Graduasi Badminton MILO® Champions Clinic E-Coaching | Assalammualaikum semua! Adam dah graduasi oiiii! Hahaha. Happy sangat eh mak nya. Tahniah Adam!
Perjalanan menyertai MILO® Champions Clinic E-Coaching sangat mencabar. Pada mulanya seakan mudah sebab anak nampak memberikan minat kepada sesi bersama coach.
Jom Ruby kongsikan pengalaman Ruby dan Adam.
Graduasi Badminton MILO® Champions Clinic E-Coaching
Sesi pada 18, 25 September Adam okay. Bila dah masuk sesi 2, 9 dan 16 Oktober. Dia semakin bimbang. Dia rasa susah nak belajar. Sedangkan ia perkara basic pengenalan bermain badminton.
Mungkin dia baru 7 tahun dan berasa sukan sepatutnya praktis di gelanggang. Kediaman Ruby pun tidak sesuai untuk latihan badminton Adam. Kami sarat dengan meja belajar PdPR dan meja kerja Work from Home.
Tambahan pula kita dah boleh merentas negeri. Tetamu datang ke rumah. Malah kami kena ke rumah saudara mara sebab ada berita meninggal dunia. Ya benar, komitmen ibu bapa dan anak amat diperlukan apabila anda telah akur untuk menyertai. Rugi kalau skip dan terhenti kelas.
Terima kasih Nestle MILO, Coach Daphne Ng, Coach Wong Howe Nguong dan RaceXAsia. InsyaAllah tahun depan Adam akan lebih bersedia.
Impak Dari Badminton MILO® Champions Clinic E-Coaching
Anak-anak ibarat kain putih yang kita perlu pupuk minat dan beri semangat. Supaya dia berkeyakinan untuk cuba. Dah cuba, baru tahu sesuai ke tidak sukan tersebut. Sukan yang Ruby ingin anak-anak ceburi adalah sukan yang mereka boleh amalkan sepanjang usia.
Jadi, mereka akan kekal aktif dan fokus satu sukan. Sebab Ruby faham kos untuk aktif sesuatu sukan adalah mahal. Semua sukan adalah mahal.
Semasa Ruby kecil, Ruby bermain bola jaring, hoki dan olahraga. Ini diantara sukan yang Ruby aktif sehingga wakil sekolah. Semua kos, memang makn hati berulam jantung apabila asyik membuatkan mak bekerja keras.
Main hoki paling mak Ruby stress. Kayu hoki kena beli baru. Asyik retak menanti belah. Kemudian cedera kat keting kaki sampai bengkak. Shin guard masa itu tak beli lagi. Coach mencari sponsor, salah seorang ibu bapa kepada pemain hoki memberi sumbangan. Kami dapat jersey dan shin guard baru. Kenangan masa darjah 6. Hehe.
Dari pengalaman Ruby, kini untuk Adam dan Alif, Ruby nak mereka fokus main badminton sahaja. Sama ada solo atau berkumpulan, mereka boleh bersedia. InsyaAllah.
Ruby dah beli portable badminton net, raket badminton kami sekeluarga dan bag untuk simpan semua barang keperluan untuk bermain badminton. Macam bag main golf saiz dia. Besar! Hahaha.
Ruby doakan anda mempunyai sukan yang boleh dipupuk dari awal usia dan bermain sampai bila-bila. Jika berpeluang mewakili negara tercinta Malaysia. Alhamdulillah. Selain itu, sukan wajib diamalkan untuk menjaga kesihatan. All the best okay?
Tags
Pendidikan
wah seronoknya dapat belajar main badminton! saya dulu2 teringin nak belajar & main badminton mcm pemain professional,t api tak kesampaian. sekarang ni tengok diorang main & kadang2 je dpt main badminton sendiri :)
BalasPadam