13 Bintang Gegar Vaganza Musim Ke Lapan Bakal Memeriahkan Hujung Minggu Anda Bermula 21 November 2021

13 Bintang Gegar Vaganza Musim Ke Lapan Bakal Memeriahkan Hujung Minggu Anda Bermula 21 November 2021 |  Assalammualaikum semua! Rancangan kegemaran ramai bakal menyinari hari Ahad kita. Menjadi aktiviti kami sekeluarga menantikan rancangan televisyen Gegar Vaganza. Bermula sejak 2014, sehingga kini GV tidak pernah mengecewakan. 

Gegar Vaganza musim ke lapan atau lebih mesra dipanggil GV8 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 21 November 2021. Penonton di rumah boleh menonton secara langsung di saluran Astro RIA.   

13 Bintang Gegar Vaganza Musim Ke Lapan Bakal Memeriahkan Hujung Minggu Anda Bermula 21 November 2021

13 Bintang Gegar Vaganza Musim Ke Lapan Bakal Memeriahkan Hujung Minggu Anda Bermula 21 November 2021


'Bintang Kembali Menyengat' itulah tagline pentas berprestij Gegar Vaganza. Pada musim ke lapan (GV8) ia akan menjadi medan penentu bagi 13 bintang utama. 

Menariknya kali ini, bintang GV8 kali ini terdiri dari tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kemampuan 13 bintang utama yang bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan. 

Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura). 

Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam GV8 ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia). 

Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan. 

Pemarkahan 100 Peratus Dari Juri Professional


Untuk makluman, GV8 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. 

Guru vokal popular, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Ramli MS (Tok Ram) dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang akan mengemudi tanggungjawab sebagai juri tetap. 

Nabil Ahmad Dan Jihan Muse Pengacara GV8


Pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse juga kekal sebagai hos utama musim terbaharu. Ini pasti menghiburkan! Penyeri program siaran langsung adalah pengacara yang pantas mengawal suasana. Hahaha. 

Pemenang-Pemenang Gegar Vaganza Terdahulu


Untuk rekod, pertandingan Gegar Vaganza sebelum ini telah menobatkan lapan juara sepanjang penganjuran untuk tujuh musim sebelum ini yang terdiri daripada Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) serta Cliff Umar (GV7). 

Penonton Setia Gegar Vaganza Sentiasa Ada. Fenomena Luar Biasa!


Dalam pada itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro Raqim Ahmad akui keampuhan populariti dan kredibiliti jenama 'GV' kini semakin matang. 

“Mengimbas kembali perjalanan program ini sewaktu mula diperkenalkan sekitar tahun 2014, matlamat utama kami ialah untuk menyediakan platform penjenamaan semula bagi para penghibur berpengalaman yang pernah merasai era kegemilangan suatu ketika dahulu sekaligus membuka lembaran baharu dalam kembara seni mereka. 

“Inisiatif yang dirintis telah berkembang dan terbukti berjaya meletakkan 'GV' sebagai pencetus fenomena sosial yang mempunyai kekuatan dan impak tersendiri untuk mempengaruhi kecenderungan peminat saban tahun. 

“Persaingan 13 bintang dari tiga negara serumpun merupakan antara tarikan utama 'GV8' pada kali ini. 

“Selain itu, kami turut melantik tiga juri tetap yang memiliki reputasi luar biasa dan cukup disegani di kalangan penggiat seni berbanding hanya dua orang sahaja sebelum ini. 

“Ketiga-tiga mereka akan turut ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap minggu menjadikan proses penjurian musim ini akan lebih sukar dan mencabar,” jelasnya. 

Gegar Vaganza Digegarkan Oleh Farm Fresh, DiGi, Adabi dan CUCKOO


Penerbitan GV8 turut disokong oleh Farm Fresh sebagai Penaja Utama dengan kerjasama Digi iaitu Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan sebagai penaja bersama. 

Sumber artikel dari Astro Gempak

7 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wah pencalonan agak sengit jugak ye. Tapi rasa Bandi Amuk tu boleh gi final sebab suara dia memang power

    BalasPadam
  2. Sis VOTE Adibah Nor... sore dia power habis..
    Tapi Bandi amuk pun boleh tahan juga...

    BalasPadam
  3. Ammi pilih Aweera..Nikki ni yg budak Sabah tu ke? suara dia pun not bad juga

    BalasPadam
  4. Rawlins sokong Kak Dib! Chaiyok Kak Dib. Tapi Bandi pun power. Aduh. Takpe. Sokong Alumni UKM la iaitu Kak Dib!

    BalasPadam
  5. Uishhh ni senarai legend kot....majoriti yang menang dalam rancangan mencari bakat . Tak tahu nak sokong sapa ....api yakin Adibah Noor boleh jadi juara.

    BalasPadam
  6. menarik betul senarai bintang gv kali ni. tak boleh nak agak siapa bakal juara sebab banyak yang best. :)

    BalasPadam
  7. Tak sabar tonton GV 8 nanti. Bintang wanita semua Bella suka. Harap2 dpr pergi tgk live nanti.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال