NEWSFEED MEDIA KEKAL SEBAGAI AGENSI PEMASARAN RASMI FAREHA HOLDING SDN BHD

NEWSFEED MEDIA KEKAL SEBAGAI AGENSI PEMASARAN RASMI FAREHA HOLDING SDN BHD | Assalammualaikum semua! Hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum (MoU) pelan pemasaran Fareha Holding Sdn Bhd bersama Newsfeed Media.

Berita gembira semestinya dihebahkan. Meraikan kesinambungan kerjasama di antara kedua-dua pihak adalah sesuatu yang manis. Walaupun penuh onak dan duri. Ini kerana perjalanan melaksanakan pelan pemasaran bukanlah semudah ABC.

Pelan pemasaran yang jitu dan mengikut garis masa yang ditetapkan amat penting. Ia ibarat Personal Assistant (PA), setiausaha peribadi dan pengawal masa. Komitmen yang berterusan dari kedua-dua pihak amat diperlukan selain dari komunikasi yang jelas. 

Ruby perhatikan ramai usahawan yang masih melaksanakan pemasaran secara individu. Mereka lebih suka bergerak sendiri dan oleh kerana itu, mereka akan mengambil masa yang lama untuk dikenali. 

Jenama Fareha adalah fenomena luar biasa dalam perniagaan tudung. Siapa sangka, tudung yang mampu dimiliki, rekaan yang cantik dan sentiasa mengadakan promosi berterusan ini menjadi kegemaran muslimah. 


Tahniah Newsfeed Media dan Fareha Holding Sdn Bhd. Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada semua pihak, terus sukses dan berlandaskan syariat Islam. 

NEWSFEED MEDIA KEKAL SEBAGAI AGENSI PEMASARAN RASMI FAREHA HOLDING SDN BHD


Fareha Holding Sdn. Bhd. merupakan kilen Newsfeed Media dengan jumlah pelaburan tertinggi pemasaran luar talian bejumlah RM3,727,075.00.


Newsfeed Media, syarikat yang membantu usahawan SME menyusun dan menjalankan pelan pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan khasnya menerusi medium luar talian (Offline) hari ini mengadakan majlis menandatangani MoU pelan pemasaran bersama Fareha Holding Sdn. Bhd. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Norzira Syarini Mohammed Pauzi, majlis ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada Fareha Holding Sdn. Bhd. setelah kerjasama kedua-dua pihak sejak ogos 2020. 


“Pada 2021, Fareha Holding Sdn. Bhd merupakan klien kami dengan jumiah pelaburan tertinggi dalam pemasaran luar talian sebanyak RM2,238,835.00 dan tahun ini sekali lagi Fareha bersetuju untuk menyambung pemasaran luar talian menerusi medium radio berjumlah RM1.5 juta menjadikan keseluruhan kos pemasaran yang dilaburkan bemilai RM3,727,075.00 setakat ini," Norzira Syarini. 

Menurut beliau, selain radio, Fareha turut memberi kepercayaan kepada pihaknya untuk menyusun kemunculan jenama FAREHA dalam program temubual di beberapa siaran stesen TV termasuk TV3, RTM, TValhijrah, menaikkan papan iklan (billboard) di lebuhraya dan dalam bandar, siaran dalam akhbar-akhbar tempatan dan arus perdana serta banyak lagi medium pemasaran lain. 

“Bermula dari pertemuan pertama sejak Ogos 2020, kami merangka dan menyusun pemasaran yang berstrategi agar jenama FAREHA lebih terkedepan dan dikenali. 

“Fareha telah membuktikan bahawa produk tempatan dan usahawan SME dengan produk tudung bawal anti kedut berharga RM27 sehelai mampu untuk mencipta jenama ke peringkat luar biasa dan di kenall di seluruh negara, malah mendapat tempat pertama di hati pencinta tudung bawal. 

Tambah beliau, kepercayaan dan amanah yang diberikan buat kali kedua sangat besar nilainya, dan turut berbangga dengan pencapaian Fareha Holding Sdn. Bhd. 

Sementara itu, Pengarah Urusan Newsfeed Media, Mohd Afiq Abu Hasan mengajak usahawan semua untuk menjalankan pemasaran dengan lebih tersusun. 

“Usahawan yang melabur dengan jumlah yang tinggi untuk pemasaran belum tentu dapat memperkenalkan jenama masing-masing dengan baik dan dikenall, sekiranya tidak di lakukan secara berstrategi. 

Jelasnya, pemasaran luar talian juga masih relevan, terutama dalam membina kepercayaan masyarakat atau pengguna, meningkatkan kredibiliti dan lebih diyakini kesahihannya berbanding pemasaran secara dalam talian yang boleh di muat naik, di ubah dan di padam pada bila-bila masa. 

“Kami sangat komited dan sentiasa bersedia untuk membantu usahawan semua dan memberikan pelan pemasaran yang strategik untuk semua. 


Simbolik kepada majlis menandatangani MoU ini, Pengarah yang juga Pengasas Fareha, Nurul Fareha Anuar hadir menurunkan tandatangan pada replika cek berjumiah RM3,727,075.00. Selain itu, beliau turut menerima trofi ‘The Most Outstanding Brand 2021’ onjuran Newsfeed Media. 


Majlis bertema serba putih ini turut dihadiri oleh seramai 50 tetamu jemputan yang terdiri dari pihak Newsfeed Media, pihak Fareha Holding Sdn Bhd, wakil dari Astro, dan juga rakan-rakan media. 

MENGENAI FAREHA HOLDING SDN BHD


FAREHA ialah jenama tudung bawal dalam talian Malaysia dengan tanda dagangan “Bawal Anti Kedut”.  FAREHA dilancarkan secara rasmi pada  2016. Semua produk dari jenama ini direka bentuk dan dibina berdasarkan tiga elemen;  Moden, Mudah dan Kontemporari.  Tudung Bawal Fareha sangat senang dipakai dan tidak perlu di seterika.

MENGENAI NEWSFEED MEDIA


Newsfeed Media merupakan syarikat penjenamaan, pemasaran dan pengiklanan yang telah beroperasi sejak Januari 2020. Newsfeed Media ialah penyelesaian sehenti yang terjamin untuk menjenamakan, memasarkan produk dan menguruskan perkhidmatan perniagaan usahawan. Sama ada melalui pelbagai platform luar talian atau digital Newsfeed Media. 

Mempunyai pengalaman lebih sepuluh tahun dalam industri media, usahawan juga boleh bergantung kepada Newsfeed Media untuk memenuhi semua keperluan pengurusan acara mereka. Setiap ahli pasukan Newsfeed Media merupakan pakar dalam bidang masing-masing. Ini kerana mereka telah berada dalam industri selama bertahun-tahun. 

Newsfeed Media adalah sebuah agensi media bertauliah yang berdaftar di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Kewangan (MOF), kami berbangga untuk mengatakan Newsfeed Media berani berfikir di luar kotak pengiklanan untuk mencipta kempen yang memberi kesan kepada pelanggan kami.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال