MULAKAN TAHUN 2022 DENGAN TAWARAN PIZZA HUT RED MMMMONDAY UNTUK MENGATASI MONDAY BLUES ANDA!

MULAKAN TAHUN 2022 DENGAN TAWARAN PIZZA HUT RED MMMMONDAY UNTUK MENGATASI MONDAY BLUES ANDA! | Assalammualaikum semua! Hari isnin adalah hari yang sering dikaitkan dengan "Monday Blues". Emosi negatif yang dilalui oleh ramai orang pada permulaan minggu kerja. Ini berlaku jika mereka tidak gembira di persekitaran tempat kerja. 

Emosi ini tidak tertumpu kepada mereka yang bekerja sahaja. Malah, mereka yang masih belajar di sekolah dan peringkat universiti juga mengalaminya. Ruby tidak pasti kenapa keadaan ini berlanjutan. Harap-harap dengan adanya promosi Pizza Hut, anda tidak lagi melalui hari Isnin yang serba kelam! Enjoy!


MULAKAN TAHUN 2022 DENGAN TAWARAN PIZZA HUT RED MMMMONDAY UNTUK MENGATASI MONDAY BLUES ANDA!


Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 yang penuh makna, Pizza Hut Malaysia kini memulakan tahun 2022 dengan tawaran baharu yang lebih menarik! 

Memperkenalkan tawaran RED MMMMonday yang menggembirakan, dimana anda boleh menikmati penjimatan hebat sambil memuaskan selera anda dengan hidangan piza yang lazat setiap hari Isnin.



Tawaran RED MMMMonday akan menjadikan setiap 'Monday Blues' (perasaan malas dan kurang bersemangat setiap Isnin) penuh dengan keceriaan. Permulaan tahun baru adalah masa dimana anda akan sentiasa berasa sibuk; oleh itu kami di Pizza Hut telah mewujudkan satu keistimewaan kepada hari Isnin supaya anda boleh memulakan minggu anda dengan penuh semangat. 

"Kembali ke Sekolah" dan “Mula Bekerja” pada tahun 2022 semestinya akan bermula dengan hebat. Untuk permulaan promosi ini, bagi bulan Januari 2022 menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 pada setiap pizza saiz biasa dan juga bagi set MyBox – memberikan anda peluang untuk menikmati piza kegemaran anda sambil berkongsi dengan seseorang yang istimewa untuk keseronokan berganda.


Set MyBox ialah hidangan ringkas yang sesuai untuk makan seorang. Ia didatangkan dengan pizza bersaiz personal dan pelbagai jenis hidangan sampingan pilihan anda, juga berserta minuman – sebuah set lengkap pada nilai dengan harga RM16.90. 

Kini, pada hari Isnin di bulan Januari ini, pelanggan boleh menikmati 1 (satu) hidangan set Pizza Hut MyBox, dengan hanya RM8.95 setiap set, melalui tawaran Beli 1 Percuma 1 RED MMMMonday. 


Bagi mereka yang lebih suka berkongsi piza dengan rakan dan keluarga, tawaran Beli 1 Percuma 1 RED MMMonday untuk pizza bersaiz sederhana adalah pilihan tepat. Dengan tawaran pada bulan Januari ini, pelanggan boleh menikmati 1 (satu) Piza bersaiz sederhana dengan harga dari serendah RM 13.95.

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menjadikan hari Isnin anda lebih ceria dengan lebih penjimatan dan keseronokan melalui tawaran hebat ini! Senang je untuk mendapatkannya – hanya pesan melalui talian atau melalui aplikasi Pizza Hut atau layari www.pizzahut.com.my untuk kaedah penghantaran atau bawa pulang.

MENGENAI QSR BRANDS (M) HOLDINGS BHD (QSR BRANDS)


QSR Brands merupakan operator francais kepada lebih 850 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga merupakan pemilik francais kepada lebih 480 konsep restoran dan penghantaran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. 

Selain operasi restoran, ia juga terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. 

Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال