Shopping 11.11 Di Uniqlo Online Store

Shopping 11.11 Di Uniqlo Online Store | Assalammualaikum semua! Demam membeli-belah dalam talian sejak pandemik COVID-19 semakin memudahkan kita. Ruby suka sangat shopping online sebab tidak perlu bersesak dengan orang ramai, kemudian boleh ambil lebih masa untuk do some research tentang produk serta saiz. 

Sebelum ruby ke proses pembayaran, sebenarnya sudah 3 hari Ruby berada di aplikasi Uniqlo. Tengok itu tengok ini. Perlu ke tak pakaian itu. Okay ke tidak pakaian ini. Sebab nak pakai secara harian dan boleh bergaya. Wardrobe pakaian kami sekeluarga simple dan minimalis aje. Lagi pula cuaca di Malaysia panas lembab. 


Shopping 11.11 Di Uniqlo Online Store


Uniqlo adalah pilihan Ruby sejak mereka membuka cawangan di Malaysia pada tahun 2010 di Fahrenheit 88. Sejak cawangan itu dibuka, Ruby banyak koleksi pakaian dalam berlengan panjang dari Uniqlo. Ia sesuai untuk wanita Muslims yang menutup aurat. Selesa dan serap peluh! 

Ruby sering pakai ke trip travel dan sebagai inner untuk tshirt berlengan pendek pemberin dari organisasi lawatan. Hitam dan Putih adalah warna wajib, walaupun ia kadang-kadang koleksi Uniqlo Women, AIRSM, Hana Tajima dan HEATTECH. Hehehe. 


Pernah juga Ruby terikut dengan fesyen Hana Tajima. Semua dia pakai, Ruby beli. Cuma itulah, i tak slim macam Hana Tajima. So permainan warna, corak dan saiz koleksi amat memainkan peranan. Perlahan-lahan Ruby mix and match pakaian-pakaian di Uniqlo. 

E-Member Special


Apa yang menarik lagi apabila membeli-belah dalam talian, terdapat bahagia  E-Member Special. 

Ahaaaa murah murah kan? Bagi anda yang tahu kualiti pakaian Uniqlo. Mesti segera dapatkan koleksi seterusnya dengan harga lebih banyak penjimatan. Diskaun RM 20 pada setiap pakaian kegemaran kita, siapa nak bagi?

Tawaran Value Buy


Selain E-Member Special, tawaran Value Buy juga ada penjimatannya. 

Uniqlo Tote Bag Percuma Untuk Setiap Minima Pembelian RM 250



Uniqlo Upcycle Cup Holder Untuk Pembelian Minima RM 250 Di Online Store


Muat Turun Aplikasi Uniqlo Dan Dapat Diskaun RM 15


Muat turun dan daftar aplikasi, anda akan dapat kupon diskaun RM 15. Kemudian masa ulang tahun kelahiran juga dapat kupon diskaun RM 15. Ruby ada dua kupon diskaun Uniqlo. Boleh tebus di dalam talian dan juga di cawangam berdekatan anda. 

Ruby Beli Apa?


Setelah 3 hari membelek aplikasi Uniqlo. Inilah hasilnya. Hehehe. Paling seronok saiz 3XL ada!


Suami:

Anak-anak:

Selamat membeli belah! Masih sempat untuk dapatkan pakaian selesa Uniqlo dengan harga luar biasa terlajak murah. Hehehe. Nanti Ruby kongsikan gift yang Ruby dapat dari Uniqlo. Okay?

9 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Waaah... ruby shopping sakan laa yea... Uniqlo unik

    BalasPadam
  2. Baju uniqlo selesa amat kan..semalam nampak jugak sale ni tapi ntah ler semalam x shopping apa2 pon..kepala pening..

    BalasPadam
  3. saya tak sempat shopping tempoh hari..

    pada masa itu tak terfikir pulak apa mahu beli

    BalasPadam
  4. Kita beli gakk, tapi beli spender getah Uniqlo hahahahaha..best woo pakaii.. grip kat perut..

    BalasPadam
  5. Dua benda yang Rawlins tak berani beli online sebab masalah saiz selalu lari - pakaian dan kasut. Haritu nampak Skechers jual kasut cantik gile 50% kat Shopee, tapi tak beli sebab nak kena try baru yakin.

    BalasPadam
  6. Samalah kita nampaknya suka beli inner dalam kat Uniqlo , akak beli sebab buat sukan. Memang ringan serap peluh dan cepat kering. Memang tengah plan nak beli yang inner kaler putih pulak...

    BalasPadam
  7. lama x shopping kat uniqlo.. menarik pula shopping masa sale...dapat free gift tu yg best

    BalasPadam
  8. uniqlo memang best. ada banyak jugak baju2 yangs aya beli di sana. lepas ni bolehlah beli online je :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال