MYSEJAHTERA PERKENAL MYSJ TRACE DAN CHECK IN SAHAJA! TIDAK PERLU CHECK OUT! MUDAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA

MYSEJAHTERA PERKENAL MYSJ TRACE DAN CHECK IN SAHAJA! TIDAK PERLU CHECK OUT! MUDAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini kita dimaklumkan tentang penambahbaikan aplikasi MySejahtera. Aplikasi tersebut telah berjaya dikemaskini di telefon pintar Ruby. Terus Ruby teruja nak tengok-tengok.


MYSEJAHTERA PERKENAL MYSJ TRACE DAN CHECK IN SAHAJA! TIDAK PERLU CHECK OUT! MUDAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Apa yang Ruby tertarik itu menjadi telah membuatkan ku keliru. Ruby tekan MySJ Trace. Kenapa perlu ON bluetooh dan ON lokasi dekat aplikasi ni. Bukan ke lokasi memang dah sedia di kesan? Belek punya belek, barulah boleh aktifkan bluetooth dan lokasi. Apabila MySJ Trace tu telah diaktifkan, kita akan dapat mengesan pergerakan mereka yang positif COVID-19. Ada kalanya mereka yang sedang kuarantin kendiri atau bergelang pink berada di kawasan berdekatan.

APAKAH ITU MYSJ TRACE


MySJ Trace merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia menggunakan pendekatan “dorongan masyarakat” (community driven) di mana telefon bimbit pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu. 

Pertukaran maklumat ini adalah satu interaksi di antara pengguna MySJ Trace yang membolehkan identifikasi pengguna MySJ Trace yang pernah berada berdekatan dengan seorang lagi individu MySJ Trace yang telah positif COVID-19.

PERBEZAAN ANTARA APLIKASI MYSJ TRACE DAN MYSEJAHTERA


MySJ Trace merupakan salah satu fungsi dalam aplikasi MySejahtera untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19. 

Secara amnya, MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan membantu KKM mendapatkan maklumat awal untuk tindakan cepat dan berkesan. 

Manakala, MySJ Trace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenal pasti individu yang merupakan pengguna MySJ Trace yang pernah ada kontak rapat dengan seorang lagi pengguna MySJ Trace yang telah disahkan positif COVID-19.

FUNGSI CHECK-IN DAN SENARAI HISTORY LEBIH JELAS


Jika anda sudah menggunakan Check-in dalam beberapa hari ini, anda tidak perlu bimbang jika tidak Check-out. Sebab Check-out sudah dimansuhkan. Yay!

Senarai check in dan check-out terdahulu turut dipaparkan di bahagian History. Ruby dapat lihat hampir 120 Check-in dan Check-out. Huyo!!!

Terus Ruby nampak lokasi sebelum ini Ruby berada di mana. Sambil itu boleh kira belanjawan lah kan. Kikiki. 

Terima kasih buat semua pasukan pembangunan aplikasi MySejahtera. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Malaysian Institue of Microelectronic Systems (MIMOS).

Semoga kita selamat dari jangkitan wabak COVID-19. Stay safe!

1 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال