Gunting Rambut Di HE-CUT BARBERSHOP Plaza Idaman Gombak | Assalammualaikum semua! Rutin minggu ini Ruby bawa suami dan anak-anak gunting rambut di kedai gunting rambut kegemaran kami.
Ruby mula ke kedai ini sejak 7 tahun yang lalu. Ketika itu nak cukur rambut baby Adam. Sekarang dah abang Adam. Hehehe. Kami selesa di sini sebab servis yang pantas. Faham-fahamlah bawa kids dan ayah dia yang suka semua serba pantas.
Pernah juga kami ke Barber Shop yang viral suatu masa dahulu. Membebel suami dan anak-anak sebab lama menunggu giliran satu hal. Bila sudah tiba giliran, gunting rambut pula lama! Sampai sakit leher mereka.
Ruby dari jauh nampak muka mereka mengantuk, tapi hakikatnya mereka menahan sakit leher. Hahaha. Hasil dari gunting rambut di kedai viral juga biasa-biasa aja. Tak sekemas anney gunting rambut. Maka, kami kembali ke HE-CUT BARBERSHOP juga akhirnya.
Gunting Rambut Di HE-CUT BARBERSHOP Plaza Idaman Gombak
Sehingga hari ini, menjadi rutin Ruby membawa suami dan anak-anak ke HE-CUT BARBERSHOP. 3 orang lelaki dalam rumah ini akan menjalani masa yang sama untuk gunting rambut. Jadi, Ruby tidak akan sibuk untuk gunting rambut mereka di rumah. Malah, tiap kali mereka berambut panjang melebihi telinga dan leher, Ruby akan cek jadual untuk bawa mereka bertiga serentak. Kebiasaannya hujung minggu bawa mereka semua.
Tips ke kedai gunting rambut agar tidak menunggu lama adalah datang pada waktu orang tidak ramai. Ruby perhatikan, ramai pelanggan pada waktu pagi, petang jam 4 keatas, malam sebelum kedai tutup, beberapa hari sebelum sambutan apa sahaja perayaan di Malaysia dan beberapa hari sebelum kembali ke sekolah. Memang ramai masa ni.
Jadi, Ruby akan datang petang, sedang matahari terik berdenting tu. Hahaha. Memang takda orang. Lepas kami anak beranak selesai gunting rambut, barulah ramai pelanggan sedang menunggu di luar.
RM 29 Untuk Harga Gunting Rambut Suami Dan Anak-Anak
Kekerapan suami dan anak-anak perlu gunting rambut adalah lebih kurang 1 bulan setengah. Setiap kali pergi ke HE-CUT BARBERSHOP, Ruby akan sediakan wang tunai RM 30.
Adam: RM 7
Alif: RM 7
Suami: RM 15 (Gunting rambut dan bercukur)
Okay lah kan kos gunting rambut harga begitu kan? Hasil pun kemas dan kedai patuh SOP.
Senarai Harga Gunting Rambut Di HE-CUT BARBERSHOP
Di HE-CUT BARBERSHOP ni gunting rambut, cukur misai janggut, cuci rambut, warna rambut dan urut kepala juga ada. Memang best sangat kata suami.
Gunting Rambut Dewasa: RM 11
Gunting Rambut Dan Bercukur: RM 15 - RM 16
Gunting Rambut Jenis Flat Top (Petak): RM 12
Bercukur: RM 7
Gunting Rambut Pelajar: RM 6 - RM 8
Bercukur Botak: RM 11
Mewarna Rambut Hitam: RM 20 - RM 23
Cuci Rambut: RM 7
Urut Kepala: RM 5
Harga mungkin berubah tanpa notis. Jika ada perubahan, nanti Ruby kemaskini.
Lokasi HE-CUT BARBERSHOP
HE-CUT BARBERSHOP,
Plaza Idaman,
Ground Floor (Hujung berhampiran Money Changer),
53100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10AM - 10PM
Diharap perkongsian ini bermanfaat.
Tags
Fesyen
Nice, good sharing...
BalasPadam