AEON X NANA DESSERT! PRODUK MANISAN DARI SITI NORDIANA | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini telah berlangsung perasmian kolaborasi AEON dengan selebriti terkenal Siti Nordiana. Bukan kolabrasi biasa-biasa tau, Nana dah ada perniagaan manisan iaitu NANA DESSERT.
Ini adalah berita yang menggembirakan! Tahniah Nana! Tak sabar Ruby nak cuba nanti! Nana Dessert menawarkan rangkaian produk manisan pencuci mulut lazat. Semoga terus sukses!
AEON X NANA DESSERT! PRODUK MANISAN DARI SITI NORDIANA
AEON CO. (M) BHD. atau AEON dan selebriti tanah air terkenal Siti Nordiana Alias atau lebih mesra dengan panggilan Nana melancarkan rangkaian produk manisan pencuci mulut yang dikenali sebagai Nana Dessert. Ianya merupakan kolaborasi di antara AEON dan Nana yang boleh didapati di AEON Delicatessen yang terdapat di seluruh cawangan pasar raya AEON.
Majlis pelancaran AEON x Nana Dessert yang diadakan di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan pada 22 Januari 2022 memperkenalkan dua (2) produk utama; kek dan puding, di mana terdapat lima (5) jenis kek dan lima (5) jenis puding bagi setiap kategori.
Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON (kiri) bersama Nana semasa pelancaran Nana Dessert di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan |
“Nana sememangnya gemar memakan manisan. Oleh itu Nana merasa sangat bertuah kerana dapat mengadakan usaha sama dengan AEON, sebuah rangkaian peruncitan yang terkemuka di Malaysia. Ini kerana Nana dapat berkongsi dengan para peminat Nana serta para pelanggan AEON untuk turut menikmati rangkaian manisan pencuci mulut lazat yang dihasilkan oleh Nana sendiri”, kata beliau.
“Tambahan pula, AEON mempunyai cawangan di seluruh negara yang pastinya memudahkan para pelanggan untuk mendapatkan Nana Dessert,” ujar beliau lagi. Menurut Nana, kesemua rangkaian produk Nana Dessert diperbuat daripada sumber yang bermutu dan mendapat pengiktirafan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON berkata,“Kami merasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Nana untuk memasarkan rangkaian produk manisan pencuci mulut Nana Dessert.
Ianya juga merupakan salah satu langkah AEON untuk terus giat membangunkan produk tempatan di pasar raya kami dan kami yakin rangkaian produk Nana Dessert mampu mendapat sambutan yang baik dari para pelanggan AEON serta peminat-peminat Nana.”
Nana meluangkan masa bersama peminat / Meet and greet session with the fans |
Majlis perasmian tersebut dimeriahkan oleh kehadiran para peminat Nana di mana 10 yang bertuah berpeluang melakukan aksi “boomerang” bersama beliau. Tetamu yang hadir juga dihiburkan dengan nyanyian dua buah lagu oleh Nana berjudul Terus Mencintaimu serta Bunga dan Amaran.
Pelbagai lagi jenis manisan pencuci mulut Nana Dessert akan dipasarkan di cawangan pasar raya AEON di seluruh negara.
Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.