MUHAMMAD SHAUQI DANIAL JUARA THE AUDITION 2021 ARMANI ENTERTAINMENT GROUP

MUHAMMAD SHAUQI DANIAL JUARA THE AUDITION 2021 ARMANI ENTERTAINMENT GROUP | Assalammualaikum semua! Masih ingat lagi uji bakat The Audition 2021? Pada 19 Disember 2021 telah berlangsung acara finale! Seramai 27 peserta telah terpilih untuk memasuki pusingan akhir. 

Para peserta terdiri daripada penyanyi dan pelakon yang berbakat besar. Ada yang boleh berlakon serius dan komedi. Ada yang boleh menyanyi sambil menari. Pasti sukar untuk para juri memilih juara!

Baca di sini >> Uji Bakat The Audition 2021 Bermula!

Juri di The Audition 2021 Finale terdiri daripada Cikgu Vokal Sarah Ismail, Amira Othman, Datuk KK Chua dan Michael Ang. AEG juga melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik. 

MUHAMMAD SHAUQI DANIAL JUARA THE AUDITION 2021


MUHAMMAD SHAUQI DANIAL JUARA THE AUDITION 2021 ARMANI ENTERTAINMENT GROUP

Pencarian bakat baru untuk pertandingan The Audition 2021 sudah pun berakhir dan seramai  20 peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan ini yang diadakan di Atrium, The Strand Mall, hari ini. The Auditon 2021 adalah pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG). Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak komedi.




Uji bakat The  Audition  adalah 100 peratus daripada pihak juri. Para peserta hanya melalui beberapa fasa uji bakat sahaja. Pertama, melalui muat naik video berdurasi lebih 1 minit di Instagram masing-masing berserta hashtag wajib. Fasa kedua, anda akan dipanggil ke sesi uji bakat bersama para juri mengikut lokasi berdekatan anda. 

Bermula Oktober lalu, ujibakat secara langsung telah diadakan di Kuala Lumpur diikuti Kuantan (Pahang), Johor Bahru, Kota Kinabalu (Sabah), Kuala Terengganu dan berakhir di Pulau Pinang. 

Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua berkata;

“Sepanjang  tempoh ujibakat itu ternyata Malaysia mempunyai ramai bakat baru dan mereka bersemangat tinggi untuk  menceburi industri hiburan negara.

Mereka semua bercita-cita tinggi, ada misi dan visi untuk menjadi anak seni yang dikagumi ramai. Bagaimanapun mereka masih memerlukan panduan dan bimbingan untuk mengorak langkah yang lebih jauh dalam dunia seni. Untuk menempatkan diri dalam industri tidaklah terlalu sukar namun cabaran yang mereka perlu hadapi adalah persaingan dan menempatkan diri dalam industri untuk jangka masa lama.

Mereka perlu bersedia untuk menghadapi segala rintangan dan tekanan. Oleh itu, AEG bukan saja menyediakan platform untuk mereka mengejar cita-cita menjadi penyanyi atau pelakon yang berjaya tetapi juga akan membimbing mereka untuk berhadapan dengan cabaran sebenar,” katanya kepada media.

GOOD TALENT AND GOOD CHARACTER


Menggunakan tagline ‘Good Talent and Great Character’, dalam pencarian ‘bakal bintang’ ini, AEG bukan saja mencari peserta yang berbakat tetapi juga mempunyai karektor yang bagus.

  • Mereka mesti sentiasa positif, sanggup bekerja keras dan mempunyai disiplin yang tinggi.
  • Mereka mesti ‘memandang’ bidang seni adalah satu kerjaya bukan untuk suka-suka.
  • AEG akan menjadi platform untuk merealisasikan impian mereka menjadi anak seni yang berjaya asalkan mereka sanggup berusaha.
  • Untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru.

JURI THE AUDITION 2021 FINALE

MUHAMMAD SHAUQI DANIAL JUARA THE AUDITION 2021 ARMANI ENTERTAINMENT GROUP

Penerbit dan Pengarah, Michael Ang berkata " Saya terkejut apabila ada peserta daripada awal ujibakat sehingga ke final menunjukkan peningkatan ketara.  Ini kerana mereka mendengar  pendapat kami selaku juri ketika mereka beraksi pada ujibakat. Ramai yang menyanyikan lagu Anuar Zain tetapi mereka mengalunkannya mengikut lenggok mereka sendiri.

Persembahan nyanyian dan lakonan  mereka sangat bagus. Ada dua peserta yang saya lihat kualiti persembahan  mereka banyak ‘improvement’ sehingga mereka layak terpilih untuk peringkat akhir The Audition 2021 dan tidak mustahil jika mereka terus berusaha dan bekerja keras, mereka bakal mencabar pelakon yang ada sekarang. 

Industri memang perlukan ramai bakat baru  dalam bidang lakonan tetapi di Malaysia, orang suka yang tengok pelakon yang ‘elok-elok’ walaupun tidak berbakat. Hendak cari pakej lengkap yang cantik dan tampan serta  berbakat, memang susah.  Penonton ‘tengok’ ikut mata bukan ikut otak.

Kalau ada rupa tetapi tak berbakat, hantarlah ke kelas lakonan Fauziah Nawi atau Ogy Ahmad Daud pun, mereka tak akan mengajar.  Mereka yang cantik ini, ‘self- concious’. Apabila berlakon mahu nampak cantik saja.

Pada pertandingan ini, sebenarnya ramai yang layak menang tetapi tempat untuk  yang terbaik ada tiga sahaja. Jadi selepas berbincang dengan Datuk KK Chua, kemungkinan kami akan menyerapkan mereka yang berbakat ini untuk berada di bawah pengurusan AEG."
  
MUHAMMAD SHAUQI DANIAL JUARA THE AUDITION 2021 ARMANI ENTERTAINMENT GROUP


Ketua Pegawai Eksekutif AEG,  Datuk KK Chua "AEG dengan bantuan Michael Ang berjaya mencungkil ramai bakat baru. Mereka yang berjaya ke final semuanya ada kualiti. Saya lihat bakat muda ini boleh membawa kelainan kepada industri hiburan tempatan. 

AEG menyediakan platform untuk mereka mengembangkan bakat terutama pembangunan dan sahsiah diri untuk berhadapan cabaran termasuk kemahiran berkomunikasi dan berhadapan dengan media. 

Berikutan sambutan yang memberangsangkan daripada seluruh negara, kami akan terus mengadakan pertandingan ini setiap tahun."

PEMENANG THE AUDITION 2021


MUHAMMAD SHAUQI DANIAL JUARA THE AUDITION 2021 ARMANI ENTERTAINMENT GROUP

Juara The Audition 2021, Muhammad Shauqi Danial Ma’Amal Hajri

Saya tak sangka menang kerana saya rasa persiapan hari ini  60 peratus saja. Alhamdulillah, rezeki saya dan sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini.  Saya memilih lagu nyanyian asal, Hafiz Suip berjudul Ku Akui dan masa agak suntuk untuk saya menggubah semula lagu itu tetapi saya nekad mempersembahkan yang terbaik pada peringkat akhir ini. 

Sebelum ini saya hanya pernah  masuk pertandingan karaoke dan Battle of the Band.  Untuk perancangan selepas ini, saya akan ikut apa yang diaturkan AEG dan kemenangan ini diharap dapat merealisasikan impian saya  untuk menjadi penyanyi terkenal. 


MUHAMMAD SHAUQI DANIAL JUARA THE AUDITION 2021 ARMANI ENTERTAINMENT GROUP

Kedua - Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri 

MUHAMMAD SHAUQI DANIAL JUARA THE AUDITION 2021 ARMANI ENTERTAINMENT GROUP

Ketiga - Wann Nashrinie Bin Zafri

MUHAMMAD SHAUQI DANIAL JUARA THE AUDITION 2021 ARMANI ENTERTAINMENT GROUP

Favourite Performance - Siti Sarah Hairany Binti Ahmad Fauzi

HADIAH PEMENANG THE AUDITION 2021


Pemenang The Audition 2021 akan menerima kontrak bernilai RM50,000 termasuk latihan dan pembangunan.  Selain itu, penyanyi akan merakam single yang disusun oleh top-chart komposer lengkap bersama dengan video muzik. Manakala buat pelakon, pemenang akan mendapat peluang untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor iaitu Michael Ang dalam drama terbaru beliau.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال