CAWANGAN KEDUA DON DON DONKI DI TROPICANA GARDENS MALL

CAWANGAN KEDUA DON DON DONKI DI TROPICANA GARDENS MALL | Bagaikan berada di Jepun! Pembukaan cawangan DON DON DONKI kedua pada 10 Disember 2021 di Tropicana Gardens Mall. Kedai yang sedang hangat diperkatakan ini telah membuka cawangan kedua di lokasi yang mudah di akses oleh masyarakat di sekitar Petaling Jaya. 

Menyediakan barang-barang keperluan harian dan produk khusus dari Jepun pada masa kini amat memudahkan kita mengubat rindu apabila tidak dapat mengembara ke negara matahari terbit buat masa ini. Kita masih berjaga-jaga dari pandemik. Pilihan lain adalah, jom ke JONETZ by DON DON DONKI.

CAWANGAN KEDUA DON DON DONKI DI TROPICANA GARDENS MALL


CAWANGAN KEDUA DON DON DONKI DI TROPICANA GARDENS MALL


Pan Pacific Retail Management (Malaysia) Sdn Bhd yang beribu pejabat di Malaysia di bawah pimpinan President Satoshi Machida, baru-baru ini melancarkan JONETZ by DON DON DONKI di Tropicana Gardens Mall, sebuah pusat membeli-belah komersial di Selangor berlokasi di tengah-tengah Petaling Jaya pada 10 Disember 2021. 

DON DON DONKI kini turut membuka lebih banyak cawangan di kawasan kepunyaan Pan Pacific seperti di Singapura dan Hong Kong melalui konsep kedai berkhusus untuk jenama dari Jepun.

Jalan-jalan cari makan Jepun ala perjalanan keretapi dengan konsep "Jelajah Jepun dengan penuh gembira". Dengan tema "Jalan-jalan cari makan Jepun" yang enak, kedai ini menyediakan hidangan enak popular yang datang dari pelbagai tempat di Jepun seperti Takoyaki dari Osaka dan Ikayaki (sotong bakar) dari Hokkaido. 

CAWANGAN KEDUA DON DON DONKI DI TROPICANA GARDENS MALL

Gerai-gerai makan yang dikenali sebagai Yatai ini direka berinspirasikan stesen keretapi. Ini bertujuan memberikan seakan-akan pelanggan mengembara dengan keretapi ke serata Jepun. Sebanyak 170 tempat duduk untuk tempat makan disediakan untuk pelanggan duduk sebaik membeli makanan. Terdapat juga kedai tambahan seperti Marion's Crepes untuk pelanggan singgah berehat semasa membeli-belah.

CAWANGAN KEDUA DON DON DONKI DI TROPICANA GARDENS MALL

"Concierge" khas untuk buah-buahan dan sayur-sayuran segar bermusim dipanggil sudut "Furu Furu”. Pada peringkat awal, jenama ini memperkenalkan sudut jualan buah-buahan "Furu Furu" pada pertama kalinya di DON DON DONKI Singapura yang menerima sambutan baik daripada para pelanggan. Kini, JONETZ by DON DON DONKI di Tropicana Gardens Mall, Furu Furu diperkenalkan sebagai salah satu tawaran di dalamnya. 

Sudut Furu Furu menampilkan tawaran yang segar-segar belaka seperti strawberi dari Fukuoka dan Saga, dan concierge buah-buahan yang profesional akan terus membawa masuk buah-buahan segar bermusim dari Jepun.

Terdapat juga pelbagai pilihan popular daging lembu Wagyu Jepun! Kedai yang berkhusus dengan pelbagai pilihan produk daging lembu. Kedai ini berkhusus dengan produk daging lembu agar para pelanggan Muslim boleh membeli tanpa was-was. Terdapat pelbagai pilihan daging lembu Wagyu, seperti daging Omi berkualiti tinggi dan daging Hida yang diproses di rumah sembelihan bertaraf halal.

CAWANGAN KEDUA DON DON DONKI DI TROPICANA GARDENS MALL

Alami tarikan dan kualiti premium produk kosmetik Jepun! "Cosme DONKI" sebuah sudut produk kosmetik yang turut ditawarkan. Pelbagai pilihan produk kosmetik Jepun kini terdapat di concierge khusus bersama produk-produk kecantikan dan kesihatan menarik dengan pelbagai cara untuk menggunakan dan menikmati kelebihan produk-produk ini.

Promosi Pembukaan Besar-Besaran


Bersempena dengan pelancaran cawangan baharu ini, para pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi dalam kedai, tawaran eksklusif untuk ahli dan cenderamata dengan pembelian dibuat dari 10 hingga 12 Disember 2021.

Pembeli akan menerima beg jinjing Donpen edisi terhad dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM200, nikmati rebat RM15 di Grabpay dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM150 dan baucar hadiah RM20 untuk Ahli Kad UOB Bank yang membelanjakan RM300 dan ke atas.

Para pelanggan digalakkan untuk memuat turun dan mendaftar keahlian yang percuma melalui aplikasi mudah alih DONKI yang membolehkan mereka menerima mata dMiles, kejutan hari jadi, menebus kupon eksklusif dan pelbagai lagi manfaat lain. JONETZ by DON DON DONKI juga turut menjalankan jualan akhir tahun pada 12.12 melalui Shopee dengan diskaun dan baucar istimewa untuk direbut.

Satoshi Machida, President, Pan Pacific Retail Management (Malaysia) berkata "Kami telah menerima banyak sokongan dan maklum balas yang positif semenjak outlet pertama kami dilancarkan di Lot 10 dan harapnya tambahan terkini di Tropicana Gardens Mall akan terus-menerus buat pelanggan kami teruja dan memenuhi kehendak mereka. 

Melalui pelbagai produk yang ditawarkan, kami berharap untuk memberi pelanggan kami pengalaman membeli-belah Jepun yang membuatkan mereka seolah-olah berada sendiri di sana. Kami berharap mereka akan menganggap DON DON DONKI sebagai sebahagian daripada Jepun yang wujud di Malaysia.”

Di masa akan datang, PPIH Group akan terus mencipta saluran pengedaran baharu untuk terus bersaing di tahap antarabangsa, terus-menerus mempromosikan pembangunan kedai di Malaysia dan aktif memperkembangkan produk pertanian, ternakan dan marin untuk meningkatkan kesedaran dan penggunaan produk Jepun di luar Jepun.

Maklumat  JONETZ by DON DON DONKI Tropicana Gardens Mall


Waktu perniagaan : 10:00pg ~ 12:00mlm
Alamat : CC-26, 27, 28 and G-20,20A,21, Concourse and Ground Floor, Tropicana Gardens Mall, No. 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Pengangkutan : Bersambung terus kepada stesen “Surian” MRT Sungai Buloh–Kajang Line
Tarikh pembukaan : 10:00pg pada 10 Disember 2021 (Jumaat) (waktu Malaysia)
Kawasan lantai jualan : 2,010m 2
Struktur bangunan : 5 tingkat bawah tanah dan 6 tingkat di atas tanah. (Fasiliti perniagaan kami di Tingkat 1 dan 2)
Produk : Makanan, makanan segar (buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan segar, daging lembu, hidangan sampingan), produk kosmetik, barangan lain, dsb.
Ruang parkir : 916 kenderaan (fasiliti berkongsi)

“JONETZ by DON DON DONKI”


“JONETZ oleh DON DON DONKI” ialah konsep perniagaan dengan tarikan baharu yang ditambah kepada DON DON DONKI dalam perkembangan perniagaanya di Asia. Kedai ini adalah kedai khusus dengan "JONETZ (Nilai Semangat)" yang berfokus pada Produk Jepun yang dipilih oleh DON DON DONKI dengan penuh semangat dan jenama asal kami JONETZ. Di Malaysia, kedai pertama “JONETZ by DON DON DONKI Lot 10” telah dibuka di Kuala Lumpur pada 19 Mac 2021.

Usaha Meluaskan Pasaran Luar Negara Bagi Produk Pertanian, Ternakan Dan Marin Jepun


Pada Oktober 2020, PPIH Group telah menubuhkan Pan Pacific International Club (PPIC), sebuah organisasi kerjasama antara pengeluar dan PPIH Group untuk mengembangkan eksport produk pertanian, ternakan dan marin Jepun. Pada masa ini, PPIC mempunyai kira-kira 300 pengeluar dan organisasi berkaitan. Ahli PPIC akan dapat membuat rundingan perniagaan biasa dan kontrak transaksi terus dengan PPIH Group, yang akan menjurus kepada destinasi penghantaran yang stabil dan menjangkakan harga penghantaran yang stabil yang tidak akan terjejas oleh pasaran atau persekitaran.

Bilangan Kedai Luar Negara PPIH Group


(Sehingga 1 Disember 2021) 65 kedai di AS, 11 kedai di Singapura, 3 kedai di Thailand, 8 kedai di Hong Kong, 1 kedai di Taiwan, 1 kedai di Malaysia dan 1 kedai di Macau. (Rangkaian kedai PPIH Group: https://ppih.co.jp/search/)

1 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. wah bolehlah berangan mcm berada di jepun! saya tak pernah ke don don donki ni lagi!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال