SPEK MATA TAHUN BARU DARI EYE PRO VISION KEDAI SPEK VIRAL NO 1 MALAYSIA

SPEK MATA TAHUN BARU DARI EYE PRO VISION KEDAI SPEK VIRAL NO 1 MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Apa khabar semua? Selamat Tahun Baru 2022! Apakah resolusi atau azam tahun baru korang? 

Ruby doakan semoga korang dapat mencapai azam tahun baru itu ya. Sama ada meneruskan azam tahun sebelum ini atau ada yang baru, kita teruskan kehidupan dengan lebih baik. Okay?


SPEK MATA TAHUN BARU DARI EYE PRO VISION KEDAI SPEK VIRAL NO 1 MALAYSIA


Ruby nak berkongsi cerita spek mata. Mesti korang dah baca blogpost sebelum ni. 


Namun, ada cerita Ruby nak kongsikan dengan korang. Spek mata Ruby patah! Patah semasa melakukan misi bantuan pasca banjir. Spek mata terjatuh dan bahagian yang patah itu di bahagian bingkai kanta spek mata. Subhanallah. 

Apabila berkaca mata ni, penglihatan sangat penting kan. Rasa macam gelap kehidupan. Ruby ingat boleh la gam bingkai dan guna semula sementara nak plan masa ke Eye Pro Vision Sungei Wang. 

Tapi, annoying gila bila senget-senget pakai dan gam pula tak berapa kuat. Hahaha. Terus Ruby hubungi Encik William untuk bertanya waktu operasi terkini kedai dan perlu buat temu janji ke. 

Sebab Ruby kan bawa anak-anak sekali. Jadi, nanti penuh kedai dia. Pelanggan kedai Eye Pro Vision sentiasa ramai tau. Staff pun laju buat kerja. Melayan mesra pelanggan dan beri pendapat bingkai apa yang bersesuaian dengan bentuk muka.

Jadi, penampilan akan lebih jelas la kan. Sebab kita ni rabun, kadang-kadang kita tidak sedar bingkai spek terlalu besar sampai kembang tudung. Jangan bimbang ye, staff Eye Pro Vision mesti tahu apa yang anda suka. Hehe. 

Eye Pro Vision Kedai Spek Viral No 1 Malaysia


Kalau ke Eye Pro Vision, mudah sangat nak tahu dimana. Landmark dia, di Sungei Wang sama tingkat dengan Famous Amous. Ground Floor aje. Tapi Ruby suka mencari bau nyummy Famous Amous, kemudian korang belok kiri. Dah nampak kedai Eye Pro Vision. Jalan terus. Mudah!


Di Eye Pro Vision, bingkai spek mata memang sentiasa up-to-date. Paling best bila mereka tahu trend semasa tentang spek mata. Terutamanya trend spek mata dari Korea. Idol pakai spek mata bentuk bulat, petak, bujur dan diamond pun ramai mencari. Spek mata jenis bingkai plastik transparent pun ada.

Ia memudahkan para penggemar fashion spek mata mencari bingkai spek mata sama seperti Idol mereka. Ruby pun terjebak dengan spek mata trendy sebab ia memberi kita penampilan muda dan bergaya.

BINGKAI SPEK MATA ANTI KEMBANG TUDUNG DAN LASAK.


Selain pemilihan spek mata yang trendy, ada beberapa perkara Ruby bimbang. Ruby perlu spek mata jenis tahan lasak, anti-kembang tudung dan tidak mudah patah. Jadi, sebelum mula memilih spek, Ruby terus tanya kepada staff bertugas. 

Akak nak spek mata yang lasak, tak mudah patah, anti-kembang tudung dan trendy. 

Ada kak! Ni yang terbaru. 

Sambil tunjuk aksi bengkok, pusing sana sini spek mata. Hahaha. 

Terus Ruby cuba beberapa yang mereka syorkan. Hahaha. Nampak bersesuaian dengan muka, terus Ruby grab tak pandang kiri kanan. 

Pengalaman membuat spek mata sepatutnya semudah ABC. Tidak mengambil masa terlalu lama dan selesa. 

RABUN 525 DAN SILAU!


Ruby suspek, Ruby kena jaga kesihatan lebih extra. Mungkin kena kawal pengambilan gula. Sebab Ruby semakin rabun. Silau pun meningkat banyak!

Korang nak tahu tak, spek mata Ruby ni RM 200 siap bingkai dan Alpha Blue Lens UV420. Berbaloi-baloi kan? Terima kasih Eye Pro Vision masih menjual spek mata trendy berkualiti pada harga mampu milik.

All the best Eye Pro Vision. Semoga bisnes terus sukses!

Eye Pro Vision
G111, Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang, 
55100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11am - 8pm
Encik William: +60163771304

1 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Waaa nampak comel ajerr.. kita ingat nak buat gak baru, tapi tak pergi-pergi... hahahaha..nak try pakai spek putih pulak..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال