MERCATÓ Great Eastern Mall Kini Dibuka! Jute Bag Eksklusif Untuk 1000 Pelanggan Pertama

MERCATÓ Great Eastern Mall Kini Dibuka! Jute Bag Eksklusif Untuk 1000 Pelanggan Pertama | Assalammualaikum semua! Hari ini telah berlangsung pembukaan MERCATÓ Great Eastern Mall. Sebagai penduduk di Ampang. Ruby happy dengan pembukaan cawangan MERCATÓ.

Bertambah satu lagi pasar segar berdekatan kediaman. Lagi pula Great Eastern Mall ni sistem keselamatan ketat, bab SOP mereka tidak leka dan parking banyak! 

Sewaktu berjalan di dalam MERCATÓ, suasana selesa, luas dan aman. Jangan bimbang penjarakan fizikal. Sangat luas! Seleksi produk juga pelbagai, tinggal kita pilih je. Haha.


MERCATÓ Great Eastern Mall Kini Dibuka! Jute Bag Eksklusif Untuk 1000 Pelanggan Pertama


Great Eastern Mall telah membuka pintunya dengan pengalaman yang serba baharu untuk pelanggan. Terletak strategik di sekitar kawasan kedutaan asing, MERCATÓ (disebut mir-ka-to) bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan bertibu-ribu produk tempatan dan antarabangsa yang digemari ramai.

Director of Store Operation, Malaysia & Singapura, Mark Scates berkata, “MERCATÓ amat percaya dalam membawa kualiti, nilai, perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan kami, dan kami teruja untuk melanjutkan komitmen ini kepada pelanggan kami dengan pembukaan MERCATÓ Great Eastern Mall. 

Di sini, pelanggan boleh menantikan pengalaman membeli-belah dan perkhidmatan tahap baharu yang hebat daripada ahli pasukan kami!”

Produk Dan Tawaran Istimewa


MERCATÓ Great Eastern Mall membawa masuk beribu-ribu produk baharu yang mengujakan dan menggembirakan pelanggan dengan rangkaian pilihan unik dan antarabangsa yang lebih luas daripada kedai roti hinggalah barangan harian. 

Head of Operations, Cold Storage & Mercato, John Gilbert Fernando menelusuri bahagian produk-produk segar.


Pilihan baharu yang terdapat di sini adalah kedai roti segar, Piza Hawaii, Akarumi Asian Roast sehingga ke pilihan Jus Segar dan Aiskrim untuk dinikmati pelanggan.

Rakyat Malaysia juga semakin mementingkan kesihatan dengan tabiat pemakanan mereka, MERCATÓ akan bekerjasama dengan rangkaian makanan sihat Rawsome pada Do-It-Yourself Salad Bar dengan kesegaran yang lebih baik dan pilihan yang lebih sihat. 


Selain itu, MERCATÓ juga memperkenalkan mesin pemanggang kacang dan minuman kesihatan baharu - Kombocha-Keju.


Suasana Pasaraya MERCATÓ Great Eastern Mall


MERCATÓ Great Eastern Mall menampilkan suasana baharu yang segar dengan hiasan yang menarik dan lorong yang luas. 

Pembeli dijanjikan rangkaian makanan istimewa yang pelbagai dan luar biasa di sepanjang lorong, menjadikan perjalanan membeli-belah biasa menjadi perjalanan gourmet yang unik.

Encik Scates meneruskan, "Kami mendengar dengan teliti keperluan pelanggan kami untuk lebih banyak produk import, produk kegemaran serta pengalaman premium. Maka, terlaksanalah pembukaan MERCATÓ Great Eastern Mall."

 “Kami benar-benar berterima kasih kepada pelanggan kami kerana membenarkan kami berkhidmat kepada masyarakat. Tiada satu pun daripada pencapaian kami akan dapat dicapai tanpa sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.”


MERCATÓ Jute Bag Untuk 1000 Pelanggan Pertama


Untuk meraikan pembukaan MERCATÓ Great Eastern Mall, pelanggan boleh menikmati promosi eksklusif di kedai. 1000 pelanggan pertama akan membawa pulang beg jut eksklusif MERCATÓ boleh guna semula dengan pembelian minimum RM100 dalam satu resit


Cawangan MERCATÓ


MERCATÓ GREAT EASTERN MALL
Lower Ground Floor Great Eastern Mall, 303, Jalan Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Ampang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

MERCARTÓ Solaris Mont Kiara
Lot L-0-1, 
Solaris Mont Kiara, 
Jalan Solaris, 
Mont Kiara, 
50480 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

MERCATÓ SRI HARTAMAS
Hartamas Shopping Centre, 
G26, 
Ground Floor, 
Jalan Sri Hartamas 1, 
50480 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

MERCATÓ PAVILION KUALA LUMPUR
Lot. 1 . 01 . 01 & 1 . 01 . 02, 
168, 
Bukit Bintang St, 
Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

MERCATÓ GURNEY PLAZA PENANG
B1-15, 
Gurney Dr, 
10250 George Town, 
Penang
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

Mengenai GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd


GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., (GCH Retail) anak syarikat DFI Retail Group, adalah pengendali rangkaian Giant hypermarkets dan pasar raya lain iaitu TMC, Cold Storage, MERCATÓ dan Giant Mini. 

Mengikuti aliran pasaran terkini, GCH Retail terus menyampaikan pengalaman runcit moden dan memanfaatkan pelanggan Malaysia kepada pelbagai produk dan hasil, termasuk pilihan nilai berkualiti serta tawaran premium dan ekslusif.

1 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. wahh, makin banyak cawangan mercato ni! bolehlah nanti saya shopping barang rumah di sini :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال