Jack'n Jill Cream-O Classic Baharu! Jom Sertai Cabaran 'New Cream-O Classic Bite'

Jack'n Jill Cream-O Classic Baharu! Jom Sertai Cabaran 'New Cream-O Classic Bite' | Assalammualaikum semua! Siapa suka biskut Cream-O? High-5 sikit! Hehehe. Biskut nostalgia sejak zaman sekolah ini sentiasa menjadi peneman pada setiap masa. 

Biskut penyelamat semasa sibuk. Ketika leka terlupa makan, biskut Cream-O ada. Kalau ke pasaraya, mesti restock biskut dan tart Cream-O. Harga berpatutan dan kualiti rasa dari dulu sampai sekarang masih sama. Terbaik!

Tahniah Cream-O kerana sentiasa menghasilkan biskut yang digemari rakyat Malaysia. Kali ini Cream-O Classic baharu! Pasti anda tertanya-tanya. Apa bezanya? Bezanya.... Ia lagi sedap!!!! Hahaha. Okay Ruby bagi sedikit spoiler la. 

Cream-O Classic ni biskut warna golden dua keping tu adalah biskut butter dan krim inti di bahagian tengah adalah coklat. Perghhhhh sedap!! Bayangkan korang teringin biskut/kek butter dan coklat, tak perlu susah beli satu-satu, Cream-O Classic dah cukup! Dapatkan sekarang okay?

Jack'n Jill Cream-O Classic Baharu! Jom Sertai Cabaran 'New Cream-O Classic Bite'

Jack'n Jill Cream-O Classic Baharu! Jom Sertai Cabaran 'New Cream-O Classic Bite'



Memperkenalkan Cream-O Classic Sandwich Cookie Baharu dengan krim berperisa coklat. Kitaran kehidupan tidak akan berkesudahan! Ia memberikan pengalaman klasik dengan sentuhan baharu, sama ada dari segi teknologi, gadget, fesyen, makanan dan apa sahaja dalam kehidupan kita.

Jadi, jom kita meraikan snek kegemaran dengan cara yang lebih trendy. Barulah pasukan kilang JACK ‘n JILL bersemangat membakar biskut JACK ‘n JILL Cream-O dan menjadikan setiap hari rakyat Malaysia akan lebih O-some. 

Pandemik COVID-19 sangat memberi kesan kepada kita semua, semoga penutup tahun 2021 lebih baik dengan beberapa O-some gigitan. 

Jack'n Jill Cream-O Classic Baharu! Jom Sertai Cabaran 'New Cream-O Classic Bite'

Tersedia 'panas keluar dari ketuharnya', ini adalah rangkaian biskut sandwic yang lazat - Jack 'n Jill Cream-O Classic Baharu, biskut sandwic dengan krim berperisa coklat.

“Konsep di sebalik Cream-O Classic adalah ringkas namun unik. Apa pasukan JACK ‘n JILL Cream-O lakukan adalah untuk mengambil pengajaran dari kehidupan. Biar pun ia yang baru, tetapo ilham boleh didapati dalam sesuatu yang menjadi kebiasaan atau ‘klasik’. Kami menyediakan Cream-O Classic dengan memberi inspirasi baharu kepada perisa inti dan biskut. Ia adalah klasik namun disuntik dengan semangat baharu untuk kekal relevan pada zaman sekarang,” kongsi Maria Sarah Albert, Pengurus Besar URC Snack Foods Malaysia.

Cream-O sudah terkenal dengan biskut sandwic dengan isi berkrim yang enak diapit di antara dua biskut coklat serta Cream-O Tarts dengan jem krim berperisa lazat, pengenalan terbaru Cream-O Classic ini melengkapkan rangkaian JACK 'n JILL Cream-O. 

“Seiring waktu kami membawakan O-someness dari biskut baharu untuk anda. Anda juga harus bersedia mengharungi cabaran norma baharu dan mencari klasik baharu untuk diri anda sendiri. Jadikan setiap hari anda O-some dan menjalani kehidupan dengan sepenuhnya,” tambah Albert.



Cabaran 'New Cream-O Classic Bite'


Sebagai tanda penghargaan kepada pelancaran Cream-O Classic Baharu, JACK 'n JILL menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada Cabaran 'New Cream-O Classic Bite' dengan hanya melengkapkan 2 langkah mudah. 

Langkah pertama:

Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil beberapa gambar O-some dan kreatif semasa diri anda melakukan Cabaran 'New Cream-O Classic Bite' sambil menikmati ‘new O-some Classic moment’ seperti gigitan biskut yang mengasyikkan, dipertingkatkan dengan yang sentuhan trend terkini. Sebagai alternatif, anda boleh memakai pakaian klasik atau retro, mempamerkan diri anda dalam gaya moden. 

Langkah kedua: 

Kemudian, muat naik sahaja foto anda ke Facebook anda, tag Facebook @creamomalaysia dan kapsyen beserta tanda pagar #CreamOMY. 


Syarat penyertaan: 

  • Pembelian Cream-O bernilai RM5 termasuk sekurang-kurangnya satu pek Cream-O Classic.
  • Private Mesej gambar resit pembelian di facebook Cream-O Malaysia selepas anda selesai muat naik foto.


Hadiah Gold Cookie


Percaya atau tidak, usaha anda bergambar kreatif dan menarik akan benar-benar memberi pulangan hebat. Hadiah berupa bar/wafer emas! Best bukan?. 

  • 1 x Pemenang Hadiah Utama membawa pulang Gold Cookie bernilai RM5,000.
  • 1 x Pemenang Tempat Kedua menerima Gold Cookie bernilai RM3,000.
  • 30 x Pemenang seterusnya akan menerima hadiah wang tunai RM300.

Cabaran 'New Cream-O Classic Bite' berlangsung dari 1 Oktober hingga 19 Disember 2021. Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.facebook.com/creamomalaysia/ 

Mengenai URC Snack Foods (M) Sdn Bhd

URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd., anak syarikat Universal Robina Corporation of the Philippines, adalah pengeluar dan pengedar Jack ‘n Jill Potato Chips yang sangat popular di Malaysia. Syarikat itu mula ditubuhkan pada tahun 1982 dan memulakan operasi komersial pada tahun 1984. 

Sepanjang tahun, ia telah berjaya mengembangkan produknya daripada kerepek kentang kepada pelbagai makanan ringan yang lain di bawah jenama Jack 'n Jill. Makanan snek yang dihasilkan di bawah jenama termasuk “Roller Coaster”, “Potato Chips”, “Jigs” dan “Corn Curls”. 

Di samping itu, URC juga mengeluarkan produk lain seperti Coklat "Cloud 9" dan "NIPS", biskut "Cream-O" dan "Magic", serta gula-gula "Cloud 9" dan “Dynamite”. URC Malaysia juga mengeksport produknya ke lebih 15 negara di seluruh Asia-Pasifik dan Timur Tengah.

Bertenang dan fikirkan O-some pose gigitan klasik yang akan membawa anda sebagai pemenang Gold Cookie! All the best!

#JACKnJILLCreamOClassic #NewCreamOClassicBiteChallenge

2 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. biskut cream-o ni memang sedap. kalau beli dkt rumah, kejap je dah habis adik beradik makan haha. macam menarik je contest tu :)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال