SITI: ARE YOU READY? BUAH TANGAN DATO SRI SITI NURHALIZA BUAT PEMINAT

SITI: ARE YOU READY? BUAH TANGAN DATO SRI SITI NURHALIZA BUAT PEMINAT | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby telah menghadiri tayangan perdana Dokumentari Filem Siti: Are You Ready? di DADI CINEMA, Pavilion Kuala Lumpur. 

Berdurasi 80 minit, sarat dengan cabaran dan situasi perjalanan seni Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam melaksanakan konsert DATO' SRI SITI NURHALIZA ON TOUR - LIVE IN CONCERT pada tahun 2019. Apa yang Ruby sentiasa pandang pada insan bernama Siti Nurhaliza ini adalah, beliau tidak pernah berputus asa. Senyuman sentiasa terukir. 

Ruby masih ingat lagi berita tentang tiket konsert telah habis di jual. Di Indonesia seramai 3,000 peminat hadir. Manakala di Singapura seramai 4,500 peminat menonton. Terakhir sekali di Malaysia, seramai 12,000 peminat hadir dan penuh Stadium Axiata Arena! MasyaAllah. 


SITI: ARE YOU READY? BUAH TANGAN DATO SRI SITI NURHALIZA BUAT PEMINAT

Mengimbau perjalanan seni Dato' Sri Siti Nurhaliza. Seawal usia kecil sudah diasah bakatnya dan beliau amat meminati bidang nyanyian. Apabila minat dan usaha seiring. Maka, lahirlah Penyanyi Nombor 1 Malaysia. 

Fokus, fokus dan terus fokus. Sepanjang usia Dato' Sri Siti Nurhaliza, beliau adalah anak seni yang tegar. Mula dikenali pada tahun 1995 melalui Bintang HMI. Hakikatnya, beliau telah berusaha sejak usia kecil lagi. 

Menyertai pelbagai pertandingan nyanyian, menyanyi di program peringkat antarabangsa, memenangi anugerah dalam pelbagai bidang. MasyaAllah, ini adalah contoh yang baik kepada peminatnya dan juga masyarakat Malaysia khususnya. 


Peminat Dato' Sri Siti Nurhaliza terdiri daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat.  Dari kanak-kanak hingga warga emas menggemari semua hasil muzik beliau. Jadi, buat Dato' Sri Siti Nurhaliza, jangan berhenti melakukan apa yang Dato' Sri mahir. Kami melihat anda sebagai ikon anak seni, ikon usahawan, ikon ibu-ibu. Ia menguatkan kami untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar.

Benarlah kegusaran Dato' Sri Siti Nurhaliza, masih ada ke peminat ingat tentang dirinya? Muziknya? Penat lelah? Bagaimana beliau ingin kembali setelah lama berehat? Relevankah aku pada zaman ini? Persoalan yang bermain itu adalah peperangan di antara Dato' Sri Siti Nurhaliza dengan dirinya sendiri. 

Hakikatnya, nama Siti Nurhaliza sentiasa di hati. Peminat membesar dengan lagu-lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza. Dari Aku Cinta Padamu dan Jerat Percintaan lagi, kemudian terus jatuh cinta dengan semua hasil seni beliau. Sedih, suka, hati berbunga, bahagia, mood Aidilfitri dan pelbagai emosi lain. Mesti lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza menemani. Siti Situ Sana Sini! 

Walaupun peminat yang terdahulu semua sudah berkeluarga, sibuk dengan urusan peribadi dan tidak dapat hadir ke konsert-konsert dan join acara istimewa bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza. Jangan bimbang! Kami ada! Kami sentiasa mengikuti perkembangan insan yang bernama Siti Nurhaliza. Kami ada di TikTok, Instagram dan Spotify! 

Pasti ramai tidak sabar menantikan 30hb Disember ini untuk menonton SITI: ARE YOU READY? di Astro First. 

DATO' SRI SITI NURHALIZA ON TOUR - LIVE IN CONCERT AKAN MULA DITAYANGKAN DI ASTRO FIRST MULAI 30 DISEMBER 2021 

PENGARAH: M. AZHAR ROT DAN ANZ IZWAN SKOR FILEM: DANIEL VEERAPEN PENERBIT: LOO FOONG MAY 
PENERBIT EKSEKUTIF: SHIRAZDEEN KARIM & DATO' SRI SITI NURHALIZA TERBITAN: SHIRAZ PROJECTS & SITI NURHALIZA PRODUCTIONS (M) SDN.BHD. 

Apa sahajalah yang tidak mampu dilakukan oleh seorang legenda bernama Dato' Sri Siti Nurhaliza? Diselang-seli dengan kesibukan dalam persiapan melakukan konsert berskala besar di tiga buah negara, bersulam dengan kesibukan memikul tugasan sebagai isteri dan ibu, Siti mampu melengkapkan filem dokumentari yang bakal menjadi santapan jiwa buat peminat Siti khususnya. 

“Siti: Are You Ready?” merupakan sebuah filem dokumentari berdurasi 80 minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta “Untold Story” sepanjang jelajah Konsert "Dato' Sri Siti Nurhaliza on Tour" di tiga buah negara iaitu Indonesia (Jakarta), Singapura dan Malaysia (Kuala Lumpur). 

Filem dokumentari ini mengangkat sudut pandang seorang Isteri, Ibu dan penyanyi dalam kehidupan seharian serta memaparkan perjuangan beliau 'berlawan' dengan diri sendiri serta kebimbangan yang dilaluinya menuju ke hari konsert. 

Beliau kembali bangkit meneruskan rutin sebagai penyanyi selepas cuti bersalin lalu muncul di pentas berskala besar. Dan pastinya konsert tersebut meninggalkan memori dan kesan sentimental yang bukan sedikit buah Siti dan para pencinta penyanyi kesayangan ramai ini. 


Segala pengalaman bersama para peminat dan rombongan konsert jelajah ini dikongsi dalam filem dokumentari ini. Dari sekecil-kecil persediaan hinggalah sebesar apresiasi peminat dan pecinta seni, semua dipaparkan dalam filem yang diterbitkan oleh Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions ini. 

Menampilkan dua anak muda dengan jiwa besar sebagai pengarah, Siti: Are You Ready? mempamirkan kebolehan luar biasa M.Azhar Rot dan Anz Izwan memikul tanggungjawab sebagai pengarah filem ini. Kebolehan dua pengarah muda ini bukan sahaja boleh dilihat dengan mata kasar melalui sinematografi serta visual yang diambil namun lebih bermakn2 lagi apabila mereka bijak mengambil jiwa dan rasa di sepanjang pembikinan konsert ini berlangsung. Ini semua bakal dirasakan melalui filem ini. Penuh jiwa dan rasa! 

Aspek dokumentari yang paling menarik apabila Siti Nurhaliza menonjolkan kecintaan yang tulen dan tidak berbelah bahagi terhadap muzik dan kehidupannya. Buat pertama kalinya, beliau mendedahkan segala-galanya di hadapan kamera. Dan anda perlu menjadi sebahagian dari penonton hari - hari bersejarah beliau. 

DATO' SRI SITI NURHALIZA ON TOUR - LIVE IN CONCERT 

"Dato' Sri Siti Nurhaliza on Tour - Live In Concert” ialah gabungan rakaman tiga destinasi yang difilemkan di hadapan sekitar 20,000 para peminat sepanjang konsert jelajah berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur pada 2019. Konsert tersebut berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2019 (Istora Senayan, Jakarta), 2 Mac 2019 (Singapore Expo, Singapura) dan 16 Mac 2019 (Axiata Arena, Kuala Lumpur) 

Konsert yang dilaksanakan bersempena 23 tahun penglibatan beliau di dalam industri ini mempamerkan kekuatan mental dan stamina sewaktu beraksi di atas pentas selepas melahirkan cahayamata sulungnya, Siti Aafiyah. 

Konsert ini mendapat sambutan hebat daripada peminat dan pencinta muzik serta ulasan positif dari pihak media setiap negara. Ini ekoran, semua aspek melibatkan penghasilan konsert baik sebelum, semasa dan selepas konsert menjadi keutamaan bagi menghasilkan sebuah konsert yang berprestij, bertenaga dan meninggalkan kesan tersendiri buat para peminat. 

Rata-rata peminat dan pengamal media memuji sistem bunyi, penatacahayaan, repoirtaire dan pastinya vokal bertenaga dalam bersahaja Dato' Sri Siti Nurhaliza, ikon seni negara ini. Tulus turut diundang untuk menghangatkan lagi suasana konsert dengan dendangan lagunya dan juga duet bersama 'tuan rumah' konsert. 

SITI: ARE YOU READY? & KONSERT DATO' SRI SITI NURHALIZA ON TOUR DI ASTRO FIRST

Jangan lupa saksikan filem dokumentari, "Siti Are You Ready?" & Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 30 Disember 2021. 

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Pemand. Dengan hanya RM19.90 anda boleh menonton kedua-dua filem dokumentari dan Konsert selama 48 jam Q hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem in menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro First. 

Bagi mereka yang berada di luar Malaysia dan Brunei anda boleh melanggan di platform Vimeo on Demand bermula 30 Disember 2021 dengan harga USD4.99 dan boleh menontof selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. 

TIKTOK SEBAGAI RAKAN MEDIA RASMI

Dato' Sri Siti Nurhaliza, telah memilih TikTok, platform yang paling pesat berkembang untuk penemuan muzik, secara eksklusif bagi memperkenalkan filem dokumentari Siti: Are YoU Ready?" dan Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert berserta dengan tayangan trailer rasmi, sebuah temubual di balik tabir dengan tenaga produksi filem, cabaran hashtag, #SitiAreYouReady, dan Malam Gala Perdana. 

Beliau memulakan akaun TikToknya apabila lockdown berlaku di Malaysia dan telah mengumpulkan lebih 1.3 juta peminat di platform tersebut. Sejak itu sebagai pengguna aktif, Siti telah melihat potensi aplikasi tersebut dan teruja untuk berkongsi dokufilem pertamanya secara eksklusif di TikTok! 

Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada TikTok selaku rakan media dan Dadi Cinema rakan tayangan perdana bagi filem dokumentari ini. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat untuk menjayakan filem dan jelajah konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour. 

SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR

Sebahagian daripada hasil langganan di Astro First dan Vimeo on Demand akan disalurkan kepada mangsa banjir melalui badan kebajikan terpilih. Jumlah sumbangan belum ditetapkan kerana bergantung kepada jumlah kutipan. 

Semoga dokumentari filem ini dapat mengubat rindu anda kepada Penyanyi No 1 Negara Dato' Sri Siti Nurhaliza. Sejak dah berkeluarga, Ruby dapat melihat perkembangan dan kejayaan terkini Dato' Sri Siti Nurhaliza pun dah happy. Sokongan yang tiada berbelah bahagi.

Siti: Are You Ready? 
Siti: Yes I Am Ready!

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال