KERIANGAN KRISMAS MENYERIKAN SURIA KLCC, ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL | Assalammualaikum semua! Bermula dari sekarang hingga 26 Disember 2021, Suria KLCC Mall telah mewarnai ruang legar Centre Court dengan dekorasi sambutan perayaan Hari Christmas. Ia adalah berkonsep The Polar Express.
Pusat membeli-belah kegemaran kami sekeluarga ini sentiasa kreatif pada setiap musim perayaan. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mengambil gambar dan beriadah bersama seisi keluarga. Setelah hampir dua tahun kita duduk di rumah, manfaatkan kenangan anda dengan mengamalkan SOP dan sentiasa menjaga diri.
Pihak Suria KLCC telah melakukan yang terbaik dalam menjaga keselesaan pengunjung, di bahagian centre court, hanya 30 orang sahaja dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. New norma, anda harus ambil tahu dan segera laksanakan aktiviti yang anda ingin lakukan dalam keadaan segera. Beri peluang kepada pengunjung lain. Okay?
KERIANGAN KRISMAS MENYERIKAN SURIA KLCC, ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL
Pengalaman penuh keajaiban menambah keriangan Krismas ini – ganjaran bernilai lebih setengah juta ringgit melalui ‘Christmas Shoppers Rewards’. Suria KLCC, sekali lagi mengalu-alukan kedatangan Krismas dengan tersergamnya pokok Krismas tertinggi di Malaysia disamping pelbagai ganjaran bernilai lebih setengah juta ringgit untuk para pembeli untuk mengakhiri tahun ini dengan lebih baik.
Program ‘Christmas Shoppers Rewards’ atau ‘Ganjaran Pembelian Krismas’ memberi peluang pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam satu resit dari mana-mana kedai khusus untuk memenangi baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM5,000.
Sejumlah 76 pemenang bertuah akan dipilih dari sekarang hingga 26 Disember. Pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1,500 dalam dua resit pula akan terus menerima baucar membeli-belah bernilai RM100, selagi stok masih ada.
Pengunjung boleh membeli-belah dalam keadaan yang tenang dan selamat sambil ahli keluarga yang lain menikmati keindahan dekorasi di Centre Court yang mempamerkan seolah-seolah alam penuh keajaiban yang diilhamkan dari ‘The Polar Express’.
Di sini, seisi keluarga boleh melihat stesen keretapi klasik bersama replika keretapi bersaiz sebenar sambil bergambar berlatarbelakangkan keunikannya yang boleh diabadikan dalam Instagram masing-masing.
Mereka juga boleh memuat turun AR filter tema Krismas Suria KLCC termasuklah latarbelakang Stesen Keretapi Suria KLCC ‘Polar Express’ beserta tompokkan salji dan kesan-kesan lain yang menarik.
Ahli keluarga yang ingin mencuba menaiki keretapi eksklusif pula, boleh ke Aras 1 Ramlee Mall di mana kawasan tersebut telah diubahsuai kepada sebuah stesen keretapi mini yang boleh dinaiki kanak-kanak dengan harga tiket sebanyak RM8.
Setiap RM1 daripada cas yang dikenakan akan disumbangkan kepada pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami.
Anda juga berpeluang untuk bertemu dengan Santa dan pembantunya yang akan membuat kemunculan di Kotej Santa pada hujung minggu dan hari Krismas untuk bergambar bersama pengunjung. Santa Claus & Mrs. Claus Meet & Greet berlangsung pada hari Sabtu, Ahad & Hari Krismas di Centre Court.
Banyak lagi tarikan untuk bergambar dengan adanya pancaran cahaya umpama aurora yang mempersonakan di kawasan pintu masuk Park Mall.
Setiap kali terdapat pergerakan berhampiran punca pengcahayaan, warna lembut pastel akan dipancarkan seindah aurora yang mampu menghasilkan kesan yang menarik pada foto yang diambil.
Terdapat juga aktiviti interaktif di beberapa lokasi terutama di Stesen Keretapi Polar Ekspress di Centre Court yang akan bercahaya dan mengeluarkan bunyi wisel seperti sebuah keretapi tradisional sebenar yang juga menghasilkan kepulan asap yang mampu mengimbau pengalaman bagaimana keretapi berfungsi pada zaman dahulu.
Di perkarangan pusat membeli belah ini terdapat pokok Krismas pertinggian 100 kaki yang merupakan tertinggi di Malaysia tersergam di Esplanade menanti kedatangan pengunjung. Bukan sahaja penuh dengan dekorasi yang mengujakan, ianya juga menampilkan keretapi wap di sampingnya.
Keretapi ini adalah satu lagi tarikan Polar Ekspress yang boleh diabadikan di dalam Instagram ketika pengunjung menikmati suasana sekitar Esplanade, yang disulami dengan pancutan air berirama di Taman KLCC.
Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat KLCC, Andrew Brien, “Kumpulan Syarikat Suria KLCC telah bersedia untuk Krismas. Tahun ini kami akan kembalikan kemeriahan dan keterujaan kepada pelanggan dengan sambutan penuh tradisi ini. Suria KLCC ialah sebuah tempat di mana pengunjung samada pasangan, kawan-kawan, keluarga dan ‘reunion’ yang mampu menceriakansemua.”“Persediaan untuk sambutan Krismas merupakan masa yang dinantikan setiap tahun di Suria KLCC, dengan situasi kelihatan lebih baik untuk tahun ini. Sudah tentu kami sangat teruja melihat pengunjung yang tidak putus-putus menikmati keindahan lampu-lampu dan dekorasi yang telah kami sediakan untuk mereka.”“Di musim perayaan ini, marilah kita bersama mengamalkan penjarakan selamat dan sentiasa memakai pelitup muka memandangkan pandemik ini masih belum tamat. Yakinlah bahawa Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard untuk memastikan keselamatan semua.”
ALAMANDA PUTRAJAYA
Pengunjung di Alamanda Putrajaya akan di sajikan dengan ganjaran istimewa dari 27 November hingga 26 Disember sebagai sebahagian daripada program penebusan Krismas. Setiap hari hingga 26 Disember, berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam tidak lebih daripada 2 resit dari kedai khusus untuk menerima bekas seramik edisi terhad.
Para ibubapa dengan keahlian VIKids juga akan menerima satu pas percuma untuk menaiki keretapi Polar Ekspress untuk seluruh keluarga sekiranya mereka berbelanja RM500 dan ke atas. Terdapat 800 pas percuma untuk diberikan di Centre Court sepanjang tempoh kempen kepada yang layak.
Kepada mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1,500 dalam tidak lebih daripada 2 resit akan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan baucar membeli belah Alamanda bernilai RM300, di samping menerima bekas seramik edisi terhad yang sama. Ahli VIKids juga akan menerima keistimewaan yang sama seperti yang telah dinyatakan.
Pembeli di Alamanda bukan sahaja akan dapat menikmati dekorasi yang bertemakan Polar Ekspress, mereka juga boleh menikmati pelbagai hiburan yang disajikan. Ini termasuklah persembahan klasik yang akan diadakan di Centre Court, dari pertunjukan silap mata, tarian bertemakan Krismas, persembahan Jazz hinggalah kemunculan Santa Claus pada hari Krismas.
MESRA MALL
Di Mesra Mall, Centre Court akan dihiasi dengan keindahan warna-warni sempena Krismas dari 1 hingga 25 Disember dimana kempen penebusan untuk pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM250 dalam 2 resit dari mana-mana kedai khusus. Pembeli berhak menebus sebuah balang eksklusif serta merta.
Bagi mereka yang berbelanja pada mana-mana hari Ahad dalam waktu kempen
akan menerima ganjaran tambahan dimana, 50 pembeli pertama yang memenuhi syarat pembelian
pada hari tersebut akan membawa pulang baucar membeli belah bernilai RM20.
Pada hari Krismas, Santa Clause akan membawa keceriaan kepada kanak-kanak dengan layananistimewa. ‘Secret Santa’ juga akan memberikan kejutan kepada pembeli bertuah dengan baucar F&B bernilai RM10 pada pukul 2 petang hari yang sama yang boleh ditebus di Baskin Robbins / Secret Recipe / Boost Juice.
Tags
Berita