KOLEKSI #MELROARS DARI MELINDA LOOI MENGAUM DI 11 CAWANGAN AEON

KOLEKSI #MELROARS DARI MELINDA LOOI MENGAUM DI 11 CAWANGAN AEON | Assalammualaikum semua! Tahun ini sambutan perayaan Chinese Lunar New Year's Day atau lebih mesra dengan panggilan Chinese New Year (CNY) akan diraikan dengan lebih meriah dengan koleksi #MelRoars dari Melinda Looi. 

Terdapat lebih dari 10 koleksi kreatif dan versatil untuk anda miliki. Berkonsepkan "timeless design". Melinda Looi masih mengekalkan konsep pakaian tradisional, namun diberi sentuhan kreatif dari segi kombinasi corak, rekaan lebih longgar dan material lebih bersesuaian dengan cuaca di Malaysia yang panas lembab. Memberi penampilan segar kepada si pemakai. 


Di Malaysia, tidak kira bangsa dan agama. Kita meraikan semua perayaan bersama-sama. CNY pasti meriah dengan koleksi #MelRoars. Makan besar atau hadir ke rumah terbuka dengan rekaan pakaian dari Melinda Looi memberi ruang kepada kita untuk menikmati hidangan enak. 

Pastikan kita terus menjaga SOP pandemik COVID-19 agar raya tahun ini disambut indah bersama keluarga tercinta. 

KOLEKSI #MELROARS DARI MELINDA LOOI MENGAUM DI 11 CAWANGAN AEON


AEON Menyambut Tahun Harimau dengan Koleksi Melinda Looi #MelRoars. Melangkah menuju era endemik COVID-19 dengan penuh semangat, AEON CO. (M) BHD (AEON) mengumumkan kolaborasi eksklusif dengan salah seorang pereka fesyen tanah air tersohor, Melinda Looi. 


Sambutan Tahun Baharu Lunar tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan koleksi #MelRoars, yang akan membuatkan pelanggan terpanggil untuk merasai pengalaman gabungan warisan dan fesyen yang terbaik sambil mencipta kenangan bersama.

Koleksi #MelRoars ialah koleksi sedia dipakai yang diilhamkan melalui gaya dan penghormatan Tahun Harimau dengan tiga jenis corak inspirasi “Panthera tigris” yang digabungkan dengan pengaruh Peranakan: jalur inspirasi batik eksentrik, corak geometri jubin Peranakan yang terserlah dan penjajaran corak bunga klasik yang halus dengan ekspresi harimau yang tersembunyi. 



"Menyedari bahawa ini akan menjadi sambutan Tahun Baharu Lunar yang tidak dapat dilupakan dalam era COVID-19, kami telah merancang untuk #MelRoars dipadankan dengan sambutan musim terbaik AEON. Peluang bekerjasama dengan Melinda Looi bukanlah satu kebetulan. 

Beliau juga menerajui Persatuan Pereka Rasmi Malaysia (Malaysian Official Designers Associations) atau MODA sebagai Presidennya. Didokumentasikan dengan baik untuk reka bentuk avant-garde dan gaya retronya, #MelRoars memberikan musim perayaan ini satu sentuhan warisan yang tersendiri, juga menggambarkan kebanggaan kami dengan warisan Malaysia," kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, AEON.


(Dari kiri) Melinda Looi, Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi (Chief Operating Officer) AEON dan Jason Foo, Pengurus Besar Strategi Pemasaran dan Komunikasi, AEON (General Manager, Marketing Strategy and Communications) menjawab soalan dari media di majlis tersebut.

Acara pertunjukan fesyen koleksi #MelRoars tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON bersama rakan media dan para pempengaruh, Sandy Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, Optimax Specialist Centre dan Yan Lim, Ketua Pegawai Eksekutif, Ioli Communications Sdn Bhd.

Di majlis itu juga diadakan demonstrasi cara solekan untuk memberikan idea dalam meraikan musim ini oleh Shiseido.

KOLEKSI #MELROARS 2022


Buat pengetahuan anda, koleksi #MelRoars tersedia dalam tiga warna menarik iaitu merah, biru dan kuning. Merah seperti merah cili, Biru lembut seperti turqoise dan Kuning seperti Mustars. Material pakaian adalah tidak jarang dan 50% Cotton, 50% Polyester.

Jom Ruby kongsikan semua koleksi #MelRoars. Jangan bimbang, harga adalah mampu milik dan ia bermula dari serendah RM 148 sehingga RM 268.

MELROARS BOXY COLOR BLOCK BLOUSE


MELROARS BOXY PRINTED BLOUSE WITH CHINESE BUTTON


MELROARS COLOR BLOCK SHIRT WITH ZIPPER



MELROARS FLUTTER SLEEVES COLOR BLOCK BLOUSE


MELROARS OVERSIZE KIMONO




MELROARS PUFF SLEEVE ZIPPED UP BLOUSE


MELROARS OVERSIZE SAMFU


MELROARS PLAIN DRAPE CHEONGSAM DRESS


MELROARS PRINTED DRAPE CHEONGSAM DRESS



Koleksi #MelRoars boleh didapati di sebelas (11) cawangan AEON di seluruh Malaysia di 

Taman Maluri
Bandar Utama
Mid Valley
Bandar Puchong
Metro Prima
Seremban 2
Tebrau City
Cheras Selatan
Queensbay
Bukit Tinggi
Bandaraya Melaka

MENGENAI MELINDA LOOI


Melinda Looi merupakan seorang yang kreatif dan mampu menghidupkan seni kreativitinya. Beliau merupakan seorang pereka fesyen Malaysia yang telah memenangi pelbagai anugerah, yang turut mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa. 


Kini beliau telah mencipta jenama dan perkhidmatan kreatif daripada fesyen Couture kepada koleksi sedia pakai dan pakaian seragam korporat sehinggalah kepada reka bentuk dalaman. 

Selain memajukan agenda fesyen dan kreatif Malaysia, beliau juga seorang yang sangat aktif melakukan sumbangan dan terlibat dalam pelbagai aktiviti amal.


MENGENAI AEON RUNCIT


AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness dan 43 DAISO dan 3 Komai-so di seluruh negara. 

Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara. AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah.

Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON. 

Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.

AEON juga memperjuangkan enam Matlamat Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) yang memfokuskan kepada Manusia (Matlamat 3, Matlamat 4 dan Matlamat 8), Planet (Matlamat 12, Matlamat 15) dan Keamanan (Matlamat 16). 

Sejajar dengan Matlamat ini, AEON sangat menyokong kelestarian alam sekitar dengan mempromosikan pelbagai tujuan kitar semula, penjimatan tenaga dan penanaman pokok, dengan melibatkan dan menggalakkan pelbagai pihak untuk mengambil bahagian, termasuk kakitangan, pelanggan, badan badan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan masyarakat umum.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال