TRIP TURKI 2022 BERSAMA ATN TRAVEL

TRIP TURKI 2022 BERSAMA ATN TRAVEL | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini, ATN Tourism & Travel Corporation (M) Sdn Bhd atau ringkasnya ATN Travel dengan kerjasama Turkish Airlines menerbangkan 17 wakil agensi pelancongan tempatan ke negara itu untuk memperkenalkan destinasi pelancongan baru di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif ATN Travel, Izham Istar berkata, selama 30 tahun agensi pelancongan hanya membawa pelancong ke tempat percutian yang sama dan belum ada yang memperkenalkan laluan baru secara komersial.

TRIP TURKI 2022 BERSAMA ATN TRAVEL

Izham berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri pelancongan dan pernah menetap di Negara Uthmaniyah itu selama 16 tahun. Justeru dengan sokongan Turkish Airlines dan Tourism Turkiye, beliau berhasrat untuk merintis laluan baru kerana terdapat banyak lagi destinasi menarik dan unik dengan kepelbagaian budaya serta sejarah Islam.
 
Keadaan juga sudah berubah kerana ramai kini sudah berhijrah. Mereka bukan lagi bercuti untuk bersuka ria sahaja tetapi mereka juga mahu menyelusuri sejarah, peradaban dan tamadun Islam. Bergembira sambil mengambil ibrah daripada tempat yang diziarahi.

Ketua Pegawai Eksekutif ATN Travel, Izham Istar


Jadi dalam program FAM Trip To Turki 2022 ini , saya bawa wakil agensi pelancongan yang berpotensi untuk memperkenalkan destinasi baru kepada mereka untuk mereka perkenalkan pula kepada bakal pelanggan. Saya yakin tarikan baru ini akan membuka ruang besar kepada pelancong untuk meneroka lebih banyak keunikan dan keindahan bumi Uthmaniyah itu," katanya.
 
Izham berkata, dengan pertambahan penerbangan ke tempat-tempat yang dilawati itu, Turkish Airlines dan Tourism Turkiye sangat mengalu-alukan kedatangan warga asing ke daerah baru itu kerana dapat merancakkan pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan ekonomi.
 
Kami akan mula 'menjual' pakej baru itu pada Februari ini. Kepada mereka yang mahu merasai pengalaman ke destinasi bersejarah tinggalan Kerajaan Uthmaniah bolehlah menghubungi ATN Travel dan agensi-agensi yang terlibat sama dalam memperkenalkan pakej ini," katanya.

PENGISIAN PROGRAM TRIP TURKI SELAMA 10 HARI


Sanliurfa terkenal dengan nama Peygamberler Sehri (Kota Para Nabi) dengan menziarahi Masjid Balikligol (tempat Nabi Ibrahim AS dibakar), Halilul Rahman terdapatnya gua Nabi Ibrahim AS dilahirkan dan dibesarkan serta membeli belah di bazar.

Harran adalah lokasi bersejarah yang hebat sarat dengan keagungan cinta Nabi Ibrahim AS dan Sarah. Nama Harran ini diambil kerana iklim di sini sentiasa panas walaupun pada musim sejuk. Di situ juga terletaknya universiti pertama di dunia, Makam dan Telaga Nabi Ayub AS dan ziarah ke Tapak Arkeologi Neolitik GobekliTepe.

Nama Harran diambil dari cuaca di kawasan ini yang sentiasa panas walaupun pada musim sejuk. Harran adalah lokasi bersejarah yang sarat dengan keagungan kisah cinta Nabi Ibrahim AS dan Sarah. 

Telaga Nabi Ayub AS di Kota Urf

Adana iaitu empat jam perjalanan dari Sanliurfa dengan bas. Dalam perjalanan rombongan dibawa menaiki Halfeti Boat di perkampungan Sungai Furat. Ia adalah sungai terpanjang di Asia Barat, mengairi tiga negara iaitu Turki, Syria dan Iraq. Sehingga hari ini, Sungai Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.

Perkampungan Di Sungai Furat di Sanliurfa

Tarsus terletaknya Gua Ashabul Kahfi (Seven Sleepers), Masjid Nabi Daniyal AS, Masjid dan Telaga Bilal Al-Habashi dan Grand Mosque. Berikutnya ke Eskisehir, Sogut dan Bursa. Melawat Sungai Polsuk, menziarahi makam pengasas kerajaan Uthmaniyah Ertugul Gazi, Muzium Ertugul dan menziarahi makam Syeikh Eh Edebali di Bilecik iaitu guru kepada Ertugrul.

Makam Pengasas Kerajaan Uthmaniyah, Ertugrul Gazi di Sogut

Gua Ashabul Kahfi Di Tarsus 


Di Bursa kami ke Perkampungan Uthmaniyah Cumalikizik, Tophane, Osman Qazi, Orhan Qazi - Makam Sultan Uthmaniyah dan Menara Jam.


Manakala di Istanbul kami ke Hagia Sophia, Muzium Topkapi, Blue Mosque, Grand Bazaar dan Spice Bazaar.

Keindahan senibina Hagia Sophia. Aya Sophia (Bahasa Yunani: Ἁγία Σοφία); Hagia Sophia (bahasa Turki: Ayasofya; bahasa Arab; آيا صوفيا, berasal daripada perkataan Yunani: Ἁγία Σοφία, "Hikmah Suci"; bahasa Latin: Sancta Sophia atau Sancta Sapientia) merupakan sebuah struktur bangunan muzium yang terletak di Istanbul, Turki. Bangunan ini sering dianggap sebagai sebuah bangunan teragung dan tercantik di dunia. 

Pada mulanya, Aya Sophia dibina sebagai sebuah katedral bagi penganut Kristian Ortodoks tetapi kemudian diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453. Pemerintah republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium bermula pada 1935 dan bertukar menjadi masjid semula pada 2020 atas ketetapan Presiden Turki.

Seterusnya, kami melawat Masjid Camlica. Masjid Camlica adalah masjid terbesar di Istanbul bernilai USD300 juta dan baru dibuka kepada umum. Masjid Camlica menggabungkan gaya senibina era Usmani dan Seljuk.

DI ANTARA MENU MAKANAN TRADISIONAL DI TURKI  

Makanan di Turki adalah Halal dan dijual di seluruh dunia. Namun, ia lebih segar di masak apabila kita dapat di negara asal makanan dan minuman ini. Perbezaannya adalah suasana dan cuaca. Ia bagaikan melengkapi perjalanan kami mengenali negara bertuah ini. 

Sarapan di Perkampungan Uthmaniyah Cumalikizik di Bursa

Turkish Delight

TRIP TURKI 2022 BERSAMA ATN TRAVEL

TRIP TURKI 2022 BERSAMA ATN TRAVEL
Baklava

Kebab

Roti

Teh Tradisi

CENDERAHATI TURKI

Rambang mata memilih cenderahati dijual di Perkampungan Uthmaniyah Cumalikizik di Bursa.

Perkampungan Uthmaniyah Cumalikizik di Bursa yang berusia lebih 700 tahun.

Sabun Zaitun wajib dibawa pulang.

TRIP TURKI 2022 BERSAMA ATN TRAVEL

PENGANGKUTAN AWAM DI ISTANBUL, TURKI


Train Pengangkutan Awam dalam bandar di Istanbul 

Ini adalah tram yg disebut-sebut sebagai salah satu yang tertua di dunia. 

Selepas puluhan tahun berkhidmat, tram ini akhirnya dihentikan seiring berkembangnya pengangkutan awam lain. Tram terakhir terhenti pada 1961 di bahagian Eropah Istanbul dan tahun 1966 di bahagian Asia Istanbul.

Tram ini kemudiannya diletakkan di muzium sehingga pada akhir 1990 tram kuno ini dikeluarkan dari muzium, dihiasi semula dan kembali digunakan untuk menghantar penumpang dijaluran Tunel-Taksim.


AGENSI PELANCONGAN YANG MENYERTAI FAM TRIP TO TURKI 2022


TRIP TURKI 2022 BERSAMA ATN TRAVEL

1. Izham Istar Ibrahim Istar 
ATN Tourism & Travel Corporation (M) Sdn Bhd (ATN Travel)
019-2663340

2. Khairul Nizam Amat Zaini
My altitute 30 Travel & Tours S/B
019-3605287

3. Sharifah Norjulishima Syed Rohani
Righteous Travel & Tours Sdn Bhd
012-5055185

4. Mohd Razihan Hamid
Razihan Holidays Alor Setar
011-60618115

5. Zainudin Ismail
AlQuds Travels &Tours Kota Bharu
019-9246047

6. Khairul Annuor Halim
RedSea Tour & Travel Putrajaya
013-3237800

7. Mustafa Kamal bin Md Sood
Safwah Travel & Tours Sdn Bhd
019 -3117238

8. Erny Nawawi
Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd
017-6902778
Pej - 0321641577

9. Azuwarridah Binti Abdullah
Enrich Travelogue Sdn Bhd
019-3730627
Pej :0341311679

10. Ab Hakimee Bin Abdullah
Myway Haramain Travel Servicesy Sdn Bhd
019-2754924.

11. Mohd Izzat Zulhusni Adizi Mohd Noor Yaakob
Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd
Hotline : 019-289 7624
Pej : 03-2688 0000

12. Mohd Farhan Bin Madzlan
Mantop Travel & Tours Sdn Bhd
017-7790700 / 013-7045033

13. Hafiz bin Sobri
Rajawali Bintang Travel Sdn Bhd
012-3997115

14.Yusman Rozali
Al Maziah Mobilty Travel & Tours Sdn Bhd
0 19-499 2769 /017-4784478

15. Norsufinas Othman
Ziarah Sutera Holidays Sdn Bhd
012-2080127

(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif ATN Travel, Izham Istar, Pengarah Pelancongan Wilayah Sanliurfa, Aydin Bey, Promosi Pelancongan Wilayah Sanliurfa, Gokhan Bey dan Pengurus Jualan & Pemasaran Flex Travel Turki, Zehra Yurdsever

(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif My Altitude 30 Travel & Tours, Khairul Nizam Amat Zaini, Izham Istar, Nor Akmar Samudin (media) dan Nurul Husna Bokhari (media)


MENGENAI ATN TRAVEL


Izham Istar adalah anak Melayu pertama yang membuka syarikat pelancongan di Turki atas nama ATN Tourism & Travel Corporation ( M ) Sdn Bhd atau ringkasnya ATN Travel. Selepas 20 tahun menetap di Turki dan beberapa negara lain, Izham kembali ke Malaysia membuka ATN Travel dan turut membuka cawangan di Indonesia.

Menerusi pengalamannya di negara itu, orang Turki adalah bangsa yang tidak berani mencuba dan meneroka tempat baru. Kawasan-kawasan seperti Sanliurfa, Harran, Adana dan Tarsus juga sering diburuk-burukkan oleh Barat kononnya tempat pengganas kerana ia bersempadan dengan Syria dan Iraq.

Disebabkan itu juga kawasan-kawasan tersebut tidak terkenal dan 'ditakuti' pelancong. Sebenarnya kawasan itu selamat untuk dilawati bahkan menawarkan keunikan dan keindahan alam semula jadi yang tersendiri, katanya.

Izham yang fasih berbahasa Turki dan Rusia memokuskan perkhidmatan syarikatnya kepada agensi pelancongan lain, korporat, VIP dan stesen TV yang mahu membuat liputan di sana. Pelbagai cabaran dihadapinya termasuklah apabila dunia dilanda pandemik Covic-19 tetapi ATN Travel terus bertahan.

"ATN Travel tidaklah besar tetapi sentiasa konsisten dan terus berada dalam industri. Selama 25 tahun, nama itu tidak pernah bertukar dan kekal saya sebagai pengasasnya. Besar atau kecil syarikat itu bukanlah ukuran kerana apa yang penting ia dapat terus bertahan dan dikenali sehingga hari ini. Apapun krisis dan masalah, saya akan terus menjaga nama syarikat dan mengekalkan konsep perniagaan sedia ada, katanya.
 
Memulakan kerjaya dalam bidang pelancongan dan hospitaliti di Turki sehingga membawa kepada penubuhan ATN Travel di sana, saingan utama beliau adalah orang Turki yang terkenal dengan sikap mereka selalu hendak 'menang' dalam persaingan.

Keadaan itu menjadikan saya kuat dan tidak gentar dengan cabaran. Ramai kawan di kalangan bangsa Turki juga memudahkan urusan perniagaan saya ke beberapa negara lain di Asia Barat kerana mereka ini bangsa yang suka merantau. Ke mana pun saya pergi, ada kawan yang menunggu dan membantu, katanya..


FAM TRIP TO TURKI 20220DIANJURKAN OLEH ATN TRAVEL
Penulis bersama Puan Nor Akmar Samudin
Gambar di ambil menggunakan Samsung S21 Ultra

ATN TRAVEL | FACEBOOK  

3 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wow. Indahnya Turki. Teringat masa Rawlins belajar dulu pergi ke sana. Moga pelancongan antarabangsa makin berkembang dan dunia sembuh dari Covid-19 kan.

    BalasPadam
  2. Bestnyaaa.. jom Ruby kita plan sesama ke Turki ikut ATN Travel ni, mesti happening kan, boleh dikatakan semua tempat mereka pergi tu..

    BalasPadam
  3. Seronoknya pemandangan kat Turki tuuu.. Makan-makan mesti sedap. Teringin nak ke sana. Macam-macam aktiviti tu boleh buat dan lawat tempat kat sana. Best lah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال