JAPANESE FILM FESTIVAL 2021 | Assalammualaikum semua! Bila kali terakhir kita menonton filem Jepun di Panggung Wayang GSC? Untuk Ruby, sekitar tahun 2018. Cepat sungguh masa berlalu. Untuk mengubat kerinduan anda semua, jom kita meriahkan Japanese Film Festival 2021. Terdapat 13 filem untuk anda tonton dan di 7 cawangan GSC Cinemas.
Peluang untuk menonton tayangan filem Jepun terkini untuk penggemar filem. Masanya sudah tiba untuk mengetengahkan musim filem Jepun bersama The Japan Foundation! Japanese Film Festival (JFF) yang amat ditunggu-tunggu kini kembali setelah menyepi selama setahun, dan terus memberikan yang terbaik dalam perfileman Jepun kepada penggemar filem di beberapa pawagam Golden Screen Cinemas yang terpilih di seluruh negara, mulai 6 hingga 23 Januari 2022.
Menampilkan filem-filem baharu dan tersohor Jepun daripada pelbagai genre, tayangan filem pada tahun ini pastinya memuaskan hati penggemar filem yang merindui ketiadaan JFF 2020, selain mengalu-alukan penggemar baharu untuk alami sendiri keunikan perfileman Jepun. Ekoran pandemik COVID-19, JFF 2021 akan dilangsungkan pada Januari 2022 daripada tarikh asal iaitu September 2021.
Pilihan 13 filem Jepun yang menampilkan genre keluarga, drama, animasi hinggalah komedi akan menambat hati dan minda penonton dari segenap umur. Sambutan selama sebulan ini akan menampilkan empat (4) filem yang ditayangkan pada 2021 seperti “It’s a Summer Film!” arahan MATSUMOTO Soushi, “Liar x Liar” arahan YAKUMO Saiji, thriller “The Night Beyond The Tricornered Window” oleh MIROGAKI Yukihiro, dan “Moonlight Shadow” yang diarahkan oleh pengarah filem dari Malaysia, Edmund Yeo.
Semua filem yang dipersembahkan adalah dalam Bahasa Jepun dengan sarikata berbahasa Inggeris. Di samping itu, pengunjung festival boleh menebus hadiah eksklusif dengan mendapatkan setem daripada mana-mana tayangan filem di festival. Ini antara keseronokan yang boleh pengunjung nikmati semasa festival ini.
*Semua filem ditayangakan dalam Bahasa Jepun dengan sarikata berbahasa Inggeris.
**Berikutan situasi semasa, JFF 2021 mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tayangannya di Malaysia.
JAPANESE FILM FESTIVAL 2021

PROGRAM 2021
Mengenai The Japan Foundation, Kuala Lumpur
The Japan Foundation ialah satu-satunya institusi Jepun yang khusus membawakan program-program pertukaran budaya antarabangsa yang komprehensif di seluruh dunia. Dengan objektif memberi kefahaman mendalam antara rakyat Jepun dan dunia, The Japan Foundation mewujudkan peluang global untuk menggalakkan persahabatan, kepercayaan, dan kefahaman bersama melalui budaya, bahasa dan dialog. The Japan Foundation, Kuala Lumpur (JFKL) telah ditubuhkan pada Oktober 1989 sebagai sebuah cawangan The Japan Foundation di Malaysia.
Tags
Hiburan