Oleh kerana itu, Ruby mula mengambil tahu tentang kebaikan, keburukan dan manfaat merokok. Ternyata ia lebih banyak keburukan kerana ia memudaratkan kesihatan dan orang yang tersayang. Jadi, Ruby berharap anda semua menerima pandangan dan kajian Ruby ini dengan hati terbuka ya.
Adakah Anda Tahu Apa Itu Nikotin?
Buku itu diterbitkan untuk mempromosi gaya hidup sihat dbermula dari kalangan kanak-kanak. Ini kerana, pendedahan awal tentang rokok memberi pelajar seperti Ruby tahu isi kandungan dalam sebatang rokok. Ia lebih jelas dan telus. Pada zaman kini, VAPE pula diperkenalkan. Rokok dalam versi e-cigarette. Jenuh juga ingin mendidik perokok dan vaper tegar, akhirnya Ruby hanya menjaga diri sendiri dan keluarga.
Apa Itu Nikotin?
Nikotin ialah bahan larut air dan boleh diekstrak dengan membiarkan hirisan daun tembakau direndam dalam air selama 12 jam. Nikotin juga ialah sejenis sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau. Tahukah anda, bahawa daun tembakau mempunyai kandungan nikotin paling tinggi? Sebanyak 0.6–3.0% daripada berat kering tembakau dianggarkan terdiri daripada nikotin.- Nikotin adalah ketagihan dan berisiko.
- Nikotin, walaupun ketagihan dan berisiko, bukan penyebab utama penyakit yang berkaitan dengan merokok.
- Nikotin bukanlah penyebab utama penyakit berkaitan merokok.
- Nikotin berlaku secara semula jadi pada daun tembakau.
- Nikotin akan menyebabkan kesan farmakologi, termasuk peningkatan kadar jantung dan tekanan darah.
- Selain dari daun tembakau, nikotin juga terdapat pada tanaman seperti kentang dan tomato.
- Nikotin dapat diserap melalui paru-paru, mulut atau kulit.
- Wanita hamil atau menyusu tidak boleh mengambil produk mengandungi nikotin.
- Orang yang menghidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau diabetes tidak boleh mengambil produk mengandungi nikotin.
- Nikotin mencetuskan pembebasan Dopamine
- Kanak-kanak di bawah umur tidak boleh mengambil produk tembakau atau nikotin.
- Asap tembakau, bukan nikotin, adalah penyebab utama penyakit yang berkaitan dengan merokok.
Kesan Nikotin Kepada Diri Sendiri Dan Masyarakat.
Nikotin akan menyebabkan anda ketagihan, di mana setiap batang rokok mengandungi 2 mg nikotin yang disedut. Pada kepekatan rendah, bahan ini bertindak sebagai bahan perangsang, maka kandungannya dalam rokok merupakan salah satu sebab utama rokok digemari dan dijadikan tabiat selain tembakau mentah. Walaupun kandungan nikotin dalam rokok amat sedikit, pengguna masih boleh membentuk kebergantungan fizikal terhadap nikotin.Sejak Kementerian Kesihatan Malaysia bersungguh-sungguh memerangi bahaya merokok, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan. Ketika itu, baru Ruby sedar bahaya selalu bersama dengan perokok. Paling Ruby ingat adalah semasa zaman bekerja dan rajin ke seminar. Waktu paling mudah untuk mendekati panel dan berkenalan dengan sesiapa yang anda ingin kenali adalah ketika sesi berehat.
Ia adalah masa untuk semua peserta dan panel berehat sama ada minum kopi, makan-makan, solat, ke tandas atau merokok. Rata-rata, ramai yang merokok. Jadi, dari situ hubungan sosial bertukar kad nama berlaku. Pada mulanya Ruby join sebab nak berkenalan dengan mereka, mencari pelabur dan sembang berkenaan proposal. Peluang keemasan orang kata.
Jadi, secara automatik. Ruby adalah perokok pasif. Nampak tak? Ruby selalu selsema dan tidak sihat selepas itu. Ia adalah tanda bahawa paru-paru kita tidak boleh menerima asap. Jika teruskan tabiat begini, mungkin akan lebih teruk "lung infection".
Di atas nasihat doktor, Ruby cuba sedaya upaya mengelak asap rokok, kerana yang paling memudaratkan bukan nikotin atau tembakau, tetapi adalah asap rokok yang dibebaskan oleh perokok semasa mereka membakar tembakau atau rokok mereka. Paling risau, apabila kita sakit, dan berjangkit kepada anak-anak pula. Satu keluarga tidak sihat. Sangat membimbangkan.
Rokok VS Vape.
Rokok |
Rokok Cerut |
Rokok Paip |
Shisha |
Vape / E-Cigarette |
Ambil Tahu, Agar Warisan Keturunan Kita Lebih Berilmu.
Ruby: Bagaimana dapat stok rokok?Pelajar: Curi-curi ambil dari ayah punya rokok.
Pelajar: TIDAK
"Maka, si anak memberontak. Lagi dia sedih, lagi dia degil. "