
© 2020 "One Summer Story" Film Partners ©Rettou Tajima/KODANSHA | One Summer Story (子供はわかってあげない) d. OKITA Shuichi 沖田 修一 / 2020 / 139 min / Drama, Muda / P13 Sakuta Minami ialah pelajar tingkatan dua yang mewakili sekolahnya dalam sukan renang. Semasa berlatih gaya kuak lentang pada satu hari, dia melihat sekeping gambar “Koteko”, iaitu seorang protagonis siri anime TV kultus, "Buffalo Koteko is the Magical Plasterer". Dia meminati siri ini setelah dipengaruhi oleh rakan setingkatannya Moji Shohei, yang juga anak bongsu seorang pengajar kaligrafi serta peminat siri terbabit. Satu hari semasa percutian musim panas, Sakuta secara tidak langsung memulakan perjalanan mencari bapanya dengan diikuti oleh Shohei.
|

© 2020 "STEP" Film Partners | STEP (ステップ) d. IIZUKA Ken 飯塚 健 / 2020 / 119 min / Drama, Keluarga / U Takeda Kenichi, duda berusia 30 tahun kehilangan isterinya Tomoko yang meninggal dunia pada usia muda. Beliau mengambil keputusan untuk membesarkan sendiri anak perempuan mereka yang berusia 2 tahun, Miki. Mempercayai bahawa roh Tomoko masih bersama mereka di rumah itu selain sokongan baik daripada masyarakat sekeliling, Kenichi berdepan pelbagai masalah dan halangan dalam mengharungi kehidupan mereka.
|

© 2019 ‘TALKING THE PICTURES’ PRODUCTION COMMITTEE | Talking the Pictures (カツベン!) d. SUO Masayuki 周防 正行 / 2019 / 127 min / Drama, Komedi / P13 Sometani Shuntaro ialah seorang lelaki muda yang bercita-cita untuk menjadi seorang benshi (penghibur yang menyediakan naratif kepada filem senyap). 10 tahun kemudian, Shuntaro bekerja sebagai benshi palsu untuk sekumpulan gerakan perompak. Apabila ketua mereka ditangkap, Shuntaro melarikan diri dan berlindung di sebuah teater wilayah, Aokikan. Di sana, beliau memahirkan diri sebagai benshi tetapi peningkatan cepatnya menjadi saingan kepada benshi yang lain. Dia juga bertemu dengan buah hati zaman kanak-kanaknya sekali lagi tetapi sekali lagi terpaksa melarikan diri…
|

©2019 “THE FABLE” Film Partners | THE FABLE (ザ・ファブル) d. EGUCHI Kan / 江口 カン / 2019 / 123 min / Aksi / 18 Seperti namanya, The Fable ialah seorang pembunuh upahan hebat yang menggegarkan dunia gelap. Dia mendapat arahan daripada ketuanya untuk hidup sebagai orang biasa selama setahun. Dia hidup secara rahsia dengan diberi nama "Sato Akira" dengan rakannya "Yoko" memulakan kehidupan baharu sebagai adik-beradik biasa, bekerja separuh masa serta memelihara burung kakak tua. Dia mula menikmati kehidupan biasa ini tetapi masalah mula mendatanginya. The Fable harus kekal hidup dalam apa jua situasi tanpa membunuh sesiapa pun. Mampukan dia memperolehi semula kehidupan tenteram seperti sebelum ini? |

©2020 "We Make Antiques! Kyoto Rendezvous" Film Partners
| We Make Antiques! Kyoto Rendezvous (嘘八百 京町ロワイヤル) d. TAKE Masaharu 武 正晴 / 2020 / 107 min / Komedi, Drama / U Mereka menyukai barangan antik. Mereka sangat cekap dengan hati mereka tetap di tempat yang sepatutnya. Koike Norio, pengedar antik, dan Noda Sasuke, pembuat tembikar, bertemu semula di Kyoto atas sebab tertentu. Duo antik ini amat terpesona dengan seorang wanita berkimono yang bernasib malang akibat ditipu tentang barangan peninggalan bapanya. Dalam usaha membantu si cantik ini, mereka berdua merangka pelan penipuan untuk kembali sekali lagi terhadap pengedar barangan antik yang berpengaruh.
|

© 2021 It’s a Summer Film! Film Partners | It’s a Summer Film! (サマーフィルムにのって) d. MATSUMOTO Soushi松本 荘史 / 2021 / 98 minutes / Muda / P13 Barefoot ialah seorang pelajar perempuan sekolah tinggi yang menyukai filem samurai dan drama kostum Jepun. Di sekolah, dia tidak dapat membuat filem samurai kerana semua ahli kelab filem menggemari drama niversi. Satu hari, Barefoot bertemu Rintaro, seorang nive ideal untuk watak utama filem samurai yang ditulisnya. Bersama dua rakan baiknya Kickboard dan Blue Hawaii, dia memujuk Rintaro untuk membintangi filem tersebut. Akan tetapi, semasa penggambaran Barefoot mendapati bahawa Rintaro ialah seorang pengembara masa dari masa depan!
|

©2020 MIO’S COOKBOOK Production Committee
| MIO’S COOKBOOK (みをつくし料理帖) d. KADOKAWA Haruki角川 春樹 / 2020 / 132 min / Drama Period, Komedi / P13 Sebuah kisah menarik tentang persahabatan utuh dan perkembangan hidup seorang jurumasak wanita yang nivers mengatasi kesengsaraan hidup dengan mengorak takdir kehidupannya sendiri melalui dedikasinya terhadap kemahiran yang dimilikinya. |

©2020 “MASKED WARD” Film Partners | MASKED WARD (仮面病棟) d. KIMURA Hisashi木村 ひさし / 2021 / 115 min / Thriller / P13 HAYAMI Shugo ialah seorang niver di sebuah hospital kejururawatan yang dahulunya merupakan sebuah hospital psikitiari. Pada satu malam semasa Hayami bertugas, seorang lelaki yang memakai topeng pierrot memecah masuk ke dalam hospital nivers KAWASAKI Hitomi, seorang pelajar niversity yang ditembak oleh lelaki bertopeng tersebut. Lelaki tersebut mengarahkan Hayami untuk merawat Kawasaki, serta menjadikan 64 orang di dalam hospital sebagai tebusan. Hayami dan Kawasaki cuba untuk melarikan diri daripada hospital tersebut dan menemui satu persatu kes misteri di sepanjang jalan.
|

©2021 “Liar x Liar” Film Partners ©berdasarkan komik “Liar x Liar” karya Renjuro Kindaichi yang muncul secara siri dalam majalah “dessert” terbitan KODANSHA LTD. | Liar x Liar (ライアー×ライアー) d. YAKUMO Saiji耶雲 哉治 / 2021 / 117 min / Cinta, Muda / P13 Minato ialah seorang pelajar niversity dan sangat takut kepada kuman. Dia juga tidak ingin untuk kelihatan cantik dan duduk serumah dengan abang tirinya, Toru yang kacak dan kaki perempuan. Minato berasa tidak selesa dengan perangai Toru terhadap wanita. Mereka berdua sepakat iaitu Toru tidak akan mendekati Minato dalam lingkungan 2 meter apabila mereka berada di luar rumah. Satu hari, Minato memakai mekap dan pakaian seragam sekolah milik rakannya. Secara kebetulan, dia bertemu Toru dan menipunya tentang identitinya. Toru jatuh cinta padanya pada pandangan pertama. |

© Akihiro Nishino / “Poupelle of Chimney Town” Production Committee | Poupelle of Chimney Town (映画えんとつ町のプペル) d. HIROTA Yusuke 廣田 裕介 / 2020 / 100 min / Animasi / P13 Poupelle of Chimney Town ialah sebuah kisah mendebarkan tentang Lubicchi yang muda dan seorang lelaki buatan sampah, Poupelle. Hidup dalam persekitaran yang tersekat dengan asap daripada serombong di bandar pinggiran ini, Lubicchi teringin untuk melihat “bintang” — untuk mengetahui perkara sebenar — seperti yang selalu diberitahu oleh bapanya. Filem yang digarap indah ini dipenuhi dengan persembahan penuh inspirasi serta keasyikan muzik dan runut bunyi yang dihasilkan oleh studio terkemuka di Jepun, Studio 4ºC. |

©2021 "The Night Beyond The Tricornered Window" Film Partners
| The Night Beyond The Tricornered Window (さんかく窓の外側は夜) d. MIROGAKI Yukihiro森ガキ 侑大 / 2021 / 103 min / Mistik, Thriller / 18 Sejak kecil, MIKADO Kosuke boleh melihat hantu dan sukar menjalani kehidupan akibat keupayaannya itu. Bekerja di sebuah kedai buku, satu hari, HIYAKAWA Rihito datang ke tempat kerja MIKADO dan memberitahunya bahawa jika dia bersama dengan HIYAKAWA, dia tidak akan lagi hidup dalam ketakutan. Hiyakawa sebenarnya ialah seorang penghalau hantu. Mikado mengambil keputusan untuk menjalani proses menghalau hantu oleh Hiyakawa. Mereka kemudian menerima permintaan daripada seorang detektif tentang satu kes pembunuhan bersiri. Semasa menyiasat kes ini, Hiyakawa dan Mikado menemui satu mayat yang telah disumpah. Filem ini adalah berdasarkan komik “Sankaku: Mado no Sotogawawa Yoru” oleh Tomoko Yamashita. |

©2021 “MoonlightShadow” Production Committee | Moonlight Shadow (ムーンライト・シャドウ) d. Edmund Yeo エドムンド・ヨウ / 2021 / 93 min / Drama, Cinta/ P13 Cerita "Moonlight Shadow" oleh Banana Yoshimoto, yang telah diterjemah ke lebih 30 negara di seluruh dunia kini difilemkan oleh pengarah dari Malaysia, Edmund Yeo. Filem ini mengisahkan seorang wanita yang kehilangan orang yang disayangi sedang mengatasi kesedihannya dan mengorak langkah ke masa depan. Dalam perjalanannya, dia mempelajari dengan fenomena misteri yang mungkin membuka semula matanya untuk melihat golongan yang mati sekali lagi. |

©2020 Theatre: A Love Story Film Partners | Theatre: A Love Story (劇場) d. YUKISADA Isao 行定 勲 / 2020 / 136 min / Drama, Cinta/ P13 Filem ini menceritakan tentang Nagata, pengarah teater yang ketinggalan dan cemerkap, dengan pasangannya Saki yang berani tetapi amat mencintainya. Hubungan romantik mereka bermula apabila Nagata bercakap dengan Saki dan mendapati bahawa mereka memakai kasut sukan yang sama. Saki bercita-cita untuk menjadi seorang aktres, berpindah ke Tokyo dan memulakan pengajian ijazah dalam bidang fesyen. Nagata tidak memiliki wang dan mengambil keputusan untuk duduk bersama Saki. Walaupun saling mencintai, Nagata sangat bertekad terhadap teater bagi mengisi ruang antara pemikiran ideal dan realitinya yang mengakibatkan Saki menjadi kesunyian.
|
Catat Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.