pemodelan membiayai permulaan beliau sebagai seorang DJ dan beliau masih merupakan muka untuk jenama-jenama terkemuka di dunia seperti Nike, Beats by Dre & lebih lagi.

Sentuhan Kreatif DJ Hard Lights, DJ Soda Dan XILY


Bersama ketiga-tiga selebriti ini, pasti ia menjadi pasukan yang hebat. Malah, sudah pasti menjadikan ‘Potato’ suatu karya yang ‘Viral’. ‘Potato’ menggabungkan kelincahan muzik ‘dance’, menampilkan ‘nom nom nom’, suara wanita yang asyik menyebut ‘Potato’ dan ‘drop’ lagu ini sangatlah addicted. Ia akan membuat para pendengar ingin menari apabila mendengarnya. 

Selain itu, keunikan ‘Potato’ adalah ia sesuai dimainkan di acara dan juga di dalam dunia siber. Anda boleh gunakan muzik ini untuk content media sosial. Sangat catchy dan bertenaga! Nah Ruby belanja video teaser Potato. Enjoy!


Lagu ‘Potato’ akan disiarkan pada 15 Oktober 2021 di YouTube XENO Entertainment pada jam 9.30 malam waktu Malaysia.

HARD LIGHTS

XILY 

DJ SODA

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال