MARRYBROWN KEMBALI LAGI KHAS UNTUK TAHUN BARU CINA DENGAN ‘EGG-STRA ONG’ YANG LAGI POWER DAN EGG-STRA BAHAGIA!

MARRYBROWN KEMBALI LAGI KHAS UNTUK TAHUN BARU CINA DENGAN ‘EGG-STRA ONG’ YANG LAGI POWER DAN EGG-STRA BAHAGIA! | Assalammualaikum! Musim perayaan Tahun Baru Lunar semakin hangat. Menu makanan sedap-sedap juga menjelma. Salted Egg! Kegemaran kami sekeluarga!

Menyelerakan dan palinh syok dinikmati bersama keluarga tersayang. Beruntung kita dilahirkan sebagai rakyat Malaysia kan. Kita harmoni bersama pelbagai bangsa dan agama. Menghormati di antara satu sama lain adalah kunci masyarakat majmuk.

Kita dapat menikmati gabungan makanan fusion dari Marrybrown! Sudah semestinya Halal dan Sedap! Jemput makan!


MARRYBROWN KEMBALI LAGI KHAS UNTUK TAHUN BARU CINA DENGAN ‘EGG-STRA ONG’ YANG LAGI POWER DAN EGG-STRA BAHAGIA!


Limpahkan kegembiraan dan keseronokan kepada orang tersayang dengan hidangan 'Egg-stra Ong, Lagi Power' pada Tahun Baru Cina ini.

Anda rindu dengan rasa keenakan sajian telur masin Marrybrown? Usah risau, Marrybrown mendengar keinginan anda.  Untuk perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, 'Egg-stra Ong, Lagi Power' kini kembali lagi, dengan limpahan sos telur masin yang menyelerakan lagi ‘power’ bermula dari hari ini hingga 28 Februari 2022.

Sinonim dengan slogan 'something different', bermula dari hidangan makanan malah penyediaan perkhidmatan yang sememangnya best, kini Marrybrown kembali lagi dengan menu telur masin mereka yang terkenal! 

Kali ini lagi power, dengan taburan kepingan cili kering pada roti burger dan egg-stra limpahan sos telur masin. Kombinasi ini sememangnya cukup sempurna dengan rasa pedas dan masin yang pasti akan memberikan ‘kejutan’ tambahan kepada para penggemarnya!

“Prihatin kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini mengalami detik suka dan duka akibat daripada keadaan yang tidak menentu sejak pandemik, malah kita juga tidak dapat meraikan perayaan bersama keluarga dan rakan. 

Dengan keadaan yang dijangka beransur pulih, kita semua akhirnya dapat bertemu semula dengan orang tersayang. Oleh itu, kami kembalikan hidangan Egg-stra Ong yang kali ini lagi power, khas untuk musim perayaan yang bakal tiba. 

Kami berharap dengan sajian Egg-stra Ong ini, dapat memberikan egg-stra kegembiraan dan semangat yang lagi power untuk persiapan musim perayaan,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.


Sajian Egg-stra Ong ini dilengkapi dengan rasa manis, masin dan pedas yang menghasilkan kelazatan ‘umami’ pada setiap suapan. Penggemar boleh memilih sama ada dua atau tiga ketul ayam untuk Kombo Ayam Egg-stra Ong, dari harga RM17.90 dan RM22.90. 

Semua kombo ayam disertakan dengan kentang lenyek, salad sayuran dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange. Sementara itu, Kombo Burger Ayam Egg-stra Ong, dihidangkan bersama dengan Burger Ayam Egg-stra Ong, kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM14.90. 

Untuk menambah kelazatan, penggemar boleh menambah sos telur masin tambahan pada hidangan mereka dari harga RM2.50.


Bagi mereka yang ingin menikmati kombinasi rasa burger dan ayam, mereka boleh memilih Egg-stra Ong Big Box yang merangkumi Burger Ayam Egg-stra Ong dan dua ketul Ayam Egg-stra Ong. 

Hidangan ini dilengkapi dengan kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM25.80. 

Satu lagi tawaran hebat untuk set besar ialah Egg-stra Ong Family Meal yang dilengkapi dua burger ayam, lapan ketul ayam goreng, satu mangkuk besar kentang lenyek dan 1.5 liter Coca-Cola® Rasa Asli dari harga RM80.00. Menariknya, set ini cukup berbaloi untuk dijadikan hidangan perkongsian di musim perayaan.

“Pelanggan kami sememangnya best kerana mereka sentiasa memberikan sokongan dan inilah yang menjadi visi dan misi kepada kami dalam membangkitkan semangat agar terus menawarkan ‘something different’ terutamanya untuk hidangan Egg-stra Ong ini. 

Kami yakin dengan idea gabungan egg-stra limpahan sos telur masin dan taburan kepingan cili kering yang terdapat pada roti burger ini pasti akan memberikan kelazatan dan kenikmatan unik yang tidak dapat anda lupakan,” kata Dato' Joshua Liew.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan, dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi mereka dan perkhidmatan penghantaran, sila layari :

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال