WTCKL DIIKTIRAF SEBAGAI BEST INTERNATIONAL BUSINESS EVENT BRANDING OLEH MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA(MTC)

WTCKL DIIKTIRAF SEBAGAI BEST INTERNATIONAL BUSINESS EVENT BRANDING OLEH MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA(MTC) | Assalammualaikum semua! Sekalung tahniah kepada World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL ) kerana telah menerima anugerah istimewa! Semoga terus sukses dan menjadi lokasi acara kegemaran Rakyat Malaysia! 

WTCKL DIIKTIRAF SEBAGAI BEST INTERNATIONAL BUSINESS EVENT BRANDING OLEH MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA(MTC)


WTCKL DIIKTIRAF SEBAGAI BEST INTERNATIONAL BUSINESS EVENT BRANDING OLEH MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA(MTC)

Buat julung kalinya, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) diiktiraf sebagai ‘Best International Business Event Branding’ pada majlis ‘Malaysia Tourism Council Gold Awards 2021’ yang diadakan di New World Petaling Jaya Hotel semalam. 

Industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) dan Acara Perniagaan (BE) sangat terkesan dengan pandemik COVID-19 terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Pengiktirafan ini adalah hasil titik peluh seluruh warga tenaga di WTCKL ketika pandemik COVID-19 menjadi cabaran untuk mengendalikan sebarang aktiviti keramaian. 

“Pengiktirafan ini adalah satu kebangaan buat WTCKL dan ianya menampilkan sebuah imej yang positif buat WTCKL kepada pemain-pemain industri MICE dan BE di Malaysia serta di peringkat antarabangsa. Saya berharap kejayaan WTCKL ini dapat menjadi sumber inspirasi dan rujukan kepada kesemua 320 rangkaian World Trade Centers Association (WTCA) dari seluruh negara untuk terus mengorak langkah ke hadapan dalam mendepani pasca COVID-19.” Kata Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim. WTCKL akan terus konsisten untuk menaikkan industri pelancongan di Malaysia dan juga menyumbang lagi kepada kejayaan industi MICE dan BE. 


WTCKL DIIKTIRAF SEBAGAI BEST INTERNATIONAL BUSINESS EVENT BRANDING OLEH MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA(MTC)

Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim juga merupakan Pengerusi Persidangan dan Pameran Asia Pasifik Majlis Penasihat Anggota WTCA.

WTCKL | FACEBOOK | INSTAGRAM

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال