HOHM PAVILION BUKIT JALIL LUAS DAN SELESA! LEBIH 10,000 IDEA DEKORASI KEDIAMAN ANDA | Assalammualaikum semua! Pertama kali pergi ke HOHM sudah terkesima dengan barang-barang yang mereka paparkan dari pelbagai jenama. Lebih 10,000 produk ada di sini. Berkeluasan 58,000 kaki persegi, ia merangkumi produk set pinggan mangkuk, barang keperluan dapur, set katil, cadar, comforter, bantal, hiasan rumah, barangan elektrik, set sofa, tanaman dan macam-macam lagi.
HOHM PAVILION BUKIT JALIL LUAS DAN SELESA! LEBIH 10,000 IDEA DEKORASI KEDIAMAN ANDA
Definisi luas dan selesa hanya ibu bapa bersama anak kecil amat menghargainya. Hahaha. Seperti Ruby, membawa Adam dan Alif seharusnya mencari pusat membeli-belah yang bersesuaian. Kebiasaannya jika membeli barangan keperluan rumah, Ruby tidak akan bawa anak-anak.
Namun, berbeza di HOHM Pavilion Bukit Jalil. Ia luas dan ada penjarakan fizikal di antara produk. Laluan yang mereka plan juga bersesuaian dengan troli HOHM dan bag bahu HOHM yang kita pakai. Kemudian ditambah dengan anak Ruby yang lasak dan suka berlari. Ruby dah seperti coach menacari anak murid yang hilang entah kemana. Tetapi di HOHM tempat anak Ruby berulang-kali ke kawasan katil dan tilam.
Ibu...
Comforter ni selesa...
Katil ni pun best..
HOHM - Kedai Konsep Keperluan Rumah Terbesar di Malaysia. Ia besar pada kemampuan, pilihan dan kualiti adalah konsep baharu oleh HOHM. Pencinta rumah akan terpikat dan kagum dengan barangan yang pelbagai dan terunggul yang telah disusun rapi dari dalam dan luar negara oleh sekumpulan ID profesional yang dinamik.
HOHM terdiri daripada rangkaian produk dalam dan luar negara. Pelbagai jenama tersedia untuk anda. Dari permulaan pintu masuk, anda akan dapat lihat set pinggan, mangkuk, teko dan cawan. Kemudian anda akan dapat lihat pameran katil, tilam dan bantal. Suasana sangat menenangkan. Dari jauh kita boleh faham konsep HOHM yang ingin memudahkan pengunjung mencuci mata atau terus ke bahagian yang diinginkan.
Hanya satu tingkat sahaja sudah memenuhi ruang untuk pengalaman membeli-belah yang selesa.Menyelusuri bahagian dekorasi rumah pula memberi inspirasi indah dari barang-barang kecil seperti kotak barang kemas, jam meja, lilin wangi dan ruang storan simpanan yang mudah.
Di HOHM produk terdiri dari pelbagai bentuk dan warna, anda boleh suai padan mengikut tema kediaman, dapur atau bilik anda. Menghias rumah adalah kegemaran Ruby, cuma Ruby suka minimalist punya konsep. Kabinet mesti ada kaki, agar mudah untuk Ruby vakum atau mengemop. Hehehe.
70% DISKAUN UNTUK CHESTER LONDON SUPER SINGLE COMFORTER
Kalau masuk HOHM, agak pelik jika keluar tanpa membeli apa-apa. Boleh dikatakan, ia syurga buat ibu ibu. Hahaha. Kalau ayah ayah masuk, memang boleh tangan kosong tu.
Namun, inilah hari yang Ruby nantikan. Nak beli set comforter yang berkualiti untuk anak-anak. Selama hari ini, mereka hanya recycle apa yang ada di rumah.
Bayangkan, Adam dan Alif masih menggunakan selimut Ruby masa zaman bujang. Selimut itu masih elok dan comfortable. Cuma ia sudah nipis. Tapi mereka berdua tetap menyukainya.
Ruby tidak boleh la ambil kesempatan begitu selamanya. Jadi, Ruby dah set budget dan nak cari set cadar, sarung bantal dan comforter mengikut saiz katil mereka. Saiz Super Single ni susah juga nak cari cadar. Alhamdulillah kami jumpa CHESTER L.O.N.D.O.N.
Ia juga saranan dari jurujual HOHM untuk mendapatkan set yang 100% dari cotton. CHESTER L.O.N.D.O.N. ni tahan lama dan gebu.
PROMOSI BOXING DAY SALE
Promosi HOHM Boxing Day dan Jualan Akhir Tahun sedang berlangsung dari 26 Disember 2021 - 2 Jan 2022 dengan promosi sehingga 80% diskaun.GIVEAWAY #NOPLACELIKEHOHM
Anda berpeluang memenangi baucar HOHM bernilai RM100 dengan hanya LIKE, FOLLOW & SHARE. Best giler!! Giveaway berlangsung dari 24 Disember sehingga 31 Disember 2021. Untuk menyertai lawati https://bit.ly/NoPlaceLikeHOHM
MENGENAI HOHM
HOHM - Kedai Konsep Keperluan Rumah Terbesar di Malaysia. Ia besar pada kemampuan, pilihan dan kualiti adalah konsep baharu oleh HOHM. Pencinta rumah akan terpikat dan kagum dengan barangan yang pelbagai dan terunggul yang telah disusun rapi dari dalam dan luar negara oleh sekumpulan ID profesional yang dinamik.
Para ID profesional ini telah mengumpulkan sumber ini untuk mencipta semula konsep gaya hidup "fesyen rumah" yang mampu milik. Dengan komitmen untuk memilih produk berkualiti tinggi, unik dan mampu milik, terdapat lebih daripada 10,000 sebab untuk melawat HOHM dengan lebih 10,000 produk untuk kekal di "HOHM"
Lokasi:
HOHM Malaysia, Level 4 @ Pavilion Bukit Jalil
L4.30.01, L4.30.02 & L4.82.00
Isnin-Ahad : 10AM - 10PM
Lokasi:
HOHM Malaysia, Level 4 @ Pavilion Bukit Jalil
L4.30.01, L4.30.02 & L4.82.00
Pavilion Bukit Jalil Shopping Centre,
Pusat Bandar, 2, Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Waktu Operasi:
Isnin-Ahad : 10AM - 10PM
Tags
Rumah
Great Post!!! I really like your thoughts. You are one of the creative bloggers. I am waiting for your upcoming post… please post soon. keep sharing, your positivity is infectious.Annapurna Base camp Trek
BalasPadam