MYSEJAHTERA PERKENAL MYSJ TRACE DAN CHECK IN SAHAJA! TIDAK PERLU CHECK OUT! MUDAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini kita dimaklumkan tentang penambahbaikan aplikasi MySejahtera. Aplikasi tersebut telah berjaya dikemaskini di telefon pintar Ruby. Terus Ruby teruja nak tengok-tengok.
MYSEJAHTERA PERKENAL MYSJ TRACE DAN CHECK IN SAHAJA! TIDAK PERLU CHECK OUT! MUDAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA
Apa yang Ruby tertarik itu menjadi telah membuatkan ku keliru. Ruby tekan MySJ Trace. Kenapa perlu ON bluetooh dan ON lokasi dekat aplikasi ni. Bukan ke lokasi memang dah sedia di kesan? Belek punya belek, barulah boleh aktifkan bluetooth dan lokasi. Apabila MySJ Trace tu telah diaktifkan, kita akan dapat mengesan pergerakan mereka yang positif COVID-19. Ada kalanya mereka yang sedang kuarantin kendiri atau bergelang pink berada di kawasan berdekatan.
APAKAH ITU MYSJ TRACE
MySJ Trace merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia menggunakan pendekatan “dorongan masyarakat” (community driven) di mana telefon bimbit pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu.
Pertukaran maklumat ini adalah satu interaksi di antara pengguna MySJ Trace yang membolehkan identifikasi pengguna MySJ Trace yang pernah berada berdekatan dengan seorang lagi individu MySJ Trace yang telah positif COVID-19.
PERBEZAAN ANTARA APLIKASI MYSJ TRACE DAN MYSEJAHTERA
MySJ Trace merupakan salah satu fungsi dalam aplikasi MySejahtera untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19.
Secara amnya, MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan membantu KKM mendapatkan maklumat awal untuk tindakan cepat dan berkesan.
Manakala, MySJ Trace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenal pasti individu yang merupakan pengguna MySJ Trace yang pernah ada kontak rapat dengan seorang lagi pengguna MySJ Trace yang telah disahkan positif COVID-19.
FUNGSI CHECK-IN DAN SENARAI HISTORY LEBIH JELAS
Jika anda sudah menggunakan Check-in dalam beberapa hari ini, anda tidak perlu bimbang jika tidak Check-out. Sebab Check-out sudah dimansuhkan. Yay!
Senarai check in dan check-out terdahulu turut dipaparkan di bahagian History. Ruby dapat lihat hampir 120 Check-in dan Check-out. Huyo!!!
Terus Ruby nampak lokasi sebelum ini Ruby berada di mana. Sambil itu boleh kira belanjawan lah kan. Kikiki.
Terima kasih buat semua pasukan pembangunan aplikasi MySejahtera. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Malaysian Institue of Microelectronic Systems (MIMOS).
Semoga kita selamat dari jangkitan wabak COVID-19. Stay safe!
Tags
Berita
Menarik ya yg baru ni, nice! Tak berupdate lagi mysejahtera ni..
ردحذف