CARA MOHON BAYARAN BALIK BAKI KAD TOUCH N GO MELALUI APLIKASI TNG EWALLET | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby temui sesuatu yang baru. Jadi, Ruby ingin kongsikan di blog. Boleh jadi rujukan untuk Ruby dan anda semua. Hehehe.
Jika beberapa tahun dahulu, memohon bayaran balik sangat sukar. Kita perlu ke cawangan Touch 'n Go (TnG) berdekatan. Ruby pernah berurusan untuk kad TnG hilang dan ingin dapatkan balik baki wang.
CARA MOHON BAYARAN BALIK BAKI KAD TOUCH N GO MELALUI APLIKASI TNG EWALLET
Bagi pengguna TnG, pasti anda kerap menambah nilai dan menggunakan kad. TnG boleh digunakan dimana-mana, terutamanya semasa menaiki pengangkutan awam. Apabila ia hilang atau tercicir. Pasti sedih.
Perkara utama anda perlu buat apabila kad tiada dari pandangan mata, anda perlu sekat / blocked kad tersebut. Seperti kad bank, kita perlu ke bank untuk sekat penggunaannya. Cuma kehilangan kad TnG tidak perlu buat laporan polis.
Ruby juga ada pengalaman menuntut bayaran balik baki kad TnG yang hilang. Itu melalui facebook TnG mereka sendiri. Ruby mesej mereka dan mereka respon pantas. Mereka akan minta beberapa maklumat. Anda sediakan semua jawapan dan siap!
Lagi satu cara untuk mendapatkan baki kad TnG adalah melalui permohonan refund dari website TnG. Mudah je. Macam gambar di bawah ni. Tapi, Ruby suka lagi cara di aplikasi TNG eWallet. Haha.
TOUCH N GO EREFUND
Baru-baru ini, jam tangan TnG Ruby telah kehabisan bateri. Pernah sekali Ruby tukar bateri jam tersebut. Banyak juga kerja tukang jam nak buka dan menggantikan bateri baru. Kali ini, bila dah tidak berfungsi. Ruby taknak tukar bateri jam lagi.
Agaknya jam TnG ni merajuk. Dia hilang terus. Dah cuba cari, tak jumpa. Jadi Ruby ingin mohon wang bayaran balik melalui aplikasi TNG eWallet. Lama juga godek-godek aplikasi tu.
Satu persatu Ruby buka, baca dan faham. Sampailah terjumpa bahagian Money-back Guarantee / 100% Pampasan Terjamin.
"Pastikan Setiap Transaksi Selamat Atau, Wang Anda Dikembalikan, Dijamin!
TANPA RISAU. Jaminan Wang Dikembalikan kami menjanjikan BAYARAN BALIK jika TNG eWallet anda dicaj dengan pembelian atau tambah nilai tanpa kebenaran, tertakluk pada terma dan syarat.
Sistem keselamatan terkemuka kami melindungi anda daripada sebarang risiko kehilangan baki eWallet anda melalui transaksi tanpa kebenaran."
Ini adalah ciri keselamatan yang disediakan oleh TnG agar kita semua dapat menuntut hak kita. Wang kita. Caranya mudah sahaja!
1. Buka aplikasi TNG eWallet anda.
2. Apabila anda buka, anda nampak gambar anda. Klik gambar tersebut.
3. Di bahagian ini, tertera info berkenaan anda.
4. Pilih Money-back Guarantee / 100% Pampasan Terjamin.
5. Anda scroll ke bawah sehingga jumpa
Submit Touch 'n Go Card Claim Form >
Submit RFID / PayDirect Claim Form >
Submit your MBG Claim Form >
6. Anda pilih Submit Touch 'n Go Card Claim Form >
7. Ada 3 jenis permohonan bayaran kembali. Anda pilih Touch 'n Go Card Related Charges.
8. Anda akan dibawa ke bahagian terma dan syarat. Baca tau!
9. Scroll ke bawah sehingga jumpa "Click here to begin your e-Refund process". KLIK!
10. Isi maklumat berkenaan kad yang hilang dan butiran peribadi anda.
11. Siap!
Dah siap isi borang. Kita sit back dan relax. Tunggu sahaja ya! Jika anda berjaya dapatkan wang bayaran balik. Kongsikan di ruang komen okay?
Oh ya! Setiap kali Ruby mohon bayaran balik. Wang bayaran balik tidak akan dibayar dalam masa terdekat, tetapi bayaran akan masuk. Jangan bimbang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Update 7 Jan 2022
Ruby cek TNG eWallet dan mereka sudah masukkan wang bayaran balik! Cepat betul!.
Laju betul! Terima kasih TNG team!
Tags
Teknologi
MY belum ada e wallet. ketinggalan betul
BalasPadamAkak! pi register sekarang! hehehe.
PadamOooo boleh refund ekk.. nanti nak cubalah, cuma tak tau baki tu ada ke tidak.. banyak sangat kad ko...
BalasPadam